Assalamualaikum.
Seumur perkahwinan saya yang telah menjangkau 10 tahun (alhamdulillah), baru 2 kali kami ambil gambar di studio.
Kali pertama masa anak pertama baru berumur lebih kurang 4-5 bulan. Seingat saya waktu bulan Syawal. Kali kedua, tahun ini. Sudah beranak tiga.
Kedua-dua kali memang ada adegan yang tak boleh dilupakan. Aduhai. Dari pengalaman yang sedikit, saya kongsikan dengan anda. Kami tidak menggunakan perkhidmatan jurugambar yang memang khas untuk ambil gambar anak-anak macam yang selalu saya jumpa di facebook.
Sebenarnya pernah juga bertanya caj untuk ambil gambar baby baru lahir. Dengar cajnya telan liur sajalah. Bagi yang mampu alhamdulillah... Tak salah pun kan.
Jadi, pilihan kami, terjah saja mana-mana kedai gambar. Ambil saja gambar di kedai menggunakan background sedia ada. Jangan risau, selalunya ada banyak pilihan. Bukan macam dulu kala, asyiklah gambar tangga dan rak buku kan?. Lucu. Kalau zaman dulu kala lagi, gambar latarbelakang tingkap ada pokok kelapa.
Sekarang boleh pilih, jika nak gambar putih saja pun boleh. Mudah nak masuk dalam media dan edit kan?. Pilihan masing-masing.
Asik bebel saja Acik Wani oi. Mana tipsnya?
Ok, jom baca.
1. Jika ada bayi, pastikan bayi anda sudah bersih dari kekotoran. Sama ada di baju, rambut dan paling penting pampersnya baru tukar. Maksudnya belum buang air besar paling penting. Sebab proses ambil gambar ni lama. Kalau nak campur tukar pampers bagai, aduhai. Bikin masalah dengan mood.
Kesnya, masa ambil gambar anak pertama dulu, kami tak sedar pun anak sudah buang air besar. Sudahlah pakai lampin kain moden tu. Kesian anakku merah kena ruam. Sob, sob, sob.
2. Kalau anak sudah boleh faham, kita boleh ceritakan serba sedikit apa sebenarnya yang kita nak buat di kedai gambar. Ingat, kanak-kanak paling tak suka rutin berubah. Jadi, bila kita cerita sikit banyak, mereka ada idea apa akan berlaku. Tak ada lah episod tanjat boboi.
3. Sebolehnya pastikan mood anak-anak baik. Penting supaya tak ada air mata masuk dalam gambar kan. Haru lagi siap ada episod meraung nganga mulut besar-besar.
4. Cuba dapatkan jurugambar yang mesra kanak-kanak. Kalau rajin sila tanya jiran tetangga, atuk, nenek sebelah rumah ya. Google kan hado.
Waktu kami bergambar tu, siap ada seorang jadi pom pom girl, seorang lagi jurugambar. Dari gula-gula, mainan, macam-macam keluar. Wah!. Susah rupanya.
5. Ok yang ini paling penting. Pastikan kedai atau jurugambar tu, boleh superb dalam bab edit gambar. Setiap snap gambar sangat berharga. Jika jurugambar hebat dan rajin mengedit, anda pasti terkejut tengok kepala masing-masing berubah, mulut herot jadi manis. Memang ohsem lah orang kata.
6. Akhir sekali bab bayaran. Ini bergantung pada poket. Survey juga kiri kanan kedai gambar yang anda jumpa. Baru puas hati.
Itu sajalah yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman yang sikit ini. Kalau rasa bermakna, alhamdulillah. Sedekahkan fatihah untuk saya. :)
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Sunday, August 7, 2016
Wednesday, October 7, 2015
Bayi tercekik mainan kecil
Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Cerita fasal makan, bayi yang tengah menaik taraf perkembangan motor skill, memang suka sungguh mengutip benda-benda kecil sewaktu merangkak. Mengikut kajian, memang bagus bayi merangkak dalam tempoh yang lama kerana waktu ini mereka melatih koordinasi mata tangan dan kaki mereka.
Tak dapat tidak ibu bapa atau penjaga memang perlu biarkan bayi guna semua kebolehan dan panca indera mereka. Dalam masa yang sama, kita yang dewasa ni pun memang kena cakna. Kena guna juga semua panca indera untuk awasi bayi ni. Jangan sampai tertelan mainan atau barang kecil. Kadang-kadang benda yang kita sendiri pun tak perasan!.
Masa ni risiko bayi tertelan benda bukan makanan sangat tinggi. Tapi yang bagusnya jangan risau sangat. Betul kah? Saya tetap juga risau. Hahaha...
Berdasarkan pembacaan saya, Dr Sears salah seorang doktor paedatrik berkata, mainan plastik saiz kecil yang ditelan bayi boleh keluar melalui sistem pencernaan mereka. Tempohnya 3-5 hari. Hanya perlu tengok situasi bayi. Jika nampak tiada tanda-tanda sistem pencernaan dan pernafasan terganggu seperti susah bernafas, air liuh meleleh berlebihan, menangis tanpa sebab, anda boleh tunggu barang itu keluar. Jika ada tanda pelik, sila bawa jumpa doktor.
Dr Sears menambah lagi katanya dia pernah melihat safety pin berjaya keluar melalui kumuhan bayi. Jadi mahu rasa apa?
Risau ?
Lega?
Apa-apa sajalah...
Oh, tapi, ada tapinya. Awas jika tertelan benda yang ada bahan kimia bahaya. Contoh bateri bulat yang kecil seperti bateri jam. Ia bahaya ya. Bawa jumpa doktor cepat-cepat.
Kenapa cerita tentang ini?
Sebab Aishah tertelan juga. Polisterin. Hmm...

Thursday, March 12, 2015
Kelahiran ahli baru
Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Bismillah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Syukur di fasa awal 2015 ini dengan kelahiran ahli baru dalam keluarga kami tanggal 2 Februari lalu. Saya masih dalam fasa berpantang. Curi-curi masa untuk membiasakan diri dengan jadual baru. Ya. Walau pun tidak bekerja di pejabat lagi, saya perlu biasakan diri juga mengawal masa untuk membuat kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan.
Saya kira mengawal masa merupakan cabaran buat saya. Ini pertama kali saya melahirkan bayi selepas saya berhenti kerja. Jika dahulu, selepas habis pantang, saya serahkan terus pada pengasuh. Pengasuh yang kawal jadual anak saya. Waktu tidur dan makan. Sekarang, saya mendapat peluang untuk mengawal dan menetapkan. Kerja akan lebih mudah jika jadual dalam kawalan. Ini yang saya dapat belajar dari Sifu ABDR dan rakan-rakan sekumpulan. Memang tidak rugi bersama-sama kumpulan ini. Saya boleh katakan ia kumpulan sokongan sekaligus kumpulan yang membantu memberikan peluang memperoleh pendapatan dari rumah.
Anda nak join kami?. Boleh hubungi saya di bawah ya. (iklan sekejap)
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Barangan mainan sambil belajar
untuk si kecil anda.
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior
Bismillah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Syukur di fasa awal 2015 ini dengan kelahiran ahli baru dalam keluarga kami tanggal 2 Februari lalu. Saya masih dalam fasa berpantang. Curi-curi masa untuk membiasakan diri dengan jadual baru. Ya. Walau pun tidak bekerja di pejabat lagi, saya perlu biasakan diri juga mengawal masa untuk membuat kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan.
Saya kira mengawal masa merupakan cabaran buat saya. Ini pertama kali saya melahirkan bayi selepas saya berhenti kerja. Jika dahulu, selepas habis pantang, saya serahkan terus pada pengasuh. Pengasuh yang kawal jadual anak saya. Waktu tidur dan makan. Sekarang, saya mendapat peluang untuk mengawal dan menetapkan. Kerja akan lebih mudah jika jadual dalam kawalan. Ini yang saya dapat belajar dari Sifu ABDR dan rakan-rakan sekumpulan. Memang tidak rugi bersama-sama kumpulan ini. Saya boleh katakan ia kumpulan sokongan sekaligus kumpulan yang membantu memberikan peluang memperoleh pendapatan dari rumah.
Anda nak join kami?. Boleh hubungi saya di bawah ya. (iklan sekejap)
Hubungi penulis :
☎ Sms@Whatsapp : 0136200432
Bercakap tentang ahli baru, anda tertanya-tanya di mana gambarnya? Nantikan ya. Mungkin selepas habis pantang saya akan kongsikan gambar dan ceritanya. Tunggu...
Salam 2015.
❧❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❧
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Ingin belajar buat blog?
|
Barangan mainan sambil belajar
Thursday, October 30, 2014
Tips menggunakan FB
Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Facebook ada macam-macam!.
Saya boleh kata sekarang tak perlu tonton berita pun sudah banyak berita terkini dari FB.
Dari sukan, bencana, produk terkini, fesyen, tiket kapal terbang, destinasi percutian. Apa saja. Nak tahu laporan bola sepak pun ada. Siap ulasan.
Cuba bayangkan jika anda ada 3-5 ribu kawan di FB, update perkara yang sama. Perlawanan bola Kedah VS Pahang. Dari tak tahu dan tak nak ambil tahu, siap boleh tahu setengah jam perlawanan sudah 3-0!. Lucu.
Macam-macam ada. Dari perkara positif sampailah ke perkara negatif, rungutan, kejian pun ada.
Macam mana anda nak hilangkan perkara-perkara negatif di baca di wall anda?
Unfriend?
Scroll cepat-cepat?
Jangan baca newsfeed langsung?.
Yang akhir sekali bagus juga. Sebab ia menjamin kerja anda banyak yang beres. Tapi kita kadang-kadang nak juga tahu aktiviti semasa kawan-kawan. Ye tak?
Tahukah anda?. (baca jika anda betul-betul baru dengan FB)
FB sekarang pun dah pakai algorithm. Apa yang keluar di newsfeed kita adalah apa yang kita like, kita post, dan yang kita terlibat dalam aktiviti berkenaan. Jika kita banyak like aktiviti menjual shawl, maka yang keluar di newsfeed, gambar shawl juga.
Jadi, gunakan ruang ini. Like perkara yang positif saja. Tulis dan post perkara positif dan disukai kawan-kawan positif. Maka yang keluar di newsfeed semua yang positif. Bila terkeluar perkara-perkara negatif, itu jarang-jarang nak ada. Bukan tiada langsung ya.
Nak cuba? cuba lah. Ini berdasarkan pemerhatian saya saja. Kalau salah jangan pula marah. He, he, he.

Wednesday, October 29, 2014
Pengalaman setelah 2 tahun menjadi Work at Home MOM.
Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Bismillah.
Nampaknya bulan hadapan genap saya 3 tahun berhenti dari jawatan profesional di pejabat dan menjawat jawatan sepenuh masa di rumah. Dalam masa 3 tahun, jika baru mula menjawat jawatan di pejabat, masih di kira junior. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Jadi, sama juga keadaan di sini. Saya masih lagi cuba mencari penyesuaian terbaik. Tak disangkal bila ada perubahan jadual, terkial-kial juga menyesuaikan diri.
Saya bermula memberanikan diri untuk mencari pendapatan dari rumah setelah satu tahun berhenti kerja. Masa itu, anak saya yang kedua sudah berumur dua tahun dan kakaknya sudah mula bersekolah. Saya mula mencari-cari peluang. Pulang dari menjemput kakak di sekolah, saya sering singgah membeli kuih di sebuah gerai sehingga datang idea untuk menghantar kerepek untuk dijual di kedai kakak itu. Cadangan saya diterima baik oleh kakak tersebut. Syukur kerana diberi peluang.
Saya mula membeli dan membungkus kerepek untuk dihantar ke gerai. Namun, perniagaan itu tidak bertahan lama. Nampaknya kurang laku sebab harganya mahal. Kerepek mahal sebab saya membeli dari pengeluar pada kuantiti yang sedikit, ditambah pula dengan kos pengangkutan ke sana. Sudahnya saya berhenti menjual kerepek. Tamatlah perniagaan pertama saya.
Tapi, nak kata putus asa tu tidak. Saya terus cari jalan. Dalam pada mencari-cari vitamin untuk kulit, saya terjebak pula dengan bisnes shaklee. Nampak memberangsangkan. Saya suka dengan produk Shaklee dan cara bisnes ini berjalan. Banyak yang saya belajar dari sini termasuklah untuk mula berniaga secara online. Mempercayai perbankan internet dan perkhidmatan pos. Malu nak bercerita, dulunya saya tak percaya perbankan online dan orang pos. Lucu pula.
Saya mula belajar menggunakan FB. Akaun sudah lama ada, tapi tak pandai guna. Saya buka semula beberapa emel berkaitan kerja dari rumah dan bertemu dengan kelas ebook dan blog anjuran kak Masayu Ahmad. Ha, di sinilah keseronokan bekerja dari rumah bermula.
Menyertai kumpulan suri rumah yang bekerja dari rumah. Berkenalan dengan Kak Aishah, Kak Ashikin, Anys, Zaila, Mie. Ramai lagilah. Seronok. Bekerja sealiran. Banyak yang dikongsikan. Pengalaman jatuh bangun bekerja dari rumah. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan oleh kumpulan yang diterajui oleh Puan Masayu Ahmad. Syukur atas nikmat yang Allah berikan. Dari malu nak keluar kepompong, sekarang orang tahu saya menjalankan perniagaan dari rumah.
Macam mana saya jana pendapatan dari rumah?
Saya masih belum sampai tahap berjaya yang saya inginkan. Saya masih belum mencapai empat angka sebulan jana pendapatan dari rumah. Tapi sudah stabil 3 angka setiap bulan. Dulunya nak cari RM10 pun saya tak pernah jangka saya akan dapat. Sekarang alhamdulillah.
Berkat ajaran yang diterima, saya bermula dari yang kecil. Mula jana RM10, jana lagi 50 dan seterusnya. Hasil jualan produk AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH. Menjual
Kebanyakannya produk digital. Mudah. Tak perlu keluar rumah membuat pengeposan.
Seterusnya saya berjinak-jina semula dengan bisnes produk fizikal. Saya mahu merasai pengalaman ini. Awalnya saya tidak pula menjadikan ia satu perniagaan. Niat saya cuma ingin berkongsi produk yang saya gunakan. Saya mencari produk gantian Milo. Dah pelbagai jenama saya cuba dan akhirnya berjumpa yang berkenan. Produk bumiputera Islam. TAMAR KOKO.
Saya mula kongsi di FB berkenaan produk ini. Tidak disangka mendapat sambutan. Sememangnya jika dilihat, produk ini tidak menjanjikan pulangan lumayan. Tak banyak untung orang kata. Tapi saya buat juga dengan niat ingin bantu produk Bumiputera Islam dan sebarkan yang sebenarnya produk kita juga sedap dan bermutu.
Dalam masa yang sama, saya sememangnya sudah lama ingin menjual barangan kanak-kanak. Hasrat ini memang dari zaman saya mula tamat belajar lagi. Bila bekerja memang saya ada menjual baju kanak-kanak. Ambil dari pengedar dan jual di sekitar kediaman. Sekarang dengan kemudahan internet, saya menjalankan dropship produk kanak-kanak. Permainan, dan juga keperluan pendidikan. menggunakan platform kedai online PITSTOPMAMADANJUNIOR, saya boleh ditemui di blog www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com serta page FB pitstopmamadanjunior (https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior). Masih baru dan bertatih dalam perniagaan produk fizikal. Saya masih mencari tuning yang tepat.
Apa motivasi saya terus menjana pendapatan dari rumah?
Setelah 2 tahun berkecimpung dalam bidang ini, saya boleh katakan jemaah adalah sumber terbaik motivasi. Kita kena berada dalam kelompok yang positif dan boleh bertukar fikiran. Saling membantu mengetuk kepala bila alpa. Menguatkan jati diri dan menjawab persoalan dalam kepala, kenapa saya berhenti kerja dengan gaji tetap ribu-ribu sebulan dan berada di rumah mencari pendapatan tidak tetap. Perkara inilah yang membantu saya menangkis segala anasir kiri dan kanan yang menjelir lidah bak biawak kata Dr Azizan Osman. Jiwa kena kental jika berada dalam arus yang menyongsang dari biasa. Pandangan orang ramai, dengan Ijazah Sarjana Sains Kimia, saya mesti duduk di pejabat. Tapi kenapa?. Saya pun tak faham kenapa kena ada perkataan MESTI. Saya ada pilihan dan boleh berada di rumah.
Anda yang membaca juga ada pilihan. Dudukkan diri anda dalam kelompok yang betul dan positif. Kentalkan jiwa. Jangan pula terus nak melompat ke bulan. Setiap perkara ada langkah pertama. Rezeki dari Allah. Percaya, yakin dan usaha.

- e-book
- kelas blog secara online
- kelas akaun
- pakej mula bisnes dari rumah

Tuesday, October 28, 2014
Pengalaman baru dalam penulisan
Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Peluang tidak selalu datang. Bila ada yang sesuai, jangan lepaskan. Ia memberikan pengalaman baru untuk anda.
Saya hanya ingin berkongsi, saya berpeluang untuk menulis di laman ini. http://ohibu.com/asid-folik-kepentingannya-untuk-wanita-hamil/. Masih baru dan masih lagi dalam tempoh percubaan. Doakan semoga saya berjaya menjadi penulis tetap di sini.
Laman ini tentang apa?
Dengan tema daripada ibu kepada ibu, anda sudah boleh mengagak apakah isi kandungan laman ini. Banyak maklumat akan dikongsikan dari gabungan 10 orang penulis.
Jemput bertandang ke laman ini ya!.

Monday, October 27, 2014
Sudah trimester kedua dan sakit girdel pelvis
Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Pejam celik , pejam celik, sudah masuk trimester kedua kehamilan. Syukur atas nikmat tuhan, kandungan dan ibu sihat dan selamat. Sakit dan bisa memang peneman. Ingatan dititip di minda tentang kafarah dosa. Nak banding dengan nikmat yang ada, malu pula mahu lebih-lebih merungut. Teringat sirah nabi, apabila anaknya mengadu lelah, disyorkan untuk berzikir mudah. Subhanallah, walhamdulillah wala ila ha ill-Allah, Allahuakbar.
Kandungan makin memberat dan sudah mula terasa kesan sakit girdel pelvis atau Pelvic Girdle Pain. Sakit ini memang saya ada alami dari kandungan pertama dan berterusan sehingga kandungan kedua. Namun semasa hamil kali kedua sakitnya kurang sedikit. Dan kini ia berulang lagi.
Apa itu SGP?
SGP merupakan sakit yang dirasai di bahagian pinggul, pinggang, belakang dan merayap sehingga ke kaki. Sakitnya menyucuk-nyucuk sehingga menyukarkan pergerakan perubahan posisi. Jika sudah alami sekali, kemungkinan besar akan berulang lagi.
Sebenarnya dalam tempoh 4 tahun jarak kehamilan kedua dan yang terkini, SGP saya sudah beransur hilang dan tidak dirasai selepas saya aktif melakukan aerobic dan regangan badan. Semuanya secara tidak sengaja. Jadi saya kongsikan di sini. Sebelum itu pelbagai cara saya lakukan termasuklah amalan kalsium namun tidak nampak kesannya. Selepas lakukan senaman, barulah nampak kesan. Anda yang mengalami SGP dan sudah bersalin, jika kesan sakit masih terasa, bolehlah mula beraerobic ya. Saya juga sudah berazam untuk beraerobic selepas bersalin nanti.
Oh, sebut tentang azam, belum terlambat lagi rasanya. Salam Maal Hijrah!.

Sunday, October 5, 2014
Selamat Hari Raya Korban
Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.
Alhamdulillah, berkesempatan berhari raya di kampung. Berpagi-pagi dengan solat aidiladha di masjid bersama anak-anak. Anak dara bersama saya, yang bujang bersama abah.
Awalnya kecoh dengan baju masing-masing. Yang ada sampin, kecoh pula dengan sampin. Yang anak dara bertanya pula kenapa saya tak pakai baju sedondon. Manakan pula, baju sedondon hari raya aidilfitrsi sudah tak muat perut!.
Solat kali ini alhamdulillah di tingkat atas dapat lihat imam. Anak saya tak pernah lihat khatib baca khutbah di mimbar. Terpegun anak saya. Pelik bagaimana khatib boleh naik ke mimbar kerana tangga tersorok. Tanya pula kenapa kena pegang kayu. Apa pula dibuat khatib di atas sana. Saya terangkan serba sedikit dan diakhiri dengan pesanan, sewaktu bacaan khutbah kena senyap dan dengar. Allahuakbar. Kadang kala benar, ilmu yang lebih bermakna bila ada depan mata dan belajar in situ. Kadangkala sudah di baca dari buku, dah ada depan mata boleh cerita dan buat kesinambungan.
Tambahkan lagi cerita berkenaan sejarah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Semoga hidayah dan semangat pengorbanan ini dapat meresap dan dijadikan panduan hidup.
Bagaimana hari raya korban anda? Mahu cerita? Bolehlah layangkan komen di bawah.

Monday, September 15, 2014
Kata kunci carian dan blog
Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Bismillah.
Bila berblog, antara perkara yang saya suka perhatikan adalah kata kunci yang menyebabkan pembaca sampai di blog saya. Pagi ini, yang menarik perhatian adalah karangan elak pembaziran. Carian ini sampai kepada hasil tulisan blog saya ini : http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/09/tips-jimat-duit-dapur-dan-elak.html
Saya teka, yang mencari ni mestilah pelajar. Mudahnya zaman sekarang. Semua maklumat dihujung jari. Klik klik, pelbagai idea dan tips keluar. Seronoknya!.
Saya yang menulis pun seronok juga rasa hati tau. Ya lah, tulisan saya memberi manfaat pada orang lain.
Ada orang tanya saya dulu, "dapat duit ke tulis blog tu?". Mesti dalam hati dia berkata, sia-sia saja.
Sia-sia?
Tafsiran masing-masing. Bagi saya tidak. Memberi manfaat bukan perkara sia-sia. Walau keuntungan dalam bentuk duit, luaskan perspektif keuntungan itu. Jangan pernah anggap ia sia-sia. Hidup mesti jadi manusia yang bermanfaat untuk orang lain.
Anda bagaimana?. Minat juga untuk tulis blog?. Sudah baca perkongsian saya di atas dan rasa ingin mula blog?. Mula sekarang ya. Jika tidak tahu berblog, tuntutlah ilmu. Saya sedia menjaid guru online anda.
7. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
8. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada :

Untuk semua ini dan bagaimana hendak bermula, mudah sahaja. Kami ada kelas untuk bermula dan pendaftaran setiap hari.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
- produk sendiri
- makanan sunnah -
- telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/

- produk islamik
- projek raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar
Bengkel offline, bengkel online dan grup coaching
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offlineBengkel offline, bengkel online dan grup coaching
7. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
8. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada :
1. Tempahan blog bisnes - 5 - 7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 800 blog
Hubungi penulis :
☎ Sms@Whatsapp : 0136200432
❧❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❧
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Ingin belajar buat blog?
|
Sunday, March 23, 2014
Rentetan peristiwa Konsert Tertutup Festival Music Asia- beratnya tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Bismillah.
Mengembar gemburkan lagi isu remaja yang meninggal akibat dadah dan alkohol bukanlah perkara yang elok. Apatah lagi menyiarkan gambar yang mengaibkan. Namun, saya terpanggil juga untuk mengulas kerana ada pengajaran yang patut kita ambil. Terutamanya berkaitan dengan ibu bapa.
Perkara yang berlaku menyebabkan hati saya tersentap. Hati memanjatkan doa agar saya berjaya menjadi ibu yang mendidik khalifah Allah sebaik mungkin. Tidak ada daya dan tidak ada kekuasaan untuk kita menghalang dan menjaga anak kita 100% setiap masa.
Kelak, bila mereka remaja dan dewasa, logiknya mereka akan meneruskan hidup tanpa kehadiran kita. Kebergantungan kita kepada Allah.
Memetik kata-kata Ustazah Nik Salida dalam ceramahnya tempoh hari, sematkan dalam hati anak kita, kebergantungan mereka adalah kepada Allah. Bukan kepada saya, bukan kepada bapa, bukan kepada harta jauh sekali.
Ilmu yang kadang kala saya sedar, tapi bila tiada orang yang sebutkan untuk saya, saya jadi alpa. Mudah-mudahan perkongsian saya, anda juga mendapat manfaat.
Wallahualam
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/09/kelas-online-asas-penulisan-blog-dan.html
Beli buku yang anda suka:
http://books-etcetera.blogspot.com
Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/08/pakej-pengiklanan-servisproduk-di.html

Ada bisnes? Mahu
belajar asas blog & fanpage untuk bisnes online?
Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
✔ Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
✔ Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
✔ Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.
Apa yang saya akan belajar?
✔ Buat BlOG KEDAI ONLINE
✔ Menulis secara konsisten
✔ Buat borang tempahan
✔ Membuat jenis-jenis entri
✔ Membuat fanpage
✔ Belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik
Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?
✔ Kelas dijalankan secara ONLINE
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar
Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer
>> Talian internet

SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN
Bukan itu sahaja.
Dengan Yuran RM200, anda layak mendapat BONUS ebook bernilai RM175:
1. Ebook Asas Blog.
2. Ebook Super Wahm Super Mom.
3. Ebook Panduan Mula Butik.
4. Ebook 101 Idea Home-based Bisnes.
Daftar segera dengan saya :
✉ Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
✉ FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
☎ Sms@Whatsapp : 0136200432
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...
Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....
Popular Posts
-
Teks: Nurzahwani Mohd Nor Foto: Carian google Si Manja lazimnya mula diberi makanan apabila mencecah umur enam bulan. Pengalaman s...
-
Alangkah seronoknya bila badan kita rasa sedap kan?. Dalam erti kata lain, badan tak lesu, bangun pagi mudah, urusan membuang lancar, ...