Showing posts with label Bab 2 Kumpulan Sasaran Nutrisi. Show all posts
Showing posts with label Bab 2 Kumpulan Sasaran Nutrisi. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

Berapa banyak kena makan waktu mengandung?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

"Mengandung bermaksud jadi gemuk dan makan banyak".
atau
"Tak apa lah jadi gemuk, sebab saya mengandung".
atau
"Masa inilah boleh makan banyak sebab masa mengandung memang jadi gemuk pun".

Ini tipikal. Tapi betulkah bila mengandung kena makan banyak untuk dua orang?. Hakikatnya tidak juga. 

Pada trimester pertama, pertambahan kalori yang diperlukan hanyalah sebanyak 300 kcal setiap hari.  Contohnya saya, keperluan kalori saya ada 1200kcal pada waktu-waktu biasa. Jadi, apabila mengandung, keperluan kalori saya menjadi 1500kcal sahaja. Tak banyak peningkatan pun. 300kcal itu anggarannya bersamaan dengan 2 gelas susu skim dan semangkuk oat. Atau satu bar Kit Kat?. Tepuk dada tanya selera yang mana sesuai.

Trimester pertama bukan waktu untuk menambah berat bayi anda. Ia hanyalah sebesar biji oren saja. Makanlah untuk tenaga anda, sebab anda rasa letih. terutamanya jika kerap muntah. Oh!.

Tapi penat pula mahu kira kalori sepanjang masa. Panduan paling mudah gunakan penimbang anda. Jika berat badan anda meningkat terlalu cepat, maksudnya terlebihlah tu. Ok. Jangan pula risau sangat sampai rasa letih memikirkan soal pengambilan kalori. Lalui pengalaman terindah ini dengan tenang. OK!.



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Monday, March 17, 2014

Sejarah Penyusuan Nabi Muhammad

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Entri ini telah tertangguh beberapa lama. Sudah berada dalam draft dari minggu lepas. Saya mencari-cari maklumat yang bertepatan dan sesuai dengan entri ini. Akhirnya diizinkan Allah, saya bertemu dengan maklumat yang diperlukan pada masa yang saya tidak sangka-sangka.
Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Subhanallah. Alhamdulillah.

Apa yang saya ingin bawakan adalah mengenai sejarah penyusuan, dan saya ingin bandingkan dengan sejarah penyusuan yang pernah dicatatkan dalam sejarah Islam. Nyata, model yang paling hampir adalah Nabi kita Muhammad S.A.W.

Dicatatkan oleh Emily E Stevens dalam artikelnya yang bertajuk A History Of Infant Feeding, sejarah penyusuan susu formula bermula daripada rentetan masalah penyusuan yang membawa kepada wujudnya ibu susuan atau disebut sebagai wet nursing. Konsepnya sama. Daripada penceritaan Emily E.Stevens, wet nursing wujud apabila ibu kandung mempunyai masalah untuk menyusukan anaknya, lalu diupah seorang ibu untuk memberikan susu, sementelah tiada lagi alternatif yang lebih baik daripada itu pada waktu itu. Susu ibu, terjamin sebagai susu terbaik.

Apabila dibandingkan dengan sejarah penyusuan Islam, Nabi Muhammad S.A.W kehadiran ibu susuan adalah lebih kepada adat pada waktu itu. Namun, apa yang mutlak, segala kejadian adalah kerana Rasul junjungan kita terpelihara dan apa yang berlaku tidak lain tidak bukan untuk dijadikan contoh untuk umat Nabi Muhammad kini.

Dikatakan adat bangsa Arab pada masa itu, bayi akan diserahkan kepada ibu susuan yang tinggal di desa dengan udara yang segar dan suasana terbaik untuk pembesaran kanak-kanak ditambah pula kemahuan ibu bapa untuk anak mereka belajar bertutur Bahasa Arab asli. 

Sememangnya akan ada ibu-ibu dari desa yang akan ke kota untuk mencari anak susuan untuk mendapatkan upah. Namun pertemuan Halimatus Saadiah dengan Nabi Muhammad S.A.W adalah dengan keizinan Allah subhanallah taala dan bukanlah kerana upah disebabkan Nabi Muhammad S.A.W diketahui sebagai anak yatim dan serba kekurangan.

A History of Infant Feeding


Sebelum daripada penyerahan Nabi Muhammad S.A.W kepada Halimatus Saadiah, ibunya Aminah binti Wahab menyusukan Nabi selama tiga hari dan ada yang mengatakannya seminggu. Kemudian ia disusukan pula sekejap oleh Thuwaibah, hamba Abu Lahab. Setelah itu diserahkan kepada Halimatus Saadiah dan dibawa balik ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan. Maka, tinggallah Nabi bersama Halimatus Saadiah sehingga dua tahun dan kemudian Halimatus Saadiah menyambung menjaga Nabi Muhammad S.A.W sehingga umurnya baginda empat tahun.

Begitulah sejarah penyusuan Islam yang mengaitkan ibu susuan dan menunjukkan betapa susu dari ibu merupakan pilihan pertama yang harus difikirkan sebagai makanan awal bayi. Penggunaan ibu susuan ini masih terpakai hingga ke hari ini, walau pun dalam konteks dan suasana yang berbeza.

Salam nutrisi rohani dan jasmani dari saya.
================================================================

Ada bisnes? Mahu belajar asas blog & fanpage untuk bisnes online?
Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
✔ Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
✔ Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
✔ Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.

Apa yang saya akan belajar?
✔ Buat BlOG KEDAI ONLINE
✔ Menulis secara konsisten
✔ Buat borang tempahan
✔ Membuat jenis-jenis entri
✔ Membuat fanpage
✔ Belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?
✔ Kelas dijalankan secara ONLINE
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar
Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer
>> Talian internet


SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN
Bukan itu sahaja.
Dengan Yuran RM200, anda layak mendapat BONUS ebook bernilai RM175:
1. Ebook Asas Blog.
2. Ebook Super Wahm Super Mom.
3. Ebook Panduan Mula Butik.
4. Ebook 101 Idea Home-based Bisnes.

Daftar segera dengan saya :
✉ Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
✉ FB : Wani Mn
☎ Sms@Whatsapp : 0136200432

Thursday, February 27, 2014

Bagaimana susu formula boleh wujud

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Susu ibu, tidak perlu diperkenalkan lagi. Nampaknya trend menyusu bayi dengan susu ibu di Malaysia sudah meningkat berbanding 5-8 tahun yang lepas.  Sebelum itu, saya belum lagi perasan sebab belum dalam mode berkahwin dan berkeluarga. He,he,he.

Sebelumnya, susu formula memang terkenal. Saya pun, minum susu formula juga. Dengan pelbagai kemudahan dan kempen kesedaran, saya kira populariti susu formula untuk bayi bawah 6 bulan sedikit terjejas.

Pernahkan anda terfikir, bagaimana susu formula ini boleh muncul?. Pernah?, atau tidak pernah?.
Tak mungkin tiba-tiba, tadaaa... . Nah, susu formula. Boleh minum. Sebenarnya ada rentetan sejarah dan peristiwanya.

Saya akan kongsikan lagi dalam entri akan datang.

Mahukan pembacaan untuk mula BERPANTANG dan RESEPINYA?. Hubungi saya untuk menempahnya. Harga promosi sekarang adalah RM30. Mahu? Cepat-cepat, kerana promosi akan tamat bulan hadapan.





Tuesday, July 23, 2013

Nutrisi Dewasa Lelaki dan Perempuan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Carian Google

Menjadi dewasa merupakan tempoh terpanjang dalam kehidupan seorang manusia. Di sinilah juga tempoh individu mengamalkan sistem pemakanan yang telah dibina dari bayi hingga peringkat remaja. Seharusnya tempoh masa terpanjang inilah individu menjaga pemakanan masing-masing untuk kesihatan hari tua kelak. Ironinya, di hujung tempoh dewasa menghampiri usia warga emas, ramai antara kita mendapat penyakit disebabkan pemakanan seperti diabetis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Keperluan nutrisi seorang individu dengan individu yang lain tidak sama. Walau pun berada dalam kelompok keluarga yang sama, keperluan kita dengan orang yang makan semeja di hadapan kita, pasti tidak sama. Ini kerana keperluan nutrisi berbeza mengikut umur, berat badan, ketinggian, metabolisma badan dan juga aktiviti harian. Wajarnya, jumlah nasi yang dipinggan anda juga perlu tidak sama dengan teman semeja anda. Jangan pula rakan anda yang bekerja sebagai juruukur bahan di lapangan menambah dua pinggan, anda sebagai suri rumah makan lebih dari itu!. Apa yang perlu anda tahu supaya anda dapat menganggar keperluan nutrisi anda?.

Sebagaimana kebiasaannya, biarpun sudah dewasa, kita masih lagi perlu semua unsur makro dan mikro nutrient. Perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah pengiraan keperluan kalori badan sendiri. Ramai yang tidak mengambil perhatian kepada perkara ini, sedangkan di sinilah kata kuncinya untuk mendapatkan berat badan ideal, atau yang dikatakan orang BMI ideal.

Kepentingan Nutrisi

Mengapa kita memerlukan nutrisi?. Nutrisi dikalangan orang dewasa diperlukan untuk:-

· Pertumbuhan badan dan sistem tubuh

· Metabolisma badan dan juga penghasilan tenaga

· Mengelakkan penyakit terutamanya daripada mikronutrien

· Mencukupkan keperluan kalsium bagi mengelakkan osteoporosis di hari tua. Pembentukan tulang hanyalah sehingga berumur 30 tahun. Selepas dari umur 30 tahun anda sudah terlambat kerana kalsium tidak dapat disimpan lagi dan apabila berlakunya osteoporosis ia adalah proses yang tidak dapat diperbetulkan lagi.

Kaitan BMI dan nutrisi

BMI, tidak perlu diwar-warkan lagi. Umum mengetahui atau pernah mendengar berkenaan BMI. Namun, mungkin ada yang tidak tahu, BMI adalah Body Mass Index atau Indeks Jisim Badan. BMI ini merupakan pengiraan yang menghubungkan berat badan dan ketinggian anda. Berikut adalah carta BMI yang menunjukkan BMI normal atau pun anda dikalangan orang yang mengalami obesiti.

BMI
Klasifikasi
<18.5
berat badan di bawah normal
18.5–24.9
normal
25.0–29.9
normal tinggi
30.0–34.9
Obesiti tingkat 1
35.0–39.9
Obesiti tingkat 2
≥ 40.0
Obesiti tingkat 3

Bagaimana cara pengiraannya. Seperti biasa yang paling mudah adalah menggunakan tools yang disediakan di internet tadi atau pun secara manual menggunakan formula ini:-

BMI = Berat (kg)/ tinggi*tinggi (cm)

Jadi anda berada di mana?


Bagi yang berada di kumpulan obesiti, anda harus mengawal pemakanan dan nutrisi anda supaya anda tidak terjebak dengan pelbagai penyakit berkaitan obesiti seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Bagi yang berada di kumpulan BMI normal, tahniah!. Anda juga perlu memantau pemakanan serta nutrisi supaya sentiasa nutrisi yang sihat kerana BMI normal juga mempunyai risiko mendapat serangan kardiovaskular sekiranya nutrisinya banyak dari sumber lemak.

Keperluan Kalori Harian.

Selain daripada BMI ada lagi satu perkara yang sangat membantu kesihatan berpanjangan, iaitu keperluan kalori harian. Keperluan kalori yang diperlukan oleh badan anda boleh dikira. Cara yang paling mudah adalah menggunakan tools percuma yang disediakan di laman sesawang berkaitan kesihatan seperti

http://www.freedieting.com/tools/calorie_calculator.htm

Atau pun ini

http://www.active.com/fitness/calculators/calories?force_a2=y

Sebagai ibu, keprihatinan anda mengetahui keperluan kalori setiap ahli di dalam keluarga anda merupakan satu bonus kerana mudah untuk anda memantau berapa banyak yang anda perlu masak untuk keluarga anda. Ini kerana, berdasarkan keperluan kalori badan ini, anda dapat memecahkan ia kepada keperluan sumber karbohidrat yang menjadi menjadi makanan ruji iaitu nasi. Rasanya ia sesuatu yang rutin sebelum menanak nasi anda akan berkira-kira berapa cawan atau pot beras yang anda perlu masak bukan?. Nah, bukankah ia bonus bila anda mengetahui keperluan karbohidrat yang menyumbang kepada nilai kalori ini?. Sebagai contoh, bagi saya sendiri, saya hanya perlu makan sesenduk nasi, iaitu lebih kurang 75g sekali makan, supaya di akhir hari, saya dapat mencukupkan keperluan kalori saya iaitu sebanyak 1200kkal. Sesenduk nasi lebih kurang suku cawan kecil beras sahaja. Jadi, buatlah kiraan berdasarkan fakta tadi. Ia juga dapat membantu anda mengurangkan pembaziran beras atau nasi.Menarik bukan?.

Anda rasa sangat remeh untuk melakukan pengiraan setiap hari?. Bagi yang mempunyai telefon pintar, bonus untuk anda kerana terdapat aplikasi yang dapat membantu anda seperti MyFitnessPal. Saya menggalakkan anda menggunakannya. Terutamanya yang ingin mengurangkan berat badan atau menambah berat badan. Anda boleh memantau pengambilan kalori harian anda dengan aplikasi ini. Lama-kelamaan anda akan biasa dengan nilai kalori makanan dan anda tidak perlukan lagi sebarang aplikasi.


Bukan senang nak senang, bukan payah nak sihat. Lebih susah apabila sakit. Sesungguhnya jagalah lima perkara sebelum lima perkara!.

Saturday, July 20, 2013

Sukatan untuk Makanan Pelengkap bayi dan Kanak-kanak

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Carian google


Si Manja lazimnya mula diberi makanan apabila mencecah umur enam bulan. Pengalaman saya semasa mula memberikan anak makan, saya tertanya-tanya, sebanyak manakah seorang anak kecil makan?. Semasa berumur enam bulan, boleh digagahkan lagi. Apabila anak sudah pandai merangkak dan berjalan, saya mula garu kepala. Dengan keadaan anak yang lasak bermain, tidak fokus dan tidak tetap pada satu tempat, bagaimana cara yang sesuai untuk tahu, anak ini mahu makan lagi atau perlu berhenti makan. Kadangkala rasa lenguh tangan, dan bosan menunggu membuatkan saya hilang sabar. Mujur, sebenarnya pihak Kementerian Kesihatan telah pun memberikan panduan untuk ibu-ibu gunakan semasa memberikan anak kecil anda makan.

Kumpulan
makanan
Kumpulan umur
6-8 bulan
9-11 bulan
1-3 tahun
Bijirin, Sumber
bijirin dan
ubian
1½ cawan bubur pekat
2 cawan bubur
pekat
2 cawan nasi
Sayur-sayuran
¼ cawan
sayur masak
½ cawan
sayur masak
1 cawan
sayur masak
Buah-buahan
¼ betik atau ½
pisang bersaiz
kecil (1 pisang
mas: 33 g)
1 betik atau
2 pisang bersaiz
kecil (1 pisang
mas: 33 g)
1 betik atau 2
pisang bersaiz
kecil (1 pisang
mas: 33 g)
Daging, haiwan
ternakan, ikan
dan kekacang
2 sudu teh
sebarang jenis
daging atau isi
Ikan ( ¼ ikan
saiz sederhana)
2 sudu teh
sebarang jenis
daging atau 2 sudu
teh isi ikan atau ½ biji telur
½ ekor ikan
kembung saiz
sedang atau 1 biji
telur
Susu
Susu ibu
mengikut
kehendak bayi
Susu ibu mengikut
kehendak bayi
Susu ibu mengikut
kehendak bayi /
3 gelas susu
Lemak, minyak
1 sudu teh minyak
1 ½ sudu teh
minyak
1 sudu teh
minyak





















Jadual di atas merupakan panduan sukatan makanan harian yang ibu-ibu boleh gunakan untuk memberikan si manja kesayangan anda makan. Secara umumnya, jika ibu-ibu dapat mengira keperluan kalori anak anda, lebih bagus. Keperluan kalori bagi anak kecil adalah sekitar 900-1500 kkal atau pun 40kal untuk setiap berat badan anak dalam pound. Saranan saya, di zaman smartphone ini, ibu-ibu boleh saya gunakan application seperti MyFittness Pal untuk mencatat nilai kalori makanan. Ini baru smartmommy with smartphone.

Daripada jumlah kalori ataupun sukatan makanan yang dijadualkan untuk anak-anak, ibu bolehlah merancang jumlah sukatan makanan yang harus diberikan kepada si manja. Sebagai contoh, boleh juga menggunakan carta kekerapan dan sukatan makanan untuk bayi dan kanak-kanak yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan ini.

Umur
Sukatan Makanan Setiap Hidangan
Kekerapan Makan Sehari
Kekerapan snek
6—8 bulan
½ cawan bubur nasi
2 – 3 kali
1 – 2 kali
9 –11 bulan
½ cawan bubur nasi pekat
3 – 4 kali
1 – 2 kali
1 – 3 tahun
½ cawan nasi atau 1 keping roti
4 – 5 kali
1 – 2 kali

Sukatan makanan ini kadangkala mengelirukan kerana apabila menyukat menggunakan cawan, ada cawan besar, ada cawan yang kecil bukan. Asasnya adalah,
·         satu cawan bersamaan 200ml. Anggaran cawan teh yang standard.
·         Satu sudu makan bersamaan 2 sudu teh, atau 10ml
·         ½ cawan nasi adalah sama dengan satu senduk penuh nasi
·         1 cawan bubur adalah dua senduk penuh bubur.

Penyediaan makanan untuk anak kecil sememangya perkara yang seni. Ia selalunya lahir dari hati seorang ibu dengan penuh kasih sayang. Selalunya, hanya makanan dari sumber terbaik yang diberikan kepada si manja. Sayur dan sumber protein yang diberikan perlulah segar dan disimpan dalam keadaan yang elok. Bagi ibu-ibu yang gemar menyimpan makanan siap dimasak secara sejuk beku, pastikan suhu yang digunakan benar-benar sesuai. Makanan perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum masuk ke peti sejuk beku. Jangan pula terbiar terlalu lama kerana akan merangsang pembiakan bakteria. Prinsip penyediaan makanan ini akan saya bincangkan lebih lanjut dalam bab akan datang.

Pemberian makanan kepada anak kecil, walau pun dalam sukatan yang sedikit ini, memerlukan masa dan kesabaran. Sentiasa gunakan cara yang responsif untuk memberikan si manja anda makan. Jika anak menolak, pujuk dengan cara yang mesra, berikan situasi yang kondusif kepada anak dan galakkan anak makan. Bukan dengan cara paksaan. Kanak-kanak yang sudah boleh menggunakan sudu pula, boleh dilatih dengan pantauan. Berikan galakan untuk anak anda menyuap makanan sendiri.

Bagi saya, saya sememangya gemar menyuap anak makan. Tetapi saya sedari satu perkara, terlalu kerap  menyuapkan anak, menyebabkan dia tidak pandai mengkordinasikan tangannya untuk menyuap. Jadi, saya selang-selikan menyuap makanan pada waktu tengahari dan makan sendiri pada waktu malam.
Lagi pun, sememangnya pada masa inilah kita mengajar anak tentang tertib makan bukan?.

Yang penting, kita harus seronok melakukannya bersama ahli keluarga anda.

Sumber: Kementerian Kesihatan.

Friday, July 12, 2013

Nutrisi Kanak-kanak-pengenalan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Kanak-kanak adalah masa keriangan. Semuanya penuh aktif dan keriangan. Pada waktu ini, ibu-ibu juga tercabar dengan keaktifan dan keriangan mereka terutama sewaktu makan. Kadangkala lucu dan kadangkala geram. Kata kunci ya SABAR. 

Kanak-kanak tertarik dengan makanan yang berkonsepkan keriangan. Jadi pada waktu ini, ibu-ibu boleh bermain dengan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan hidangan yang menarik dan berwarna-warni. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak cerewet tentang sayuran, belajarlah teknik menyembunyikan sumber serat ini. 
Cara yang sesuai adalah seperti mengisar, potong halus, masak empuk, pelbagaikan bentuk yang menarik dan juga buatkan jus jika bersesuaian.  Libatkan anak-anak semasa menyediakan hidangan juga kadangkala membantu menjadikan kanak-kanak teruja dengan makanan mereka. Salah satu cara lagi adalah menyediakan hidangan mengikut tema semasa. Contohnya apabila saya bercerita tentang Ayam Si Potet dengan Musang, saya buatlah makanan bertemakan ayam. Sambil makan sambil mengimbas cerita Si Potet dan bergembira! Seronok bersama. 

Untuk menyediakan hidangan kreatif, ibu- ibu harus bersedia dengan alatan untuk membentuk, melorek dan seumpanya. Tak perlulah sehingga mempunyai alatan lengkap seperti seorang chef. Cukuplah ala kadar 1atau 2 alat yang sesuai dengan kemahiran kita. 


Pada umur kanak-kanak sebegini, mereka telah pun boleh makan makanan keluarga. Makan secara berjemaah juga turut membantu kanak-kanak makan dengan berselera. Elakkan kanak-kanak makan snek dan menyusu apabila hampir waktu makan. Biasakan kanak-kanak makan ikut waktu, sedikit tapi kerap. Iaitu enam kali sehari. Sarapan pagi, snek, makan tengahari, snek, makan malam, dan snek sebelum tidur. Rutin ini membantu kanak-kanak membentuk pola makanan dan mengelakkan kanak-kanak makan tidak terkawal. Rutin ini insyaAllah akan kekal hingga dewasa dan mengelakkan obesiti. 

Kanak-kanak sedang aktif juga kadangkala seperti tidak mempunyai waktu untuk makan dan sentiasa bergegas untuk bermain. Jadi ibu-ibu juga harus bijak dengan menyediakan satu hidangan yang mengandungi semua nutrisi yang diperlukan. Contohnya membuat nasi goreng bersama jus buah, ayam tortilla bersama susu kocak, sandwich bersama coklat susu dan pelbagai lagi yang dirasakan sesuai. 

Bagaimana mahu mengetahui kepeluan nutrisi yang sesuai untuk kanak-kanak?
Tunggu entri yang seterusnya.
Teruskan bersama saya ya!

Salam ukhwah, salam kesihatan!  

Friday, July 5, 2013

Nutrisi Pelengkap bagi bayi 6 bulan ke atas

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Carian Google

Proses peralihan bayi dari lima ke enam bulan merupakan perkara yang paling mengujakan bagi kebanyakan ibu-ibu. Ini kerana ia adalah masa untuk mencuba pelbagai resepi si manja. Waktu ini, ada juga ibu yang ragu-ragu untuk memberikan makanan kepada bayi. Ada yang seawal lima bulan telah pun memberikan makanan kepada bayi mereka. Ada yang menunda sehingga bayi berumur lapan bulan!. Mengapa ada perbezaan begini ya?. Sepanjang pembacaan saya, pemberian makanan kepada bayi bersifat subjektif. Tapi sungguh jarang, ibu yang perihatin terhadap makanan bayi mereka memberikan makanan bawah daripada empat bulan. Jadi enam bulan adalah masa yang sesuai.

Mengapa  enam bulan?
Apabila bayi berusia enam bulan, perkara pertama yang anda sedar adalah bayi anda mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya. Mulutnya menunjukkan tanda-tanda mengunyah makanan dan air liur meleleh melihat makanan. Sungguh comel bukan?. Mungkin ini yang menyebabkan ibu-ibu pun tidak sabar memberikan mereka makan.

Pada usia ini, bayi pada juga sudah dapat menegakkan kepalanya sendiri dan akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain susu ibu/susu formula sekarang.

Apabila makanan pelengkap diberikan terlalu awal kepada bayi pula ia boleh menyebabkan bayi anda kurang menyusu akibat rasa kekenyangan sedangkan nutrient yang benar-benar diperlukan oleh bayi berada di dalam susu. Yang paling penting, sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang untuk memproses makanan. Enzim penghadaman juga belum bersedia untuk memproses makanan selain daripada susu. Akibat daripada makanan yang tidak hadam dan nutrisi yang tidak mencukupi bayi berisiko untuk menghadapi sembelit, alahan, cirit-birit dan penyakit yang terserlah dalam jangka masa yang panjang seperti obesiti, darah tinggi dan diabetis. Pergi sahaja di hospital bahagian kanak-kanak, tidak mustahil anda berjumpa kanak-kanak mempunyai diabetis pada usia 10 tahun!. Sayangnya.

Bagaimana pula jika bayi diperkenalkan makanan pelengkap terlalu lewat?. Tumbesaran bayi akan terbantut akibat kekurangan nutrisi. Bayi juga mempunyai potensi mengalami masalah tabiat pemakanan semasa membesar. Mungkin anak menjadi cerewet untuk makan, tidak menyukai rasa sayuran atau hanya makan sejenis makanan sahaja.


Bagaimana pula dengan susu yang mengandungi semua nutrisi sehingga tidak perlu makan makanan lain?. Banyak sungguh susu dicipta dan diiklankan untuk memudahkan ibu-ibu. Bagi saya ia adalah perkara mengarut. Susu tetap susu, makanan tetap makanan. Sifat fizikalnya sahaja tidak sama.

Makanan pelengkap bukan sahaja berfungsi untuk membekalkan nutrisi, malah berupaya mengajar bayi tentang jenis-jenis makanan, struktur fizikal makanan dan rasa makanan. Walau bagaimanapun bukanlah bermaksud apa sahaja makanan boleh terus diberikan kepada bayi.

Ibu-ibu boleh bermula dengan mencampurkan satu sudu kecil bijiran dengan empat atau lima sudu kecil susu badan, susu formula, atau air masak sejuk. Anda boleh menggunakan sudu bayi tetapi sesetengah pakar menyarankan supaya anda menggunakan jari saja, tetapi pastikan ianya bersih. Cara yang mudah ialah mencuit sedikit campuran bijirin dengan hujung jari dan suakan kepada bayi. Jangan harapkan yang dia akan makan banyak pada satu-satu masa. Perut bayi yang kecil hanya dapat diisi sedikit sahaja, dan sebahagian besar nutrisinya akan terus datang daripada susu badan atau susu formula untuk beberapa bulan lagi. 

Makanan kepada bayi boleh diberikan kepada bayi secara berperingkan seperti jadual di bawah:-

Umur Bayi
Tekstur Makanan
6 – 8  bulan
Puri, dilecek atau makanan separuh pejal
9 – 11 bulan
Makanan yang dicincang atau dipotong kecil.
Makanan jejari (finger food)seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberikan.
>12 bulan
Makanan keluarga
  
Antara hidangan yang boleh anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah buah-buahan, seperti pisang, pir dan epal yang dipurikan; sayur-sayuran, seperti lobak merah, labu dan bunga kubis. Ibu-ibu juga boleh mencuba cuba sayur-sayuran berkanji seperti kentang dan keledek. Penting bagi anda memberikan bayi makanan berperisa masin disamping yang manis pada tahap ini supaya dia tidak hanya gemarkan makanan manis sahaja. Tetapi perlu diingatkan, tidak sepatutnya ibu-ibu menambah gula, sirap, garam, perasa, mentega, krim, sos perencah, lemak seperti mayonis, dalam makanan yang disediakan kepada bayi kerana, sistem penghadaman dan ginjal mereka masih belum bersedia untuk menapis bahan-bahan seperti itu. Penambahan madu juga dikatakan membawa kepada penyakit serius dipanggil ‘infant botulism’.

Usai memberi makanan, jangan pula lupa, susu patut diteruskan juga. Susu ibu, seeloknya diberikan sehingga anak berumur dua tahun. Selepas itu, amalan minum susu harus diteruskan sehinggalah tua. Anda boleh menunjukkan contoh dengan minum susu bersama-sama.

Selepas ini saya akan berkongsi berkenaan sukatan makanan yang boleh dijadikan panduan ibu-ibu. Jadi, teruskan membaca ya!.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
             http://www.babycenter.com.my/
             A Guide for Use in the Child Nutrition Programs; USFDA

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts