Showing posts with label Bisnes Dari Rumah. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Dari Rumah. Show all posts

Saturday, December 13, 2014

Mula bisnes dengan DROPSHIP

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah. Masih bernafas di bumi Allah dan dikurniakan kudrat untuk berkongsi yang baik-baik.  Jika ada kekhilafan mohon dimaafkan.

Hari ini mahu bercerita tentang dropship.  Sudah banyak maklum balas saya terima, kebanyakannya daripada hasil carian google mereka dan sampai di sini (anda pun begitu?, Terima kasih daun keladi). Yang bertanya tentang kelas blog dan mula bisnes selalu risau.

" Saya tak pandai langsung buat blog"
Sebab itu kelas asas blog ini wujud. Khusus untuk anda. Yang sudah mahir berjualan melalui blog dan kaedah online lain, kelas ini tidak sesuai. Melainkan anda memang mencari ilmu.

"Saya tiada produk".
Ini bukan masalah lagi pada zaman sekarang.  Zaman dulu memang selalu dimomokkan, kau nak jual apa?. Apa pun tiada. Kurang-kurang pandai buat kuih, janit baju, buat itu buat ini baru boleh meniaga. Eh, sekarang tak lagi Cik Kak, Cik Abang.  Asas nak mula bisnes, jangan buat barang, niagakan barang. Barang orang lain apa salahnya?. Janji halal dan perniagaan tetap perniagaan.  Nabi Muhammad (selawat ke atas beliau), pun menjalankan trading. Ambil barang orang lain dan niagakan. Betul kan?

"Saya tiada modal banyak".
Ini lagi satu.  Berapa banyak adalah banyak?.  Kalau boleh beli data untuk guna internet, itu sudah kira modal.  Mahu mula berniaga, gunakan modal paling minima. Belum tentu perniagaan pertama ini akan kekal sehingga anak cucu.  Buat apa mahu labur beribu-riban untuk perniagaan cuba-cubaan. Guna modal di tangan.

Sekarang saya mahu cerita tawaran.

Kami di ABDR sedang tawarkan permulaan bisnes untuk anda. Secara dropship.  Mulakan berjual pakej produk kami iaitu E-Iqra dengan harga RM250.  Syaratnya jual sebanyak 4 unit E-Iqra selama sebulan dan komisyen akan diberikan.  Dengan komisyen terkumpul anda layak menyertai jemaah kami di ABDR. Anda berpeluang belajar asas blog dan membina blog kedai anda sendiri.  Syaratnya berjual, simpan komisyen dan serahkan untuk belajar blog kedai.

Mudah bukan?.

Apa modalnya?
Internet. Eh, jika tiada internet, promosi mulut ke mulut pun boleh saja.

Ok. Cukup penerangan di situ. Jika tak cukup hubungi saya seperti di bawah. Rebut peluang keemasan ini untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. InsyaAllah. Allahumma Amin.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Tuesday, November 25, 2014

IKLAN,IKLAN, IKLAN!

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bila berniaga tak sah kalau tak buat iklan kan.  Kalau tak iklan macam mana orang nak tau kita berniaga kan?.

Pilihan nak beriklan? Ada banyak!!

Dulu popularnya iklaneka di surat khabar. Kemudian di majalah pula. Ada yang bagi flyers selit di kereta. Tak kurang juga flyers iklan terbuang di longkang. Sedih.  Kosnya bukan sikit kan. Jika iklan di media cetak, kosnya boleh makan hingga ribuan ringgit. Bagi liputan yang lebih luas, ada yang memilih untuk memacakkan iklan di lebuh raya. Wah!. Hanya syarikat gergasi yang boleh memikirkannya.  Walau bagaimanapun, iklan masih perlu iklan untuk sebarkan maklumat tentang barangan yang kita tawarkan.  Sekarang ini sudah bertambah mudah, ada tambahan pengiklanan secara online. Mudah, meluas seantero dunia jika ada yang mencari.

Bagaimana memilih untuk beriklan secara online?. FIKIR SEPERTI PELANGGAN.  Jika anda ingin cari barang di talian, apa yang anda akan gunakan untuk mencari barang?. Popularnya menggunakan Google bukan?.  Jadi sebagai peniaga, gunakan juga kuasa dan kelebihan google ini.  

Akademi Bekerja Di Rumah telah memanfaatkan konsep ini. Dengan rangkaian ahli yang mempunyai logo dan akses ke sohodirectory ABDR, kemungkinan untuk iklan ini berada di muka pertama carian google sangat tinggi. Jadi, untung kan beriklan bersama ABDR?.  Kami tidak janjikan bila beriklan bersama ABDR anda untung beribu-ribu. Kami cuma boleh katakan, iklan anda mempunyai akses meluas dari lebih 800 ahli ABDR.  

Harga sewa ruang Iklan?.
Ia bermula serendah RM50 untuk 6 bulan.  Murah sangat jika nak dibandingkan dengan media cetak.  
Jika anda berminat untuk beriklan di SohoDirectory ABDR, anda boleh hubungi saya seperti tertera di bawah ya. Dengan RM50, anda boleh berada di senarai carian google. 



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Monday, November 17, 2014

INFORMASI: Group Coaching Kelas urus akaun bisnes kecil/WAHM

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Assalamualaikum.

Anda berminat untuk ikut kelas berkaitan dengan pengurusan akaun bisnes anda?. Lagi-lagi untuk WAHM macam saya.  Kadang tak jumpa cari di mana nak ikuti kelas urus akaun bisnes ni. Untung asik lesap. Nak carita pasal PO, invois dan resit pun tak tahu nak keluarkan yang mana satu ya.

Jadi, ABDR sediakan platform untuk anda. Group Coaching Urus Akaun Bisnes Kecil/WAHM.
Ini infonya.  PERHATIAN, tarikh terhampir adalah esok 18/11/2014.  Jadi, jika anda baca pada hari ini, masih sempat lagi untuk bertanya berkenaan pendaftran kelas ini. Sila hubungi penulis, seperti yang tertera di bawah ya.

Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.
Grup Coaching dibuka bagi tarikh dan lokasi berikut. 

Tarikh: 18 Nov 2014, Selasa
Lokasi: Shah Alam.
Masa: 9.30pg - 4.00ptg


Tarikh: 20 Nov 2014, Khamis.
Lokasi: Putrajaya
Masa: 9.30pg - 4.00ptg


Tarikh: 27 Nov 2014, Khamis.
Masa: 9.30pg - 2pm
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

Maklumat Kelas
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)

Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Pilih lokasi dan tarikh. Hubungi saya untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Friday, November 14, 2014

WAHM juga perlukan EQ

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Allahuakbar.
Sesungguhnya demi masa, manusia dalam kerugian.
Tiap kali sebut ayat ini mesti syahdu rasa dalam hati.  Rasa geram sebab selalu didahului masa.
Hingga nak menambah entri dalam blog pun jadi tak sempat-sempat (alasan, hi,hi,hi).

Ok. Saya baru menyudahkan peperiksaan terjemahan saya.  Nampak macam mudah, tapi bila sudah mendalami teks ujian, rasa tak keruan.  Doakan saya berjaya.

Saya rasa, walau pun saya bukan pakar dalam bahasa, kemudian mahu terkedek-kedek menjadi penterjemah pula.  Tapi kadang kala kita tak nampak kebolehan diri kita sendiri.  Lagi pun tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Apa yang menarik dengan peperiksaan terjemahan adalah kita mempunyai peluang untuk membaca perkara yang tak pernah terlintas dalam kepala untuk membaca teks yang diberikan.  Saya telah tubuhkan kumpulan komunikasi Whatsapp dan rata-rata bila ditanya sememangnya kabur sungguh dengan teks yang diberi.  Teks umum yang berikaitan dengan ekonomi, kemudian teks umum berkaitan kecerdasan emosi.  Memang semua biasa dengar, biasa bercakap, pernah membincangkan perkara yang ditulis dalam teks itu, tapi tidak pernah mendalami.  Jadi, tak semena-mena semua mendapat ilmu baru.  Saya sekurang-kurangnya.

Saya ingin kongsikan di sini berkenaan kecerdasan emosi dan kaitkannya dengan bisnes bagi suri rumah atau WAHM.  Eh, ada kaitan?. Selalu kecerdasan emosi ni disebut-sebut di pejabat dan sekolah saja.  Ha, saya pun tak pernah terfikir.  Kecerdasan emosi sebernarnya EQ atau EI. Ok, sel sudah bersambung ya. 

Bila WAHM buat kerja di rumah, cabarannya memang lagi tinggi dari pekerja di pejabat.  Hendak mengawal emosi sendiri, kemudian mahu melayan emosi anak-anak dan suami.  Mencabar bukan?  Silap hari bulan boleh jadi raksasa di rumah.  Itu biasa bagi saya sebenarnya.  Mencabar tau.

Gali
 
Berdasarkan perbincangan dari teks yang di baca, antara perkara yang kita boleh lakukan untuk mengembangkan EQ kita, walau pun berada di rumah ya, saya kira boleh digunakan, adalah pandang hidup kita dengan menyeluruh.  Jangan terlalu memandang pada kelemahan kita dan lupa pula nak kembangkan kekuatan kita.  Asyik fikir kita belum berjaya urus masa dengan baik tapi lupa kita boleh menarikan cerita di papan kekunci dengan baik dan cepat.  Kita boleh terus fikirkan saya suka menulis, dan terus tulis.  Usah fikir lagi tentang masa.  Fokus pada kekuatan bukan pada masalah.  Ia menyelesaikan masalah anda.

Mimpi
Benarkan diri anda bermimpi.  Ini selalu dan biasa disebut-sebut.  Letakkan vision board anda.  Dalam teks peperiksaan, mencadangkan hanya ramalkan, tapi saya kira lebih baik jika terus letakkan jadikan ia dalam bentuk keras.  Cetak dan tampal gambar impian anda. Lihat setiap hari dan rasa geram dengan impian anda.

Tanya
Dapatkan maklum balas yang jujur dari kawan sekeliling anda.  Jangan kata dengan saya WAHM tiada kawan.  Saya kira kawan saya semasa tidak bekerja bertambah ramai!.  Walau pun di alam maya, ia tetap kawan.  Tapi yang penting kawan yang boleh berikan pendapat tentang prestasi kita secara jujur.  Suami sendiri juga boleh berikan pendapat.  Anak juga boleh berikan pendapat.  Bila kita sibuk sangat buat kerja bisnes sampai keluarga rasa terabai dan mereka suarakan pendapat mereka, jangan buat-buat tak dengar dan katakan 'jangan kacau saya'. Hei, itulah jam loceng anda.  Kembali pada matlamat sebenar kenapa anda berada di rumah ya.

Coaching
Memberi latihan dan mendapatkan latihan.  Ilmu yang ada sampaikan. Ilmu yang tiada, cari!. Mudah.  Dalam menjadi WAHM, ia sesuatu yang asing di negara kita.  Masih lagi baru.  Jangan tanya ilmu WAHM pada nenek dan mak kita yang pemikirannya, dah belajar tinggi, kenapa berhenti kerja dan duduk melepak di rumah?.  Itu mencari nahas!.  Nanti anda yang sedih.  Berguru dengan mereka yang telah pun berjaya bermula.  Saya pilih coaching di Akademi Bekerja Di Rumah.  Anda belum jumpa coach anda?. Jom sertai ABDR.  Hubungi saya. (iklan pula).

 Itulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan.  Jika anda mahu maklumat lebih, bolehlah membaca buku berkaitan dan hubungkan dengan dunia baru anda Work At Home Mom!  




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Friday, November 7, 2014

Informasi: Group Coaching Asas Akaun Bisnes Kecil/WAHM

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


GROUP COACHING- Asas akaun bisnes kecil/WAHM.
=======================================
Kelas seterusnya
Tarikh: 11/11/14, Selasa
Masa: 9.30pg - 2.00tgh

Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

Berminat untuk mendaftar?

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432


IKLAN:





Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Thursday, November 6, 2014

Bengkel jana Wang Dari Rumah

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Minat nak jana wang dari rumah?


Tak kira suri pejabat atau suri rumah, semua boleh jana wang dari rumah.
Ada satu bengkel Jana Wang Dari Rumah akan dijalankan di Kelate oleh trainer yang sudah pun berkerja dengan penuh gaya dari rumah.
Antara modul yang akan para SURI pelajari ialah:
1) Start-up Gaya ABDR
2) Penjenamaan Diri Gaya ABDR
3) Hands-on buat blog & fanpage
4) Penggunaan Google Drive
5) Habis kelas terus boleh beroperasi.
*pre-work ringkas akan diberikan kepada peserta sebelum kelas melalui emel untuk melancarkan lagi perjalanan kelas.
Minat? Minat?Minat?
Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Wednesday, October 29, 2014

Pengalaman setelah 2 tahun menjadi Work at Home MOM.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Nampaknya bulan hadapan genap saya 3 tahun berhenti dari jawatan profesional di pejabat dan menjawat jawatan sepenuh masa di rumah.  Dalam masa 3 tahun, jika baru mula menjawat jawatan di pejabat, masih di kira junior.  Banyak lagi yang perlu dipelajari.  Jadi, sama juga keadaan di sini. Saya masih lagi cuba mencari penyesuaian terbaik.  Tak disangkal bila ada perubahan jadual, terkial-kial juga menyesuaikan diri.

Saya bermula memberanikan diri untuk mencari pendapatan dari rumah setelah satu tahun berhenti kerja.  Masa itu, anak saya yang kedua sudah berumur dua tahun dan kakaknya sudah mula bersekolah.  Saya mula mencari-cari peluang.  Pulang dari menjemput kakak di sekolah, saya sering singgah membeli kuih di sebuah gerai sehingga datang idea untuk menghantar kerepek untuk dijual di kedai kakak itu.  Cadangan saya diterima baik oleh kakak tersebut.  Syukur kerana diberi peluang. 

Saya mula membeli dan membungkus kerepek untuk dihantar ke gerai.  Namun, perniagaan itu tidak bertahan lama.  Nampaknya kurang laku sebab harganya mahal.  Kerepek mahal sebab saya membeli dari pengeluar pada kuantiti yang sedikit, ditambah pula dengan kos pengangkutan ke sana. Sudahnya saya berhenti menjual kerepek.  Tamatlah perniagaan pertama saya.

Tapi, nak kata putus asa tu tidak.  Saya terus cari jalan.  Dalam pada mencari-cari vitamin untuk kulit, saya terjebak pula dengan bisnes shaklee.  Nampak memberangsangkan.  Saya suka dengan produk Shaklee dan cara bisnes ini berjalan.  Banyak yang saya belajar dari sini termasuklah untuk mula berniaga secara online.  Mempercayai perbankan internet dan perkhidmatan pos.  Malu nak bercerita, dulunya saya tak percaya perbankan online dan orang pos.  Lucu pula.

Saya mula belajar menggunakan FB.  Akaun sudah lama ada, tapi tak pandai guna.  Saya buka semula beberapa emel berkaitan kerja dari rumah dan bertemu dengan kelas ebook dan blog anjuran kak Masayu Ahmad.  Ha, di sinilah keseronokan bekerja dari rumah bermula.

Menyertai kumpulan suri rumah yang bekerja dari rumah.  Berkenalan dengan Kak Aishah, Kak Ashikin, Anys, Zaila, Mie. Ramai lagilah.  Seronok.  Bekerja sealiran.  Banyak yang dikongsikan. Pengalaman jatuh bangun bekerja dari rumah.  Terima kasih atas kesempatan yang diberikan oleh kumpulan yang diterajui oleh Puan Masayu Ahmad.  Syukur atas nikmat yang Allah berikan.  Dari malu nak keluar kepompong, sekarang orang tahu saya menjalankan perniagaan dari rumah.

Macam mana saya jana pendapatan dari rumah?

Saya masih belum sampai tahap berjaya yang saya inginkan.  Saya masih belum mencapai empat angka sebulan jana pendapatan dari rumah.  Tapi sudah stabil 3 angka setiap bulan.  Dulunya nak cari RM10 pun saya tak pernah jangka saya akan dapat. Sekarang alhamdulillah.

Berkat ajaran yang diterima, saya bermula dari yang kecil.  Mula jana RM10, jana lagi 50 dan seterusnya.  Hasil jualan produk AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH. Menjual

  • e-book
  • kelas blog secara online
  • kelas akaun
  • pakej mula bisnes dari rumah


Kebanyakannya produk digital.  Mudah.  Tak perlu keluar rumah membuat pengeposan.

Seterusnya saya berjinak-jina semula dengan bisnes produk fizikal.  Saya mahu merasai pengalaman ini.  Awalnya saya tidak pula menjadikan ia satu perniagaan.  Niat saya cuma ingin berkongsi produk yang saya gunakan.  Saya mencari produk gantian Milo.  Dah pelbagai jenama saya cuba dan akhirnya berjumpa yang berkenan.  Produk bumiputera Islam.  TAMAR KOKO.

Saya mula kongsi di FB berkenaan produk ini.  Tidak disangka mendapat sambutan.  Sememangnya jika dilihat, produk ini tidak menjanjikan pulangan lumayan. Tak banyak untung orang kata.  Tapi saya buat juga dengan niat ingin bantu produk Bumiputera Islam dan sebarkan yang sebenarnya produk kita juga sedap dan bermutu.

Dalam masa yang sama, saya sememangnya sudah lama ingin menjual barangan kanak-kanak.  Hasrat ini memang dari zaman saya mula tamat belajar lagi.  Bila bekerja memang saya ada menjual baju kanak-kanak.  Ambil dari pengedar dan jual di sekitar kediaman.  Sekarang dengan kemudahan internet, saya menjalankan dropship produk kanak-kanak.  Permainan, dan juga keperluan pendidikan. menggunakan platform kedai online PITSTOPMAMADANJUNIOR, saya boleh ditemui di blog www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com serta page FB pitstopmamadanjunior (https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior). Masih baru dan bertatih dalam perniagaan produk fizikal.  Saya masih mencari tuning yang tepat.

Apa motivasi saya terus menjana pendapatan dari rumah?
   
Setelah 2 tahun berkecimpung dalam bidang ini, saya boleh katakan jemaah adalah sumber terbaik motivasi.  Kita kena berada dalam kelompok yang positif dan boleh bertukar fikiran.  Saling membantu mengetuk kepala bila alpa.  Menguatkan jati diri dan menjawab persoalan dalam kepala, kenapa saya berhenti kerja dengan gaji tetap ribu-ribu sebulan dan berada di rumah mencari pendapatan tidak tetap.  Perkara inilah yang membantu saya menangkis segala anasir kiri dan kanan yang menjelir lidah bak biawak kata Dr Azizan Osman.  Jiwa kena kental jika berada dalam arus yang menyongsang dari biasa.  Pandangan orang ramai, dengan Ijazah Sarjana Sains Kimia, saya mesti duduk di pejabat.  Tapi kenapa?.  Saya pun tak faham kenapa kena ada perkataan MESTI.  Saya ada pilihan dan boleh berada di rumah.

Anda yang membaca juga ada pilihan.  Dudukkan diri anda dalam kelompok yang betul dan positif.  Kentalkan jiwa.  Jangan pula terus nak melompat ke bulan.  Setiap perkara ada langkah pertama.  Rezeki dari Allah. Percaya, yakin dan usaha.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

Tuesday, October 14, 2014

Berniaga dan sabar

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Hari ini dari pagi hingga ke malam, newsfeed muka buku saya banyak pula lalu cerita tentang pengalaman kehidupan dan sabar.  Belajar melalui pemerhatian.  Periksa kotak emel, ada juga emel berkaitan sabar dalam perniagaan.  Saya pasti ini bukan kebetulan. Macam tahu-tahu saja saya sedang tahan sabar dengan seorang pelanggan. :)

Saya mahu petik artikel dari Majalah Niaga bertajuk 6 cara untuk mengawal marah ketika menjual. Ada 6 cara di situ, boleh terus ke sana jika mahu baca lanjut. Linknya di bawah ya.

Apa yang saya nak ambil adalah bersangka baik.  Saya rasa ini paling kena dengan semua situasi. Daripada macam-macam perkara berlegar dalam kepala, eloklah kita bersangka baik dengan rezeki yang Allah beri. Jika pelanggan tak beri jawapan mahu atau tidak, atau seumpanya, bersangka baiklah.  Jika hari ini bukan rezeki kita, mesti ada hikmah disebaliknya bukan?. Ada sesuatu yang kita boleh belajar dari kejadian itu.  Belajar dari pengalaman.

Pengalaman yang berharga boleh juga kita dapat dari pembacaan. Tak semestinya dari apa yang kita lalui kan?.  Saya nak syorkan beberapa ebook ABDR yang boleh dijadikan panduan dalam berbisnes.






Untuk tempahan ebook ini boleh hubungi saya seperti di bawah.

Ok. Ini link majalah niaga. Jika mahu baca 6 cara seterusnya, boleh terus ke sana ya.
(http://www.majalahniaga.com/6-cara-untuk-mengawal-marah-ketika-menjual.html)


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts