Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Alhamdulillah, hari ini berjaya untuk mencoretkan pengalaman saya bersama kelas online Teknik Blog Siap e-book. Jujurnya saya sangat bersyukur kerana Allah menggerakkan hati saya untuk mendaftar kelas ini. Permulaan cita-cita saya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa adalah pada sekitar tahun 2008-2009. Masa itu, saya baru mempunyai seorang anak. Perasaan untuk menjaga anak di tangan sendiri sangat meluap-luap, tetapi dipendamkan sahaja kerana takut dengan persepsi orang ramai.
Walau bagaimanapun, saya cuba mencari jalan untuk menjana pendapatan dari rumah. Pelbagai perkara saya lakukan. Menjual T-Shirt kanak-kanak, menjual tudung, mula belajar jahit dengan harapan dapat mengambil upah menjahit baju, menjual baju kurung kanak-kanak, menjual kerepek, dan yang paling terbesar sekali, saya mengeluarkan modal untuk bisnes printing T-Shirt dan cenderahati. Malangnya semua tidak menjadi. Benar bagai dikata, untuk memulakan perniagaan perlukan mentor yang betul untuk tunjukkan jalan.
Saya mula terpandangkan di internet berkenaan Jana Wang Dari Rumah yang ditulis oleh Puan Masayu Ahmad. Saya subscribe e-mail Puan Masayu Ahmad, tetapi hanya membaca sekali lalu. Tidak bersungguh. Dalam pada itu, kontrak saya bersama majikan telah tamat dan saya tidak pula mahu menyambung kontrak berkenaan. Nekad di hati saya untuk berhenti kerja walau pun tiada pendapatan. Ya. NEKAD.
Dari situ, saya korek balik e-mel Puan Masayu Ahmad berkenaan Jana Wang Dari Rumah. Di rumah, saya mula berjinak-jinak belajar menggunakan facebook. Dengan izin Allah, saya terserempak dengan iklan Puan Masayu Ahmad berkenaan kelas Teknik Blog Siap e-book. Berdebar-debar saya menghantar pesanan pertanyaan tentang kelas. Semuanya menggunakan perantara FB. Pada waktu ini saya memang belum pandai menggunakan FB. Apatah lagi membuat fan page.
Usai pendaftaran, Puan Masayu memberikan nota dan e-book sebagai modul pelajaran. ALHAMDULILLAH SYUKUR. Saya tidak menyangka saya bertemu lampu suluh di sini. Saya memang suka menulis blog dari tahun 2007 lagi, tapi rupanya penulisan saya tidak tepat. Di kelas ini, saya banyak belajar bagaimana menghasilkan blog yang sedap dan cantik dibaca oleh pembaca. Ada atau tiada yang minat, saya boleh ketepikan dahulu isu itu, yang penting dan utama bagi saya adalah kepuasan. Mana tahu, rupanya ada juga pembaca blog saya. Sesungguhnya kelas yang diberikan sangat bermakna. Ia bukan sahaja membuka peluang untuk belajar berkenaan penulisan blog, tetapi lebih kepada penulisan yang betul untuk blog dan matlamat utama ialah teknik yang betul untuk menghasilkan e-book.
E-book SuperWahm Super Mom memberikan perkongsian dari mereka yang telah berjaya. Ia sangat bermanfaat. Dari situ, saya mula berjinak-jinak menjalankan perniagaan online. Saya mula mencipta penjenamaan sendiri seperti yang diajar di kelas.
Kelas yang diadakan juga sangat santai. 100% online. Sesuai untuk saya sebagai suri rumah yang mempunyai anak kecil. Sambil menjalankan tugas hakiki menjaga anak dan mengurus rumah tangga, sambil belajar dan mengeluarkan output. Saya sangat sukakan cara sebegini. Selagi ada talian internet, PC dan smartphone, saya boleh berhubung untuk mendapatkan input dan mengeluarkan output. Tidak saya sangka sebenarnya cara ini efektif bagi saya. Saya juga berpeluang menjalin ukhwah bersama rakan sekelas. Ya, walau pun di alam maya, saya punyai rakan sekelas.
Alhamdulillah, rakan yang banyak memberikan sokongan moral, membuatkan kita juga ingin turut aktif dalam aktiviti yang disediakan. Perkongsian pengalaman dari rakan-rakan banyak membantu untuk meneruskan tugasan yang adakalanya mencabar keupayaan saya. Ya lah. Kalau tak mencabar, sudah tentu tidak banyak yang dapat saya belajar. Sesungguhnya belajar berkenaan alam maya ini, tidak akan habis dan tidak akan tamat. Namun, saya harap dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat ini kepada suri rumah atau pun mereka yang duduk saja di rumah tanpa pekerjaan. Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil, di dunia dan akhirat sana.
Saya yakin, saya tidak rugi dengan menyertai kumpulan ini. Bekerja dari rumah, menjana pendapatan dari rumah. Dan yang saya suka adalah membina ukhwah, perkongsian dan ingatan untuk meningkatkan amal ibadat serta amalan kerohanian kepada Allah SWT, maha pencipta dan pemberi rezeki.
Jika anda mahu menyertai keluarga besar kami, dan bersama menjana pendapatan dari rumah, tidak kira secara sepenuh masa atau separuh masa. Jangan bertangguh lagi. Kelas ini sesuai untuk yang mahu mula melangkah seperti saya di peringkat awal dahulu. Cipta jenama anda bermula dari sini. Usah risau dengan pandangan orang lain. Seperi Dr Azizan Osman katakan, penghalang cita-cita anda, sebahagian besarnya disumbang oleh diri anda yang takut dengan diri sendiri, bukan persepsi orang lain.
Untuk sertai saya, boleh hubungi saya:-
SMS/WhatsApp: 0136200432
E-mail: wanimn_2301@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/zahwanimn
Showing posts with label Tugasan Kursus e-book. Show all posts
Showing posts with label Tugasan Kursus e-book. Show all posts
Friday, August 23, 2013
Wednesday, May 29, 2013
Pengenalan
Teks: Nurzahwani Mohd Nor.
Hubungi penulis:
E-mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com
Whatsapp : 0136200432
FaceBook: https://www.facebook.com/zahwanimn
Nama diberi Nurzahwani Mohd Nor. Saya dilahirkan pada tahun 1982 di Melaka Bandar Bersesejarah. Saya membesar dan bersekolah di Melaka dari sekolah tadika hinggalah tamat SPM. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke UTM Skudai. Berikut adalah latar belakang pendidikan dan pekerjaan saya sebelum menamatkan status suri bekerja pada tahun 2011, iaitu selepas setahun melahirkan anak kedua.
Hubungi penulis:
E-mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com
Whatsapp : 0136200432
FaceBook: https://www.facebook.com/zahwanimn
Nama diberi Nurzahwani Mohd Nor. Saya dilahirkan pada tahun 1982 di Melaka Bandar Bersesejarah. Saya membesar dan bersekolah di Melaka dari sekolah tadika hinggalah tamat SPM. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke UTM Skudai. Berikut adalah latar belakang pendidikan dan pekerjaan saya sebelum menamatkan status suri bekerja pada tahun 2011, iaitu selepas setahun melahirkan anak kedua.
Latar belakang pendidikan saya berasaskan Kimia. Saya berkelulusan Msc Sains (Kimia) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Pengalaman bekerja saya bermula dalam arena penyelidikan. Saya bekerja sebagai pembantu penyelidik di UTM Skudai sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana. Sememangnya minat saya ke arah penyelidikan.
Seterusnya, saya menjawat pula jawatan Pegawai Penyelidik di sebuah badan berkanun dalam jabatan Teknologi Makanan dan Pemakanan. Secara umum, kajian saya berkaitan minyak dan lelemak. Kemudian, saya juga pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam dan Pegawai ISO di sebuah industri tekstil.
Dalam meniti kehidupan, saya mula memupuk minat dalam perniagaan. Saya pernah membuat pelbagai bisnes sambilan secara kecil-kecilan termasuklah menjual T-Shirt kanak-kanak, baju kurung kanak-kanak, printing mug dan juga Apam PolkaDot bila ada tempahan. Dalam fikiran saya, saya perlu berniaga untuk meninggalkan satu legasi perniagaan untuk keturunan saya. Nampak seperti angan-angan besar. Tapi, impian jitu pasti boleh membuahkan hasil.
Selepas melahirkan anakanda kedua, saya mula meninjau-ninjau peluang untuk mencarri pendapatan sampingan. Bukan semata-mata kerana duit. Tapi kerana niat saya di atas. Kemudian saya terserempak pula dengan karya Puan Masayu Ahmad tentang Jana Wang dari Rumah. Saya langgan e-mel dari beliau. Pada waktu itu, saya tidak menyangka boleh menjana wang dari rumah. Sedikit demi sedikit saya mula mengumpul maklumat.
Akibat kesibukan, saya terlupa dengan e-mel yang saya langgan tentang kerja dari rumah. Apabila saya meletakkan jawatan, minda saya berpusing-pusing mencari jalan. Saya habiskan masa senggang saya dengan melayari internet, dan terjumpa dengan iklan Puan Masayu Ahmad berkenaan Kelas Asas Blog Siap E-book.
Saya rasa ini peluang untuk saya. Di samping minat saya dengan blog, saya juga ingin menghasilkan sebuah buku dengan nama sendiri. Ini merupakan jambatan untuk saya.
Berdasarkan analisa bersama Puan Masayu Ahmad, saya melahirkan blog ini.www.nurzahwanimohdnor.blogspot.com. Blog berkaitan kesihatan dan nutrisi. Saya kongsian minat saya berkaitan penyelidikan serta melayari internet mencari maklumat berkaitan makanan dan kesihatan.
Dengan kemahiran yang dilatih oleh Puan Masayu Ahmad, saya berjaya menghasilkan blog yang lebih berkualiti dan mesra pembaca berbanding blog saya yang lama. Saya juga telah diberi mandat oleh Puan Masayu Ahmad untuk mengendalikan kelas Asas Blog pula.
Di samping mengendalikan kelas, saya juga diberi peluang untuk menjana pendapatan dari rumah dengan hanya mempromosikan produk digital Akademi Bekerja Di Rumah iaitu:-
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes.
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif.
4. Kelas beriklan mudah.my.
5. Kelas borong telekung solat.
6. Kelas penulisan ebook pertama.
7. Pendaftaran Pengurus Online @ Rakan Niaga.
8. Tempahan blog bisnes-siap 3 hari.
9. Sewa ruang iklan.
11. Kelas asas akaun wahm/ soho online/offline.
Maklumat lanjut berkenaan pakej kelas online boleh di baca di link ini.
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/p/teks-nurzahwani-mohd-nor.html.
Fan page yang digunakan pula adalah https://www.facebook.com/pages/Books-et-cetera/343401155799736
Sebenarnya untuk mencari pendapatan, di mana-mana juga boleh. Tidak semestinya bekerja di luar. Dengan menjalankan perniagaan secara online begini, saya mempunyai masa dan ruang yang saya perlukan. Untuk menjaga dan mendidik anak sendiri, mengurus rumah tangga dan seterusnya meluangkan lebih banyak masa beribadat yang mana semua ini tidak dapat saya lakukan semasa bekerja di luar.
Menjalankan perniagaan sendiri merupakan cabaran untuk diri sendiri dalam mengurus target pendapatan, dan usaha ke arah mencapai target. Ia lebih kepada pengurusan diri sendiri. Semangat dan sokongan dari kawan-kawan sangat membantu saya untuk terus menggerakkan bisnes ini. Saya akui saya jenis cepat patah semangat. Jadi kepada anda yang minat berniaga tapi sifatnya ala-ala saya, saya sarankan sertai mana-mana kumpulan sokongan. Seperti saya, saya sertai Jemaah Akademi Bekerja di Rumah.
Sepanjang penglibatan saya dalam perniagaan online ini, walau pun bukan lagi dalam kategori berjaya tahap bintang, saya bersyukur, daripada tiada 0 pendapatan, saya sudah pandai meraih pendapatan sendiri hasil usaha sendiri. walau pun hanya mencecah tiga angka sebulan. Perkara yang saya tidak jangka sepanjang saya bekerja di luar. Siapa sangka, saya boleh juga berniaga!. Emak saya pun tak percaya tau. Apa rencah rahsianya?. Untuk saya, kerja dalam jemaah.
Jika anda juga inginkan pengalaman seperti ini, saya menawarkan peluang untuk belajar bersama, menjadi pengurus online ABDR. Maklumat lanjut boleh baca di sini: http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2014/01/mahu-jadi-rakan-niaga.html
Harapan saya, kita semua berjaya. Dunia dan akhirat.
Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...
Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....
Popular Posts
-
Teks: Nurzahwani Mohd Nor Foto: Carian google Si Manja lazimnya mula diberi makanan apabila mencecah umur enam bulan. Pengalaman s...
-
Alangkah seronoknya bila badan kita rasa sedap kan?. Dalam erti kata lain, badan tak lesu, bangun pagi mudah, urusan membuang lancar, ...


