Friday, October 23, 2015

Bijirin penuh untuk bayi elok atau tidak? Point nombor dua penting untuk ibu tahu

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Dalam kepala saya waktu ini asyik tertanya-tanya, sebenarnya oat untuk bayi ni elok atau tidak? Rasa macam bosan pula kalau hari-hari berikan bubur nasi pada Aishah.

Bila saya google, banyak juga resepi yang berkisarkan oat.  Yang menariknya siap dengan tips.  Oh, jadi mungkin sebenarnya ok juga oat untuk bayi.

Ya, setelah beberapa bahan bacaan, oat memang boleh diberikan untuk bayi. Ada beberapa perkara penting yang ibu perlu tahu tau untuk makanan yang ala-ala oat ni.

1. JENIS-JENIS OAT

Oat ada banyak pilihan di pasaran.  Ada oat segera, oat kena masak, oat organik, rolled oat, fined oats.  Jadi kata kunci di sini BACA LABEL. Ok. Mana satu yang saya pilih untuk Aishah? Saya pilih "instant rolled oats".  Tapi, sebaiknya pilih oat yang di masak, bukan instant.  Saya pilih instant kerana saya akan gunakan oat semasa saya berlipur. Ewah.

2.  KHASIAT OAT 

Oat mengandungi
*Karbohidrat (70%), 
*kandungan lemak baik yang cukup tinggi
*vitamin lainnya ( B1, B6, E)
*Zat besi
*dan Kalsium

Zat besi amat penting untuk bayi sebab, simpanan zat besi bayi yang wujud sejak lahir sudah berkurang.  Jadi sebab itu bayi perlu mula makan bila capai usia 6 bulan.

3. 'DO'S AND DONT'S' DENGAN OAT

Walau pun oat memang terkenal bagus untuk dewasa, iyalah kan, hingga resepi 'overnight oat' viral di FB. Ok balik semula pointnya.  Oat memang bagus, namun, untuk bayi, terlalu banyak fibre boleh menyebabkan perut bayi terlalu penuh.  

Ingat, Oat itu mengembang.  

Bila dah penuh, bayi kurang nak makan makanan lain menyebabkan mereka akan kurang khasiat dari makanan lain.  

Bayi berumur 8 bulan ke atas sepatutnya sudah makan semua kumpulan makanan dalam seharian.  Protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral. Ok.


Jadi itu sahaja untuk hari ini.  Nanti kita cerita resepi oat pula ya. 

Terima kasih untuk anda. Jumpa lagi.

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Thursday, October 15, 2015

Jus untuk bayi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bayi sangat suci. Termasuk juga deria rasa.  Masa mertua saya mula dapat cucu, dia tak dapat terima bila tengok saya buat bubur tak letak garam.  
"Rasa apa macam tu. Tak sedap lalu".

Sikit-sikit saya tampal bahan bacaan tentang garam dalam makanan bayi.  
Namanya perancangan strategik. He,he, he,  Iya. Bukan mudah orang veteran nak terima.  Tapi janganlah pula awak gaduh dengan mereka. 

Kesian mereka tiada ilmu.  Yang awak ada ilmu jangan eksyen pula.  Biar macam tarik rambut dalam tepung ya.

Ok. Macam biasa, mukadimah lebih-lebih pula kan.

Saya nak cerita tentang jus untuk bayi.  

Ada suatu hari saya tonton rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah (sedih pula sebab TV sudah rosak).  Dalam rancangan itu saya tak dapat pula tangkap siapa yang bercakap dek kerana tengok separuh jalan.  Katanya, paling telok untuk mulakan makanan awal bayi dengan jus.  Semua jus.  Sebelum mula makanan pejal atau biasanya puree kan.

Maksud saya semua jus tu, memang semua jus.  Bukan setakat jus buah oren, epal, lobak, tapi, termasuk juga jus saleri, jus sweet potato, jus bayam, jus brokoli.  Ya.

Katanya ia paling mudah untuk kenalkan bayi dengan rasanya dahulu.  Perlu berikan rasa sayur-sayuran.  Macam biasa dahulukan sayuran dulu kerana tak mahu bayi terkesan dengan rasa manis buah.  Bayi kan suci.

Gadget yang digunakan sangat membantu. Namanya slow juicer.  Aduhai buat hati tertawan.  Mudah sungguh.  Terus terasing hampas dan airnya.  Saya lihat rancangan Dr Muhaya juga menggunakan slow juicer.  Mana nak cari slow juicer?  Boleh contact saya ya.  Cara hubungi saya ada di bawah. :)

Ok.  Intinpatinya, selain pandangan ramai orang untuk mulakan makanan awal bayi dengan makanan pejal bentuk puree, anda boleh juga mulakan dengan jus sayur-sayuran dan buah-buahan.  Mungkin dalam beberapa hari pertama awal usia bayi 6 bulan.  Kemudian harus berpindah ke makanan puree.  

Jus pula boleh diberikan sebagai sumber cecair waktu makan.

Ok. Itu saja. Jumpa lagi.  Semoga bermanfaat.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Wednesday, October 7, 2015

Bayi tercekik mainan kecil

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Cerita fasal makan, bayi yang tengah menaik taraf perkembangan motor skill, memang suka sungguh mengutip benda-benda kecil sewaktu merangkak.  Mengikut kajian, memang bagus bayi merangkak dalam tempoh yang lama kerana waktu ini mereka melatih koordinasi mata tangan dan kaki mereka.

Tak dapat tidak ibu bapa atau penjaga memang perlu biarkan bayi guna semua kebolehan dan panca indera mereka.  Dalam masa yang sama, kita yang dewasa ni pun memang kena cakna.  Kena guna juga semua panca indera untuk awasi bayi ni.  Jangan sampai tertelan mainan atau barang kecil.  Kadang-kadang benda yang kita sendiri pun tak perasan!.

Masa ni risiko bayi tertelan benda bukan makanan sangat tinggi.  Tapi yang bagusnya jangan risau sangat. Betul kah? Saya tetap juga risau. Hahaha...


Berdasarkan pembacaan saya, Dr Sears salah seorang doktor paedatrik berkata, mainan plastik saiz kecil yang ditelan bayi boleh keluar melalui sistem pencernaan mereka. Tempohnya 3-5 hari.  Hanya perlu tengok situasi bayi.  Jika nampak tiada tanda-tanda sistem pencernaan dan pernafasan terganggu seperti susah bernafas, air liuh meleleh berlebihan, menangis tanpa sebab, anda boleh tunggu barang itu keluar.  Jika ada tanda pelik, sila bawa jumpa doktor.

Dr Sears menambah lagi katanya dia pernah melihat safety pin  berjaya keluar melalui kumuhan bayi.  Jadi mahu rasa apa?
Risau ?
Lega?
Apa-apa sajalah...

Oh, tapi, ada tapinya.  Awas jika tertelan benda yang ada bahan kimia bahaya. Contoh bateri bulat yang kecil seperti bateri jam.  Ia bahaya ya.  Bawa jumpa doktor cepat-cepat.

Kenapa cerita tentang ini?
Sebab Aishah tertelan juga. Polisterin. Hmm...

Friday, October 2, 2015

Aishah sudah mula makan. Baca tips apa nak buat bila bayi bosan waktu makan.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Kembali semula setelah hampir 8 bulan!. Seronok sangat mengulit anak. Sesungguhnya menjaga sendiri bayi kecil memang mencabar. Jadi fikir-fikirkan bagaimana pengasuh menjaga bayi anda.  Saya tak sanggup pula nak memikirkannya.  Macam mana jika mereka tak sabar? Apa agaknya mereka lakukan.  Tutup mata dan pegang dada. Takut memikirkannya.  Sebab tu kena doa banyak-banyak.

Aishah Sofiyya sudah pun mula makan makanan pejal.  Perjalanan yang menyeronokkan.  Pertama kali saya urus makanan anak sendiri sepenuh masa. 

 Jika dahulu tak berpeluang untuk lihat sepenuhnya macam mana penerimaan anak terhadap makanan.  Iya, mungkin masanya terhad pada hujung minggu.  Kali ini rezeki Allah diberi peluang lihat sepenuhnya.  Macam mana bayi mula belajar buka mulut, belajar tolak makanan guna lidah, gayakan lidah ke atas, ke belakang, ke bawah, bagaimana bayi mula belajar kunyah.  Yang lucunya bukan kunyah makanan saja, yang bukan makanan pun sama!. Aduhai.  

Dan lagi satu, bagaimana bayi mula belajar gayakan kutip barang gunakan jarinya. Comel sungguh!.  Masa ini memang saya suka membaca tentang perilaku bayi.  Mengapa dan kenapa. Bagaimana atasinya.  Semuanya sangat menarik. Subhanallah!. Rasa hebat sungguh ciptaan Allah.  

Waktu ini, bila bayi sudah mula belajar kutip barang guna jari kecilnya itu, atau dikenali juga sebagai 'pinching' mereka mula bosan nak makan. Ha, memang betul berlaku.  Aishah bagaikan bosan waktu makan.  Jadi nak buat apa?.  

TIPS

Berdasarkan pembacaan saya, bila bayi mula menunjukkan rasa bosan nak makan, atau menolak untuk makan, atau masa makan ambil masa yang sangat lama berbanding sebelumnya. Ini memang normal. Perlu risau atau tak?  Ya perlu  risau.  Apa nak buat?

Penuhi keperluan anak anda.  Masa ini bayi tengah obses dengan skill terbaharunya.  Mereka dah pandai guna jari.  Skill motor mereka dah bertambah maju.  Jadi mereka tak seronok bila waktu main boleh guna jari comel itu untuk kutip-kutip barang, tapi bila makan kena duduk statik buka mulut dan nyam nyam nyam.  

Berikan mereka sesuati untuk mereka kutip dengan jari comel itu dan masukkan dalam mulut.  Pastikan sesuatu itu, lembut, cair di mulut dan boleh dimakan.  Sudah macam iklan coklat pula. Tapi AWAS.  Jangan pula berikan coklat pula.  Contoh yang boleh beri, bubur nasi yang tak berapa hancur atau nasi lenyek atau epal atau lobak yang sudah dimasak. Dan makanan yang sewaktu dengannya.  Cuba lah.  Setakat ini saya berjaya aplikasikan pada Aishah.

Selamat mencuba!




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts