Thursday, January 30, 2014

Tidak Kesampaian

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Tidak semua yang kita hajatkan kesampaian. Bukan maksudnya Allah tak sayang kita. Ia hanya peringatan, atau mungkin ianya rezeki yang tertangguh atau mungkin Allah mahu beri rezeki yang lebih hebat?. Rahsia Allah, kita tidak tahu.

Yakin padanya selalu.

Dalam kes saya, satu pagi, bila saya buka saja FB, saya ternampak seseorang sangat berkehendakkan Buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Sememangnya saya menyimpan satu lagi buku terakhir untuk disampaikan. Ia adalah amanat dari penulis yang telah menhadiahkan saya 30 buku Mudahnya Menjemput Rezeki tahun lalu. Alhamdulillah, tinggal satu saja yang belum punya pemilik. Bila nampak ada yang memerlukan, saya tergerak terus untuk memberi.

Urusan pos sudah selesai. Tiba-tiba dikhabarkan dari penerima, sampulnya sudah koyak, yang ada hanyalah sampul. Isinya sudah hilang. Innalillahi wainna ilaihirajiun.

Saya tidak pasti jika ia silap saya semasa membuat urusan pos kerana kelam kabut dengan anak yang berlari keluar pejabat pos. Seingat saya semuanya sudah lengkap. Penerima juga maklumkan ada kesan sampul dikoyak. 

Jika ada salah silap di mana-mana, apa yang saya pohon, semoga yang menjumpainya memulangkannya semula kerana saya telah pun letakkan maklumat untuk menjejak saya. Jika tidak mahu dan tidak digerakkan hatimu, tidak mengapa, semoga isi kandungan Mudahnya Menjemput Rezeki itu memberikan sebenar-benar manfaat kepadamu.

Tuesday, January 28, 2014

Mahu jadi Rakan Niaga?



Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?
Kini anda tidak perlu risau lagi.

Berdaftarlah Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!!!


Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.

Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu blog tersedia dengan pautan:

1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH. HANYA HUJUNG JARI SAHAJA!!!
Mudahkan. Bahan promosi semua disediakan.

Boleh tahu lebih lanjut syarat menjadi rakan niaga?
=========================================
Rakan niaga adalah mempromosi 3 produk utama akademi iaitu
✔ kelas online,
✔ pakej iklan ,
✔ produk digital.

Puan akan dilatih dalm group khas sebagai rakan niaga. Bahan promosi juga kami sediakankan.

Syaratnya sertai kelas asas blog fanpage mula bisnes.




Bagaimana cara untuk menjadi rakan niaga akademi?
=============================





Hubungi penulis :
 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 Sms@Whatsapp : 0136200432





Ini contoh blog rakan niaga yang sudah siap.
www.nurhidayahbintibahari.blogspot.com


Kita menjual produk informasi dan perkhidmatan, dan semuanya sudah ada, hanya tinggal copy paste dan sedikit latihan.

Dengan kata lain, latihan asas setiap orang adalah melalui 8 analisa dan latihan 44 entri,kerana uniknya setiap orang perbezaan dari segi penulisan pengalaman/kemahiran.

Juga promosi produk informasi/digital- tak perlu keluar rumah atau pergi pejabat pos

Anda berminat?.
 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 Sms@Whatsapp : 0136200432

Monday, January 27, 2014

Terima Kasih

Teks: Nurzawhani Mohd Nor

Terima kasih.
Mudah untuk kita ucapkan dua patah perkataan ini. Ia boleh dieksperisikan dalam pelbagai bentuk. Di alam maya, salah satu cara mengucapkan terima kasih, melalui penulisan di blog.

Alkisahnya, protege kelas asas blog saya telah buat satu entri khas untuk ucap terima kasih. Jadi, saya ingin ucap terima kasih kembali dengan memetik blognya di sini. Jemput juga rakan pembaca ke blog beliau. http://lennybonifacejubilee.blogspot.com/.

Petikan ucapan terima kasih dari beliau. Syahdu pula. Sob, sob.

"Terima Kasih Mentor

Salam.

Alhamdulillah.

Baru lepas berchatting dengan mentor saya. Sebenarnya apabila kita dalam kekusutan, adakala bersembang dan bercerita dengan seseorang boleh membantu sama ada membantu mencari penyelesaian atau sekurang-kurangnya melepaskan tekanan perasaan.

Sebenarnya, saya dalam kebuntuan selepas tugasan 44 entri telah tercapai. Apa lagi yang harus saya lakukan? Apa yang perlu saya buat? Kerana saya mempunyai beberapa blog, dan yang paling saya utamakan ialah blog yang saya buat khas untuk bisnes Shaklee. Apa saya harus teruskan blog ini? atau tinggalkan kerana saya telah pun mencapai sasaran 44 entri? Setelah bersembang dengan Wani, mentor saya di Akademi Bekerja dari Rumah, saya ditunjukkan jalan. Ahhh~~~ lega... Saya menemui penyelesaian. Terima kasih mentorku. Alhamdulillah.

Setelah berbincang tadi, saya mendapat ilham untuk menjadikan blog ini blog catatan motivasi peribadi saya dalam menuju ke WAHM. Jadi, saya boleh utamakan blog Shaklee saya, sambil itu meneruskan penulisan di blog ini. Sebenarnya, dapat mengenalpasti atau meletakkan sesuatu genre kepada blog adalah sesuatu yang baik. Ia membantu penulis blog untuk membahagikan masa untuk setiap blog yang dimiliki.

Saya pernah menemui satu blogger berstatus ibu tunggal, blog dari US dan beliau mempunyai beberapa blog, satu personal dan beberapa blog bisnes. Ini link blognya: http://ninjamomdiaries.com/ Tapi, saya terfikir, bukankah senang kalau beliau mempunyai satu blog merangkumi semua? Tapi, setelah melalui pengalaman ini, saya faham bahawa mempunyai blog berbeza untuk tujuan berasingan bukanlah teruk sangat. Malah kadang-kadang membantu blogger membahagikan masa serta memberikan fokus sepenuhnya pada sesuatu masa.

Pengalaman kali ini menunjukkan bahawa tidak rugi mempunyai mentor, malah bertambah-tambah untung pun ada. Berminat hendak menyertai Akademi Bekerja dari Rumah? Jangan segan, jangan malu untuk menghubungi saya. Untuk berkawan pun boleh. Sama-sama kita bantu-membantu untuk membentuk ummah yang berilmu."

Terima kasih kawan. Terima kasih juga kepada yang sudi membaca. Jika anda berminat untuk sertai Akademi Bekerja Di rumah sebagai rakan niaga atau mahu belajar asas blog sahaja pun boleh, hubungilah kami. Saya atau Puan Lenny. 


Sunday, January 26, 2014

Tergelincir masa

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Allahuakbar.
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.

Bila berbicara sesama suri, masa memang menjadi topik yang tak dapat tidak, mesti ada disebutkan. Tidak sempat itu, tidak sempat ini. Saya juga tidak ketinggalan. Memang iya. Jika mahu kendong semua sekali gus memang tidak dapat. Jadi kena urus ikut kepentingan.

Bila rutin harian berubah oleh kerana faktor kesihatan diri sendiri dan anak, jadual saya memang kucar- kacir. Itu salah satu sebab mengapa blog saya tertinggal hampir seminggu. Bukan tidak rindu untuk menulis, memang sangat rindu. Jadi saya perlu utamakan keperluan anak demam dan sebelumnya keadaan diri yang tidak sihat, demam, cirit-birit dan muntah-muntah.

Pakej nikmat yang Allah tarik sementara. Allahuakbar,astaghfirullah. Ia adalah peringatan untuk diriku yang lalai. Kadang kala dalam hati-hati, dan dalam keadaan terpaksa, salah pilih tempat makan luar, akibatnya adalah kesihatan diri.

Sepanjang tempoh mengadaptasi, saya hanya dapat update status di mukabuku. Memantau protege blog dan tunggu masa dan emosi sesuai untuk berbicara. Salah satu panduan yang diterapkan oleh Puan Masayu Ahmad, jika emosi kurang stabil, peram dulu. Takut-takut yang keluar dan sampai ke pendengar/penerima jauh ke laut. Mengundang penyakit hati pula nanti kan.

Urus masa, urus tenaga urus rumah tangga.

Salam dari bijak nutrisi.


Friday, January 17, 2014

Hidangan awal bayi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Hari ini saya bercerita lagi tentang makanan awal bayi. Bukan apa, dahulu saya memang mempunyai masalah masa memberi makanan kepada anak saya. Jadi bila ada peluang bertemu jalan penyelesaian dan jawapan kepada masalah saya dahulu, saya ingin berkongsi.

Dahulu masalah saya adalah apa yang patut saya mulakan untuk bayi saya. Bila melihat rak makanan bayi, ada pelbagai. Dari serbuk hingga ke makanan dalam jar/botol. Bila ditanya pada orang-orang berpengalaman, lagilah pelbagai. Jalan penyelesaian yang saya ambil, apa yang sesuai dengan saya. Mujur pada masa itu anak saya kurang gemar makanan serbuk yang dijual di pasaran. Jadi sudah tolak satu pilihan.

Rupanya, ada juga alat bantu atau langkah demi langkah dalam memilih makanan bayi. Dahulu saya hanya fikirkan sudah sampai masa untuk beri makanan kepada bayi. Sebabnya dia lapar. Rupanya, beri makanan kepada bayi bukan saja sebab utamanya dia lapar. Namun lebih kepada mencukupkan nutrisi mereka. Dan juga imunisasi berterusan daripada serangan penyakit.

Daripada Gina Ford penulis berpengalaman dalam bidang makanan awal kanak-kanak ini, yang paling mudah untuk hidangan awal bayi adalah nasi atau bubur nasi sehalus mungkin untuk memudahkan sistem penghadaman bayi yang masih muda.

Kemudian teruskan dengan pengenalan buah dan sayuran. Langkah ini sangat penting dan harus pastikan pengenalannya dengan baik dan molek. Salah satu sebabnya untuk elak anak menolak sayur apabila dia besar. Serta langkah ini penting untuk pengenalan bahan bersumberkan zat besi (iron). Silap cara, anak menolak, mungkin ada masalah sembelit dan sebagainya.

Saya rasa ilmu yang saya dapat ini menarik. Mungkin anda sudah tahu atau belum. Saya cuma harapkan perkongsian ini membantu anda.



Thursday, January 16, 2014

Konsisten itu perlu untuk berjaya

Ulasan Pelajar Kelas Asas Blog.

Teks: Snh Nurulhusna

Teruja apabila didedahkan dengan dunia blog semasa di Kelas Asas Blog dan Penulisan, lantas saya mengintai untuk menempatkan diri di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif pula. Kedua-dua kelas ini kedengaran seperti serupa namun 'udara'nya berlainan sekali. Memang tidak bosan kerana kedua-duanya punyai keistimewaan yang tersendiri. Seandainya ada rezeki dan kemampuan, mahu saja saya bolot rekod mendaftar semua kelas yang ada di ABR. Tamakkan ilmu tidak mengapa rasanya!

Masih terkial-kial di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja di Rumah namun usaha tetap usaha. Saya tidak pandai menulis, dan kelas-kelas ini untuk menjadikan saya terbiasa dengan aktiviti menulis kerana sejarah telah membuktikan, orang-orang yang berjaya terdiri daripada penulis. Saya ingin berjaya, jadi teori yang mudah, hendak berjaya mesti menulis. Tulis apa? Mungkin sesuatu yang boleh menaikkan motivasi saya sendiri dan dalam masa yang sama boleh dikongsikan dengan insan lain di samping menggalakkan saya memburu ilmu. Jikalau tiada 'input' manakan pula hendak keluar 'output'nya.

Dengan menulis juga membuatkan saya berfikir beberapa kali sebelum menyasar dalam tindakan mahupun kata-kata. Syukur Alhamdulillah, salah satu ciri yang dikesan dalam kelas online ini ialah mesra pelajar dan contoh yang diberikan amat mudah difahami. Saya amat kagum kerana kebanyakan penulis yang berpengalaman dalam penulisan pun masih mendaftar untuk belajar di kelas di bawah kelolaan Cikgu Monalita Mansor.

Blog Tentang Masa ini sekadar perkongsian, jauh sekali untuk tunjuk pandai. Penulis masih lagi berkelana dan berkembara ilmu dan amalan untuk hijrah ke arah Rabbul 'Izzati. Biarlah ilmu yang sedikit ini tersebar dan menjadi saksi di akhirat kelak. Semua dengan IzinNya.


Daftar Kelas Asas Blog bersama saya.

Hubungi penulis:
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432
Untuk keterangan lanjut berhubung kelas asas blog sila lawati link ini (kelas online)

Wednesday, January 15, 2014

Perkongsian Rahsia Bisnes Pemilik Butik

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah, pengisian hari cuti sempena Maulidur rasul semalam terisi dengan perkara bermanfaat. Bermula dengan menghadiri sessi perkongsian rahsia kejayaan pemilik butik EDZ.com yang sekarang ini memiliki 3 buah butik cawangan dan akan berkembang lagi pada tahun ini. Pulang ke rumah sudah lewat petang dan bergegas pula menghadiri ceramah di masjid berhampiran. Ceramahnya dari Ustaz Dato' Haron Din.

Saya mahu berkongsi berkenaan perkongsian dari pemilik butik EDZ.com. Pemilik butik ini Puan Sue kami panggil. Dilihat dari raut wajah sekali imbas jika lihat kali pertama saya boleh katakan berpewatakan lembut dan bersahaja. Namun pandangan pertama saya silap.

Mendengarkan perkongsian perjalanan perniagaannya membuat mulut saya ternganga. Puan Sue, bermula dari bisnes online. Menggunakan blog dan berkembang sejak dari itu. Permulaan yang sama seperti ini, mungkin juga sama seperti pembaca di luar sana.

Rahsianya adalah sikap kental, gigih dan tidak peduli kata orang. Set minda yang betul dan tahu arah tujuan. Itu yang saya dapat simpulkan. Dia tak betah duduk satu tempat selesa dengan jangka masa yang lama dan sentiasa mara ke hadapan walau kanan kiri orang mengatanya gila. Ya, gila!. Dek kegilaannya dia berjaya.

Peserta yang hadir diberi peluang untuk melihat kegilaan Puan Sue, dengan diberi kebenaran melawat seluruh butik tiga tingkat yang baru dibuka. Alhamdulillah. Kesempatan yang baik. Kerana jika bukan ada hal, saya tidak masuk ke dalam butik pun. Ini kan pula melawat ke segenap inci butik hingga ke stor.

Saya sangat teruja dengan pengurusannya. Dan cita-citanya. Katanya dia mahu hasil butiknya setaraf MNG dan Zara. Saya dapat lihat pada hasil rekaan baju yang dihasilkan sendiri. Katanya, dia memilih untuk mempunyai jenama sendiri, berbanding cita-cita untuk memiliki butik saja. Impiannya tinggi dan usahanya selari ke arah matlamat.

InsyaAllah, walau saya bukan bercita-cita untuk memiliki butik, saya yakin ia boleh diaplikasikan dalam apa saja bentuk perniagaan. Yang penting fokus dan restu dari suami. Insya Allah.

Jika anda mahu bersama saya memulakan perjalanan bisnes online, daftar pakej rakan niaga dan usaha segera ke arah kejayaan anda. Ini mungkin tapak awal, anda boleh lanjutkan lagi hingga ke tahap yang lebih tinggi. Guru ada di mana saja.

Friday, January 10, 2014

Bolehkah beri bayi makan sebelum 6 bulan?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Menerima kehadiran bayi yang menjadi ahli keluarga baru sememangnya mengujakan. Tiada latihan atau 'try and error'. Bila sudah di depan mata, mesti hadapi sebaik mungkin. Dibantu dengan pengalaman dari orang sekeliling yang kadang kala membantu, kadang kala jadi celaru.

Situasi yang sama dengan episod beri bayi makan. Kita diajar oleh doktor, mula beri makan pada umur enam bulan. Kemudian kita dengar, jiran sudah beri anaknya makan nestum dibancuh susu seawal 2 bulan. Makcik-makcik pula cakap, "alah, Kak Ida kamu tu makcik bagi makan dari lahir lagi. Elok saja jadi orang.". Apa pilihan anda?.

Usia bukanlah ukuran rigid. Ada yang kata 4 bulan ada yang terus sampai 6 bulan. Jika kurang dari 4 bulan, sungguh tidak patut. Bayi tidak boleh menerima makanan pejal terlalu awal berikutan sistem pencernaannya yang tidak matang. Tidak boleh mencerna dan menyerap nutrisi dari makanan pejal melainkan susu ibu atau sus formula sahaja.

Ibu dipandu oleh tahap anak kita. Jadi apa panduannya yang memberi isyarat anak sudah boleh diberi makan?.

1. Bayi sudah boleh mengawal kepalanya. Boleh tegakkan kepala, boleh tarik kepala ke belakang. Ini penting supaya kita boleh lihat respon bayi pada makanan.

2. Bayi menunjukkan rasa teruja melihat makanan. Ada yang nampak makanan sudah mahu sambar makanan. Ada yang sampai mengecap mulut. Comel sungguh bila mengenangkannya.

3. Bayi sering lapar. Mahu menyusu lebih dari biasa.

4. Bila doktor kanak-kanak telah memberikan 'green light'.

Jadi itulah panduan yang boleh kita lihat sebagai isyarat anak kita sudah boleh makan. Namun. pilihan makanan masih terhad dan susu masih lagi menjadi keutamaan. Pengenalan makanan juga perlu dibuat secara berperingkat.

Tempah ebook di sini [Borang tempahan]


Thursday, January 9, 2014

Tips sediakan bekal anak ke sekolah

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Seronoknya bermuka buku, berkawan walau di alam maya, saya sama-sama berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan. Terutamanya rakan-rakan ibu. Bermula musim persekolahan bertambah lagi dengan harga makanan di kantin yang meningkat, saya lihat ramai yang pos gambar ‘bento’ atau bekalan makanan untuk anak-anak makan semasa rehat di sekolah. Tak kurang juga yang berkongsi resepi ‘bento’ masing-masing. 

Ada juga antara anak-anak yang ditemani ibu makan tengah hari disekolah yang disediakan air tangan ibu sendiri. Indahnya jika semua ini sesuatu yang sangat lazim di Malaysia. Waktu tengah hari, ramai ibu-ibu temani anak makan tengah hari bersama sebelum anak-anak teruskan persekolahan sebelah petang. Insya-Allah, akan datang.

Saya belum lagi sampai ke situ. Anak-anak saya masih kecil belum bersekolah rendah. Jika diizinkan Allah, saya juga mahu temani anak makan tengah hari di sekolah. Masakan air tangan sendiri. Bermula dengan sarapan di rumah, diberi ‘bento’ untuk makan waktu rehat jam 10.30 pagi. Makan bekal tengah hari sebelum mula sekolah agama petang. Insya-Allah.

Bercerita tentang ‘bento’, apa yang wajar kita berikan untuk anak-anak?. Kadangkala buntu juga memikirkannya bukan. Bagi menyelesaikan masalah itu, apa yang wajar dilakukan adalah tahu sasaran nutrisi yang perlu ada dalam makanan anak serta pemantauan. 

Sentiasa ada dalam fikiran, contohnya; bekalan anak saya perlu ada:
1
- 2 keping roti gandum penuh (wholemeal) atau 1 cawan nasi atau pasta;
- ½ hidangan sumber protein seperti sebiji telur rebus, atau tuna (30g) atau daging goreng atau ikan goreng;
- 1 cawan salad atau ½ cawan sayur
- 1 cawan susu atau 40g keju atau 1 tub 200g yogurt;
- Buah seperti anggur, epal, limau mandarin.
- Air kosong.

Sukatan di atas sudah tentu berbeza mengikut umur. Anak yang umur tujuh tahun manakan sama dengan anak umur 15 tahun.

Untuk kepelbagaian, buat jadual untuk dua minggu pun memudahkan. Makanan tidak semestinya berubah setiap hari. Boleh saja buat sandwich dua hari berturut jika anak gemarkannya. Dan tidak semestinya nasi, boleh juga spagheti, atau pizza buatan sendiri.

Kita suka apabila anak kita makan bekalan yang kita sediakan. Namun, jika bekalan masih berbaki, masakan kita mahu paksa anak kita makan. Itu antara cabaran yang harus kita hadapi. Cabaran yang lain adalah, mahu beli makanan di kantin, atau mahu makanan yang sama dengan kawan sekolah. Kita boleh memantau dan libatkan anak semasa sediakan jadual makanan.  Tanyakan anak apa yang dia mahu sebagai bekalan. Ubahsuai ikut keperluan nutrisi mereka.

Kemudian perhatikan makanan berbaki yang tidak disukai anak. Contohnya jika ada lebihan sandwich, setiap kali anda bekalkan sandwich. Mungkin itu maksudnya anak tidak sukakan sandwich atau tidak sukakan rotinya. Boleh berbual dengan anak anda. Kenal pasti makanan apa yang dibeli di kantin sekolah jika anak membelinya.

Akhir sekali, semasa menyediakan ‘bento’ untuk anak anda, pastikan kebersihannya. Bekas makanan yang akan digunakan, tangan, dan bahan makanan. Jika gunakan baki makanan malam sebelumnya seperti untuk masak nasi goreng, pastikan bahannya elok dan tidak basi. Jika anda rasa perlukan bekas ‘insulated’ atau perlukan pek ais, sila buat saja dan terangkan pada anak anda kegunaannya.

Itu saja perkongsian saya berdasarkan pembacaan dan perkongsian dari apa yang saya lihat melalui pelbagai sumber. Saya belum ada pengalaman memberi ‘bento’ kepada anak saya. Insya-Allah saya jadikan catatan ini sebagai panduan saya di masa kelak. Biiznillah.


Salam nutrisi rohani dan jasmani dari saya.


Wednesday, January 8, 2014

Sabun sintetik vs sabun semula jadi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor.

Anda rasa sabun basuh baju yang anda gunakan di rumah sintetik atau semulajadi?.
Macam mana anda tentukan?.

Saya baru terbaca cara menguji sama ada sabun yang digunakan sintetik atau semulajadi. Caranya sangat mudah. Anda hanya perlukan gelas lutsinar, cuka dan sudah tentu sabun pencuci anda.

Cara-cara menguji jenis sabun.

  1. Campurkan sabun anda ke dalam gelas yang berisi air
  2. Sebatikan campuran tadi
  3. Campurkan sedikit cuka dan lihat tindak balas yang berlaku.
Hasilnya:

  1. Keruh dan tidak berbuih - Sabun semulajadi
  2. Berbuih dan air menjadi jernih - sabun sintetik
  3. Berbuih dan keruh - campuran sintetik dan semulajadi.
Begitulah caranya. Mudah saja bukan. Ok. Anda boleh lakukkan eksperimen ini bersama anak-anak.

Mesej saya di sini. Pilihlah yang semulajadi. Ia bukan saja selamat untuk anda, malah untuk alam sekitar juga. Tidak dinafikan sabun semulajadi lebih mahal dari sabun sintetik. Namun, ita memberi, kita juga merasa. 


Hubungi penulis untuk sertai Kelas Asas Blog secara online
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432

Tuesday, January 7, 2014

Borak-borak Suri rumah

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Kesempatan berjumpa suri rumah 'sekepala' memang mengujakan. Kisahnya saya berjumpa dengan kenalan yang juga seorang suri rumah beranak satu berumur hampir setahun. Dari perbualan saya dapat tahu beliau suka membaca dan mengetahui cara-cara menjaga dan mengendalikan emosi anaknya melalui pembacaan berbanding apa yang didengar dari orang tua-tua.Namun bukanlah terus membelakangkan amalan nenek moyang kita, cuma dia rujuk juga kepada buku dan ubah suai.

Saya sukakan perkongsian beliau tentang jadual tidur yang diatur kepada anaknya. Beliau mengamalkan apa yang dibaca. Dua kali tidur sebentar waktu siang, tidurkan anak seawal jam 7.30 - 8 malam. Pemberian susu sekali pada waktu malam lebih kurang jam 10-11 malam. Berkaitan pemberian susu ibu di waktu siang pula, beliau amalkan beri susu bila anak mahu (on demand), tidak pula ikut buku yang sama, berikan ikut jadual.

Saya fikir dalam minda saya, wow!. Saya tidak menyangka ia boleh dilakukan. Semasa anak saya masih kecil, sememangnya saya membaca berkenaan tidur untuk bayi. Namun, untuk aplikasi, saya tidak yakin. Jadi saya ikutkan kehendak. Jika anak saya ingin tidur, saya tidurkan.

Cerita-cerita bertukar pengalaman bersama suri yang lain sememangnya membuka minda. Tidak dinafikan memang ramai yang tipikal tentang jadual atau rutin harian bayi atau kanak-kanak, tapi bila dapat berbual tentang sesuatu yang baru seperti ini, ia 'menyegarkan'.

Jadi, saya rasa jangan malu untuk berkongsi apa yang kita lakukan walau ia tidak sama dengan arus perdana. Ia mungkin membantu insan yang memerlukan. Contohnya berkongsi tentang menjadi suri rumah dan rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah. Ia bukan aliran perdana. Namun ia boleh juga menjana pendapatan.



Hubungi saya untuk mendaftar rakan niaga
nurzahwanimohdor@gmail.com
0136200432

Monday, January 6, 2014

Suri bijak urus kewangan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Alhamdulillah, bagi yang penjawat awam bonus telah pun masuk. Seronok bila dapat duit bukan?. Siapa yang tidak seronok. Bila bab belanja lagi seronok. Sayalah bijak pandai fasal kewangan, jauh lagi pasal urus akaun. Oh, hari ini sedang berlangsung Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil WAHM/Soho anjuran Akademi Bekerja Di rumah. Jika anda mahu sertai kelas, boleh membuat pendaftaran melalui saya.Selit pula promosi kan.

Ok baik. Saya bukan mahu cerita pasal akaun. Tapi entri ini saya mahu kongsikan bagaimana uruskan pendapatan setiap bulan. Dahulu saya selalu guna sistem sampul surat. Asingkan siap-siap duit untuk bil, untuk kereta, simpanan dan seterusnya. Kakak saya juga amalkan yang sama. Siap ada folder kecil khas dia buat cantik-cantik. Saya hanya sampul surat biasa saja.

Saya dan kakak saya akui, sistem ini memang berkesan. Duit teratur, kepala tak pening hingga emosi. Sistem ini seperti sistem auto. Setiap bulan, keluar duit siap-siap bayar dalam sampul surat. Bila mahu bayar yuran, keluar sampul, bila mahu beri duit mak ayah, keluar sampul. Begitu. Duit dalam bank hanya untuk belanja saja. Tapi bukan untuk dihabiskanlah kan.

Kini, bila sudah menjadi suri rumah, saya masih amalkan perkara yang sama. Bila sudah jadi suri rumah, bukan saja kena bijak buat kerja rumah dan jaga anak-anak, pegawai kewangan pun kita juga kan?. Cuma sekarang telah dinaik taraf. Saya terbaca satu lagi cara urus kewangan. Masih guna sistem sampul atau kata penulis ini di FB-nya Ramlah Lahadi, menggunakan sistem tabung.

Katanya begini.
Sediakan enam tabung. Saya buat secara maya di Excel saja.

Label enam tabung sebagai:-

  1. FFA - Free financial account (10%)
  2. LISA - Long term saving spending (10%)
  3. Ness - Necessity (55%)
  4. Edu - Education (10%)
  5. Play - Hiburan (10%)
  6. Charity - Kebajikan (5%)
FFA- Tabung yang tidak boleh diusik. Tabung ini untuk anda simpan sebagai tabung bebas masalah kewangan. Bila anda perlu, anda ada duit ini.

LISA - Simpanan untuk anda beli barang idaman anda yang mahal. Contoh kereta BMW anda. Gunakan tabung ini untuk kumpul pendahuluannya duitnya.

Ness - Untuk keperluan asasi seperti barangan dapur, bil dan perkara perlu bulanan anda. Nasihat beliau, jangan sampai negatif. Jika sudah negatif, ini penanda aras anda perlu jana pendapatan sampingan.

Edu - Tabung khas untuk ilmu contohnya kelas untuk anda baiki komunikasi, kelas-kelas agama. Ini bukan terhad untuk diri anda saja, malah satu keluarga anda.

Play- Tabung ini khas untuk hiburan seperti makan luar sekali sekala, tengok wayang, makan aiskrim.

Charity - gunakan tabung ini untuk sedekah dan perkara kebajikan. Ia penting juga tau.

Saya rasa sistem ini lebih lengkap berbanding sistem sampul yang saya amalkan dahulu. Sampul yang ada sekarang digunakan untuk uruskan tabung ness tadi. Insya Allah, saya  harap saya berjaya istiqamah perkara ini untuk bebas kewangan.

Selain bijak nutrisi untuk memasak makanan keluarga, saya perlu juga lengkapkan diri dengan pengurusan wang seperti ini. Baru jadi superWAHM, SuperMom. Ebook SuperWahm SuperMom masih lagi dijual. Jika anda berminat untuk memilikinya boleh hubungi saya di nurzahwanimohdnor@gmail.com atau 0136200432 ya.


Selamat menjadi SuperWahm SuperMom.


Friday, January 3, 2014

Urus masa 2014

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.
Alhamdulillah.

Sudah hari ketiga di tahun 2014. Hari Jumaat pertama di 2014. Anak-anak dan suami sudah berangkat. Sayu terasa bila anak bujang saya lambaikan tangan dengan nada suara tak sanggup mahu berpisah. Alahai. Sudah biasa berkepit, tiba-tiba berpisah di pagi hari, memang mengundang rasa sayu. Dalam sayu ada juga kegembiraan dia mahu ke sekolah. Manakan tidak, seawal pagi sudah senyum lihat baju sekolah siap bergosok.

Kakanya pula seperti biasa, sentiasa ceria dengan impian tak sudah. Macam-macam cerita keluar dari mulut. Kadang-kadang sampai tak tertahan telinga mendengarnya. Kadang-kadang mengundang angin puting beliung bila kerja tidak bergerak, disuruh mandi masih lagi dengan cerita angan-angannya. Aduhai anak.

Bila semua sudah bertolak, sunyi pula di rumah. Namun, aplikasi jalan terus. Tidak berlengah fikirkan perkara maca-macam, terus gerak lakukan apa yang patut. Oh, jangan lupa dapatkan Majalah Mingguan Wanita yang terkini, ada tulisan dari Puan Masayu Ahmad. Bacaan sesuai untuk para suri. Gambar hadapan perkahwinan Che Ta, isunya tentang cara pengurusan masa untuk elak stress bekerja di rumah. Apa yang ditulis benar belaka. Saya masih cuba aplikasi dalam jadual harian saya.

Semua perkara perlu dilakukan pantas. Untuk saya, kerja yang memerlukan tumpuan dan fokus saya ubah semula jadualnya dilakukan waktu pagi. Kerja dengan fokus insya-Allah dapat dilakukan lebih pantas. Waktu bersendirian tamat jam 12 tengah hari sebelum ambil anak pulang sekolah.

Hari kedua untuk membiasakan diri dengan jadual baru. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Maksudnya ini hari kedua persekolah. Harapnya hari ini tiada lagi gambar anak sekolah tersepit di kerusi. Lucu dan kasihan bercampur baur.

Pendaftaran kelas Asas Blog dan tempahan ebook masih lagi berjalan seperti biasa. Anda boleh lihat di page tabs dibahagian atas blog ini untuk lihat maklumat lanjut berkaitan.

Salam nutrisi jasmani dan rohani dari Bijak Nutrisi.


Thursday, January 2, 2014

Doa Makan Kawal Pengambilan Kalori

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


“Bismillaahir rahmaanir rahiim. 
Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa waqinaa ‘adzaaban naar.”


“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami 
dan peliharalah kami dari siksa api neraka.”


Doa makan merupakan antara doa terawal yang biasanya kita hafal. Dari kecil lagi sudah dibiasakan. Masuk saja sekolah tadika dahulu, ini doa pertama yang diajar. Alhamdulillah.

Kisahnya, saya baru tahu adab membaca doa ini dan bagusnya ia untuk mengawal jumlah pengambilan kalori. Menarik betul bila saya pertama kali mendengarnya di radio ikim.fm. Kebetulan terdengar semasa dalam perjalanan membawa mertua membeli-belah. Kesukaan mertua saya bila bawa berjalan beli belah. 

Pesan ustaz yang berkata, saya lupa sudah namanya. Adab membaca doa makan, mestilah duduk dan pandang makanan dengan penuh perasaan. Bagai dilamun cinta layaknya. Bukan sambil doa sambil pandang smart phone belek whatsapp atau fb ya. Bukan juga sambil doa jemaah dengan anak sambil tengok sudu, cawan dan senduk cukup atau tidak (sayalah tu). Bukan juga sambil doa sambil tengok mamat bangla ambil order di meja sebelah (situasi kedai makan).

Ha, selalu kah buat sambil-sambil macam tu. Kena batang hidung saya mendengar kata-kata ustaz berkenaan. Katanya lagi, lihat apa yang ada dalam pinggan. Nasinya ada karbohidrat, proteinnya dari ayam dan seterusnya. Sesuai dengan makna doa makan, "berkatilah rezeki kami". Makanan hanya asbab, yang mengenyangkan dan memberikan nutrisi yang diperlukan, Allah jua. Alhamdulillah. Semoga dengan hasil makanan yang diberikan, membuatkan badan kita berfungsi untuk melakukan amal soleh dan dihindari dari azab api neraka. Itu perkara-perkara yang kita mesti fikir masa berdoa sebelum makan.

Apabila kita memandang makanan dengan penuh kasih sayang, ustaz itu menambah, dengan keberkatan doa kita, kita cepat rasa kenyang. Saya rasa ada betulnya. Menurut pembacaan saya, orang Jepun mengamalkan perkara sebegitu. menghargai kecantikan makanan katanya. Sebab itu peratusan obesiti mereka rendah.

Ustaz itu berpesan lagi, berhenti makan sebelum kenyang. Bagaimana mahu ukur sebelum kenyang?. Dahulu saya ingat makan sikit sajalah. Rupanya fungsi badan kita sudah molek. Sendawa itu, tandanya sudah boleh berhenti. Itu bukan tanda kenyang melampau. Sendawa sudah sedang elok untuk berhenti. Lebih dari itu, orang kampung Temerloh kata sudah se'eh. 

Sudah terlebih kenyang, kalau amal selalu, alamatnya kegemukan lah anda. Mahu tahu BMI anda?. Saya sudah sediakan kalkulator BMI disebelah kiri page ini. Silalah cuba. 

Setakat itu dari saya. 

Salam nutrisi jasmani dan rohani.




Hubungi saya untuk pendaftaran
nurzahwanimohdnor@gmail.com
013620043
Pm FB saya di kiri sidebar




Wednesday, January 1, 2014

Sedetik di Tahun 2014

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah.
Insya Allah.

Segalanya dengan izin Allah. Hari ini bernafas lagi di tahun 2014. Menyorot kembali tahun 2013, saya panggil tahun yang mencabar diri. Dari awalnya 'kosong' tentang dunia facebook, mula berjinak-jinak dengan facebook dengan niat mahu mencari pendapatan melalui bisnes online. Banyak mula dari try and error. Mujur bertemu mentor. 

Jika kita cuba bersungguh-sungguh memang ada hasilnya. Sama ada sangat berfaedah, atau kurang hasil tidak seperti disangka, pasti ada hasil. Bak kata pensyarah saya dahulu dalam pelajaran 'Mass Balance', input=output. Dan ditambah lagi dengan kata-kata pensyarah fitokimia, garbage in=garbage out, gold in=gold out. Hasil setimpal usaha. Apa yang sudah terjadi, yang akan datang kita teruskan sebaik mungkin.

"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, 
Allah akan gantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka".

Itu kesimpulan utama apa yang saya pelajari sepanjang 2013. Bila berguru, semua guru akan kata yang sama. Baik guru marketing, baik guru blog dan apa saja guru. Apa yang perlu dilakukan lagi?. Tanya Allah, perbaiki usaha, doa, istiqamah, tawakal. Azam 2014.

Wujudnya blog ini merupakan satu pencapaian peribadi. Walau tidak sehebat orang lain, ia coretan dan perkongsian saya. Insya-Allah pengisiannya yang positif sahaja sebagai saham di dunia sana. Bersediakah kita untuk dijemput?. Usaha lagi tahun baru ini.

Kepada pengunjung blog bijak nutrisi, terima kasih diucapkan walau tidak meninggalkan jejak. Jika sudi, silalah menjadi follower blog saya (promosi pula).

'Ala kulli hal, Selamat Tahun Baru. Semoga saya dan anda semua menjadi lebih baik pada tahun 2014 yang serba mencabar terutamanya kelangsungan hidup dengan kenaikan harga barang beserta cukai GST. Fikir yang baik-baik dan positif sahaja ya.

Wallahualam.

Salam nutrisi jasmani dan rohani.

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts