Showing posts with label Berkaitan kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Berkaitan kesihatan. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

Pilih yang organik

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Pernah dengar GMO, non GMO, organik dan yang tak organik tak pula orang sebut produk tak organik kan?.

Hari ini mahu ulas tentang gula organik sahaja. Kenapa tiba-tiba timbul perkara ini?. Isu ini bermain dalam fikiran saya selepas baca e-book bersalin alami karya Iryani Ahmad. (Hubungi saya untuk pembelian e-book hebat ini). Antara tips untuk bersalin alami adalah pilih bahan makanan organik supaya semua sistem dalam badan berfungsi pada kadar paling optimum. Ini termasuk gula.

Apa gula organik? 

Mengikut USFDA, produk yang tidak menggunakan langsung bahan kimia dalam penghasilannya dari ladang hingga sampai ke pengguna. Bak kata pensyarah saya, Prof Ramlan, masuk emas keluar emas, masuk hampas keluar juga hampas. Ok. Berhenti sampai situ. Tak mahu ulas lanjut.

Namun, pengertian pengeluaran produk setiap negara, ada bezanya. Tambah lagi yang tidak terpantau pengeluaran produk berkenaan. Jadi, yang berlabel organik, belum tentuk organik sepenuhnya. Kita ada pilihan, kita pilih yang paling minima penggunaan bahan kimia. Kalau tidak, haruslah kena keluarkan produk sendiri. Tanam tebu, mesin sendiri dan keringkan untuk jadi gula, ya tak?.

Ok, gula yang berlabel organik sudah tentu lebih elok dari gula tiada label organik. Label 100% organik lebih elok dari label gula organik sahaja. 

pencarian saya, rupanya gula organik ini mudah saja untuk diperolehi. Pembeli mendapatkan gula organik ini dari pasaraya biasa seperti giant dan cold storage. Berdasarkan carian, hanya satu kedai online saja yang saya jumpa menjual gula organik. Harga gula organik ini sekitar RM4-Rm7. Nampak macam mahal, tapi impak pada kesihatan, masih ada bezanya.

Bercerita berkenaan kesihatan, ada juga pendapat mengatakan, walau ia adalah gula organik, ia tetap gula. Impak penggunaan berlebihan masih lagi serupa. Pilihan yang disyorkan adalah madu. Ada juga yang syorkan stevia. Tapi ada juga individu yang rupanya tidak sesuai dengan stevia. Emak saya contohnya, penghidap asma. Semputnya datang menderu jika mengambil stevia sebagai pemanis. Jadi, cuba-cuba lah dulu sebelum ambil dalam kuantiti yang banyak.

Ok. Nanti sambung lagi. Oh, untuk pengetahuan, di Indonesia, gula organik ini juga disebut sebagai 'gula semut' tau.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Monday, August 25, 2014

Supplemen waktu hamil

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Mula kisah dengan Bismillah.

Biasa dengar tentang supplemen?. Sekarang ini zaman serba mudah. Klik, klik atau pun gesek-gesek di telefon sudah dapat maklumat. Mahu tahu supplemen apa, sesuai untuk apa, mana mahu dapatkan. Pendek kata MUDAH.

Ok. Saya hanya mahu kongsi pengalaman saya berkenaan supplemen dan hamil. Masa kandungan pertama, saya memang makan supplemen yang klinik bekalkan. Tiada supplemen dari farmasi mahu pun dari penjual. Lagi lah penjual dari internet. Masa itu belum ada facebook. Belum juga rajin dan pandai layari blog. A kata Dr, A lah saya ikut.

Hamil kali ini, sudah pandai cari maklumat. Log in saja FB, muncullah iklan-iklan supplemen. Pandai-pandai mahu pilih pula. Ada yang berdaftar dengan KKM, ada yang tidak. Ada yang berdaftar tapi kena pilih sesuai atau tidak pula, semulajadi, sintetik, labelnya makanan sunnah, dibaca ayat al-Quran, bumiputera atau import. Pilih saja. Tidak perlu ke kedai. Pakcik posmen sedia berkhidmat. Zaman serba mudah, pun ada buruk dan baiknya. Pendek kata PILIHAN.

Pilih punya pilih, supplemen yang saya ambil semasa hamil kali ini, saya pilih yang semulajadi.

  • Pati Delima 
  • Jus Kurma
  • Madu
  • Vita-Lea Shaklee
  • Vita-C
  • B-Complex
Dan bakal menyusul omega guard dan ostematrix. 

Tapi, saya tidak makan semua sekaligus setiap hari. Saya makan selang sehari. Saya kira, kita kena bajet keadaan badan kita sendiri. Keperluan setiap hari. Tapi di awal musim mabuk dan alah, memang saya suka sungguh pati delima campur kurma. Rasanya yang masam-masam kelat buat tekak rasa lega. Selain khasiatnya yang saya kira penting untuk saya, iaitu untuk menguatkan rahim. Saya perolehi tips ini dari E-Book tulisan Iryani Ahmad, Bersali Alami. InsyaAllah, saya akan kupas isi e-book ini sedikit masa lagi. Tunggu ya.

Setakat ini, hasil lawatan pemeriksaan kehamilan masih lagi positif. Oh ya, saya tidak makan supplemen yang diberikan oleh KK dan sudah pun berbincang dengan jururawat. Katanya selagi keputusan semua positif dan tiada masalah, boleh teruskan. Alhamdulillah. Bukan apa, saya tidak sukakan warna merah pekat melekat supplemen tersebut. Pokok pangkalnya, PILIHAN.


Anda mahu dapatkan produk yang dinyatakan di atas, hubungi saya ya. Jika mahu tahu berkenaan e-book Bersalin alami juga boleh hubungi saya. Caranya di bawah. Silakan. :)


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?


Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com

Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Friday, June 6, 2014

Putihkan gigi dengan bahan dari dapur (atau pasar)

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

"Senyum. Tak perlu kata apa-apa"

Teringat seorang kawan di sekolah menengah. Susah sungguh nak lihat dia senyum. Rupanya baru tahu dia ada masalah dengan giginya. Sebab itu susah nak senyum.

Kemudian borak-borak cerita fasal pembantu rumah, ada pula seorang pembantu rumah ni digeruni anak-anak tuan rumah sebab bila senyum, giginya hitam!.

Ya, bukan mahu salahkan siapa-siapa, mungkin cara hidup seseorang di luar bandar tidak sama dengan yang sudah maju sikit.

Tapi jangan risau. Ada banyak petua yang boleh diamalkan. 

Oh, bagi yang bergigi kuning semulajadi. Anda jangan rendah hati. Ya, memang ia adalah genetik tau. Bergigi kuning. Saya juga jenis bergigi kuning. Tapi bukan berkarah ya. Gigi berkarah di sebabkan teh, kopi atau pemakanan kita. Gigi kuning juga dikatakan lebih kuat berbanding gigi putih. Ok,sila bersyukur dengan kurniaan gigi masing-masing. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Selalunya petua yang saya dengar dari orang tua adalah gunakan serbuk arang. Tonyoh saja di gigi dan lakukan 2-3 kali seminggu.

Hari ini saya jumpa satu lagi petua yang menarik. Gunakan strawberi dan baking soda!. Semua boleh jumpa dalam dapur. Kalau tak jumpa di dapur anda, sila beli di pasaraya berhampiran. Tesco online pun boleh.

Silalah lihat video di bawah. Mudah saja. Jangan buat selalu ya. Kandungan asidnya tak baik untuk gigi anda jika buat hari-hari.


Menarik bukan?. Banyak benda yang kita boleh buat dengan apa yang ada di hadapan mata dan di tangan. Termasuklah mula bisnes online. 

Nak mula bisnes online tapi tak reti?. Sila hubungi saya ya. Macam biasa, e-mel boleh, sms pun boleh. Di alu-alukan.

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?


Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com




Thursday, May 15, 2014

Tentang Teh

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Teh. Rasanya ini minuman paling asas yang ada di rumah masing-masing. Tapi teh biasa yang dikategorikan sebenarnya sebagai teh hitam (black tea). Teh Oolong, Green Tea, jarang-jarang ada.

Saya pun baru saja menjadi penggemar teh hijau selepas mempunyai anak. Kerana apa? Kerana orang kata boleh turunkan berat badan.

Eh, teh hijau saja? Teh hitam tak boleh ke?

Sebenarnya teh berbeza ikut tahap antioksidannya. Dan perbezaan teh itu sebenarnya mengikut cara proses. Bukan dari pokok yang lain pun. Dulu saya ingat teh hijau, pokok lain, teh hitam pokok lain, teh oolong dari pokok lain, mengikut negara yang mempopularkannya.. Rupanya, hanya cara proses yang berbeza.


  • Teh hitam- dianginkan, atau difermentasi yang menyebabkannya menjadi hitam dan memberikannya rasa.
  • Teh hijau- proses pemanasan atau steam yang pendek dan cepat
  • Teh Oolong - proses fermentasi separa.
Itulah perbezaan proses antara tiga teh utama dunia.

Sejarah pengenalan teh sangat unik. Tapi tak mahu saya cerita di sini. Saya mahu cerita pasal teh hijau tadi. Sebenarnya antara faedah teh hijau adalah mengurangkan risiko sakit berkaitan kardiovaskular termasuklah BMI berlebihan, tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol yang tinggi. Walau bagaimanapun, masih ada yang tidak setuju kerana tiada bukti kukuh berkaitannya.

Yang penting, saya tahu saya sukakan teh hijau. Selain fungsi yang orang kata boleh turunkan berat badan, rasanya yang kelat-kelat pahit rasa membersihkan mulut dan saluran pemakanan saya. Betul ke? Entah. Itu yang saya rasa. Kalau nak tahu, anda pun kena rasainya juga. Cuba try?.


p/s: suami saya tak suka teh hijau. Tapi pernah tolong saya buatkan teh hijau campur gula?. Terkejut makcik minum.


Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

Wednesday, May 7, 2014

Ramuan batuk dari dapur

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Ilmu Allah sangat luas. Nak terokai ada pelbagai cara. Termasuk bidang perubatan. Perubatan = ubat. Ubat = hospital?. Eh tidak juga. Ubat boleh datang dari dapur juga, dari pokok, dari tanaman.

Ini ilmu yang saya jumpa di muka buku. Saya kongsikan di sini. Siapa sangka nenas yang disangka tajam ini sangat efektif untuk merawat batuk. Menarik bukan?.

Antara rajin dengan tidak saja untuk buat jus nenas. Kalau tak rajin, sila makan terus nenas dengan fiber nya sekali. 

Semoga bermanfaat. :)






Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Monday, April 28, 2014

Ramuan sakit tekak dari dapur

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Bismillah.

Tekak gatal rasa ingin menggaru. Perit, pedih, rasa terluka. Amboi, macam drama swasta. Saya cuma mahu gambarkan perasaan bila sakit tekak. 

Dahulu, kawan saya berkongsi, bila mula rasa sakit tekak, bakteria sudah mula ada di tekak. Katanya, kadang kala boleh nampak putih di tekak, macam koloni bakteria di piring kaldu. Tipsnya, bila ada rasa berpasir di tekak, boleh cepat-cepat kumur air garam.

Anda pernah tengok kultur bakteria?. Rupanya begini. Satu kelompok itu adalah satu koloni. Saja-saja cerita sebagai ilmu. Beginilah salah satu langkah Shirota mengkaji strain untuk minuman kulturnya.




Kembali kepada kisah sakit tekak. Masa kecil, mak saya selalu berikan lozenges jenama Dequadin (betul atau tidak ejaannya). Tapi, bila dah dewasa, rasanya menghisap lozenges sudah tidak sedap. Tambah lagi bila tiada stok di rumah. Kemudian saya jumpa pula ramuan khas untuk sakit tekak ini dari muka buku.

Ramuan:
Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
1 cawan madu

Cara-cara:
1. Dalam bekas (350ml – 400ml), campurkan hirisan lemon (tinggal 3-4 hirisan) dan halia.
2. Tuangkan madu ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu. Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.
3. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar.
4. Campurkan 1 – 2 sudu teh ‘agar-agar’ madu itu cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya.
5. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 1 hingga 2 bulan.

Bila saya baca boleh simpan 1-2 bulan, saya rasa menarik sangat. Jadi, tak rugi jika mencubanya. Sebenarnya sebelum ini saya gunakan jem lemonade tanpa pengawet dan ditambah madu secukup rasa. Jadi, dengan adanya resepi di atas, saya tak perlulah beli jem lemonade. Buat saja di rumah. Saya kira resepi di atas boleh juga digunakan untuk anak kita bukan?.
Jika anda rasa menarik, silalah salin siap-siap dalam buku resepi anda. Selamat mencuba!.



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Saturday, April 26, 2014

Minyak berkulat. Betulkah berkulat?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.
Semuanya di hujung jari. Maklumat semakin mudah disampaikan. Kadangkala betul, kita sebarkan. Bila rasa cerita panas, lagi cepat kita sebarkan. Kalau cerita tak benar, bagaimana? Anda sebarkan juga atau KIV atau lupakan saja?

Minggu sudah saya dapat satu gambar dari kumpulan whatsapp masjid kampung saya.Pertama kali baca, saya jerit dalam hati, ewww, gelinya!.
Tengok lagi sekali lagi, fikir lama sikit. Baca-baca sikit. Terang sikit fikiran.


Apa pendapat anda?
Isunya adalah dikatakan minyak ini berkulat, kerana ia minyak terpakai ditapis semula dan ia tiada logo halal. Saya tak mahu bicara tentang isu halal. Saya mahu sentuh tentang kulat.

Sebenarnya pertama kali jumpa memang nampak geli. Saya pernah saja jumpa di rak kedai mempunyai pendingin hawa, minyak jenama lain yang ada putih keladak seperti ini. Namun, adakah ia benar-benar kulat?.

Tambahan lagi, berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya pernah lihat masalah keladak dalam minyak seperti ini. Dan ia bukan sama sekali kulat. Ia dipanggil 'Clouding Effect'. Minyak ini mempunyai 'clouding point'. Bila tiba takat beku atau 'clouding point', minyak akan mula membentuk kristal dan membeku. Ia adalah lemak dari minyak itu sendiri.

Walau pun nampak macam geli atau tidak cantik, sebenarnya minyak masih elok. Melainkan ada bau tengik. Atau berkulat sungguh-sungguh ada nampak bulu-bulunya.

Kenapa ada banyak lagi minyak yang tidak membeku?

Antara sebab minyak lain tidak membeku adalah belum sampai tahapnya untuk membeku (belum sampai clouding point). Kemudian, minyak ini kemungkinan minyak campuran dengan sifat kimianya sesuai kandungan lemak tepu dengan lemak tidak tepu.

Selain itu, pengeluar minyak juga menggunakan bahan anti pengkristalan untuk menghadapi masalah sebegini, terutamanya bagi minyak yang dikeluarkan untuk negara bermusim sejuk. Bahan anti pengkristalan ada pelbagai, sama ada menggunakan minyak yang telah terubahsuai atau menggunakan bahan sintetik. Boleh rujuk bacaan di sini.

  1. http://www.google.com/patents/US20030068426
  2. http://www.americanpalmoil.com/publications/Palm%20Olein%20Improves%20Cooking%20Oil%20Blends.pdf


Ini antara gambar lain minyak zaitun yang membeku.




Jadi, betulkah dalam minyak Avena di atas, adalah kulat?. Saranan saya, hentikan penyebaran maklumat minyak berkulat. Jika tidak benar, dikhuatiri jadi fitnah. Satu lagi, ia membantut pendapatan pekebun kecil yang mengusahakan ladang sawit. Saya tak mahu sebut ladang kelapa sawit besar.

Tambahan pula sawit merupakan industri komoditi negara. Sedang Malaysia berusaha menangkis serangan negara luar yang anti sawit, 'serangan' dari dalam sebegini, patut difikirkan dengan lebih jauh dan lebih mendalam.

P/s: Minyak sawit tidak setanding minyak zaitun, tapi ia juga rezeki dari Allah.


Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Wednesday, April 9, 2014

Penyakit kronik di kalangan kanak-kanak

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Pagi ini, sementara menyiapkan anak-anak, sempat juga pasang telinga mendengar topik pagi ini di Malaysia Hari Ini. Tajuknya berkaitan penyakit kronik di kalangan kanak-kanak. Tetamu jemputannya pakar paediatrik dari Hospital Pantai.

Sememangnya kuasa Allah melebihi segala. Tugas kita adalah berusaha, kerana ia juga merupakan saranan dari-Nya. Termasuk berkaitan kesihatan. Menyentuh penyakit kronik di kalangan kanak-kanak, saya memetik kata-kata doktor pakar tadi, nutrisi dan aktiviti sejak dari mula merancang untuk mengandung sangat perlu dititik beratkan. Makan dari sumber yang bersih dan berzat. Jangan makan makanan yang terang-terang diketahui mengandungi bahan kimia tambahan dan tidak perlu.

Satu lagi pesanan yang saya mahu petik adalah berkaitan merokok. Ini merupakan kepantangan saya. Saya paling alergik bila lihat seorang bapa dengan ahli keluarganya termasuk bayi, di restoran, selepas makan, hisap rokok berdepan-depan dengan anak-anaknya termasuk bayi. Yang masih dalam perut saya tak boleh nak nampak. Memang menyakitkan hati. Tambah pula bila saya juga bersama dengan anak-anak kecil. Di sekelilingnya juga ada ramai lagi manusia. Sememangnya saya tidak faham, sungguh tidak berperasaan belas dan kasihan, jika bukan dengan kami yang dewasa, pandang saja muka bayi kecil dari darah dagingnya sendiri. Aduhai.

Asap rokok juga merupakan salah satu punca pencemaran. Ia adalah kategori merbahaya untuk kandungan. Ia boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan. Kata doktor pakar tadi,salah satunya adalah penyakit berkaitan jantung. Kadang kala boleh menyebabkan keguguran!. Jika sudah terjadi depan mata, salah siapa?. Mahu dirayu kepada siapa?. Punca senyapnya hanya mudah, rokok!.

Bapa-bapa dan juga ibu-ibu, bawa berbincang.. Jika ada yang membaca coretan saya ini, jika anda merokok, bawa berbincang. Jika pun anda tak boleh tahan gian merokok anda, pergilah jauh dari kawasan orang ramai. Merokoklah di bawah pokok yang tiada orang. Mudah-mudahan pokok mendapat manfaatnya. Ibu-ibu juga boleh main peranan pujuk suami anda. Saya juga lakukan peranan saya, tutup hidung dan kibaskan tangan. Tapi, semua tak faham. Iklan di televisyen perlu tunjukkan kaedah lain mungkin.

Akhir kata, merokok membahayakan kesihatan. Jika anda tak sayang kesihatan anda, hormatilah orang sekeliling dan keluarga anda yang ingin menjaga kesihatan dan udara.





Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/09/kelas-online-asas-penulisan-blog-dan.html

Beli buku yang anda suka:
http://books-etcetera.blogspot.com

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/08/pakej-pengiklanan-servisproduk-di.html

Ada bisnes? Mahu belajar asas blog & fanpage untuk bisnes online?
Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.


Daftar segera dengan saya :
Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
Sms@Whatsapp : 0136200432



Maklumat lanjut kelas online:



Wednesday, January 8, 2014

Sabun sintetik vs sabun semula jadi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor.

Anda rasa sabun basuh baju yang anda gunakan di rumah sintetik atau semulajadi?.
Macam mana anda tentukan?.

Saya baru terbaca cara menguji sama ada sabun yang digunakan sintetik atau semulajadi. Caranya sangat mudah. Anda hanya perlukan gelas lutsinar, cuka dan sudah tentu sabun pencuci anda.

Cara-cara menguji jenis sabun.

  1. Campurkan sabun anda ke dalam gelas yang berisi air
  2. Sebatikan campuran tadi
  3. Campurkan sedikit cuka dan lihat tindak balas yang berlaku.
Hasilnya:

  1. Keruh dan tidak berbuih - Sabun semulajadi
  2. Berbuih dan air menjadi jernih - sabun sintetik
  3. Berbuih dan keruh - campuran sintetik dan semulajadi.
Begitulah caranya. Mudah saja bukan. Ok. Anda boleh lakukkan eksperimen ini bersama anak-anak.

Mesej saya di sini. Pilihlah yang semulajadi. Ia bukan saja selamat untuk anda, malah untuk alam sekitar juga. Tidak dinafikan sabun semulajadi lebih mahal dari sabun sintetik. Namun, ita memberi, kita juga merasa. 


Hubungi penulis untuk sertai Kelas Asas Blog secara online
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts