Wednesday, May 28, 2014

Anak tak lena tidur dan jadual

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Tak cukup tidur dengan pangkat ibu memang sangat sinonim. Teringat semasa saya baru saja pulang ke rumah, jiran sebelah datang bertandang. Ucapan tahniahnya beserta dengan ucapan 'Selamat tak cukup tidur'. 

Mulanya saya dan suami memang tak faham. Kami memang tak sangka pun perkara tak cukup tidur tu. Mula-mula memang rasa nak bekeng bila tak cukup tidur. Tapi, lama-lama alah bisa tegal dek biasa.

Masa mengandung saya memang sudah biasa tak cukup tidur, sebab bila malam mudah rasa lapar. Saya boleh bangun dan memasak waktu malam. Buat air dan cicah biskut jam 2-3 pagi perkara biasa. Tak selesa dengan perut pun penyebab tak boleh lena tidur. Jadi, sedikit sebanyak memang membantu sebagai latihan tak lena tidur lepas bersalin.

Selepas menjadi ibu, baru saya tingkatkan pembacaan berkenaan penjagaan anak. Orang kata sudah terhantuk baru nak terngadah. Orang tua-tua kata, semuanya kita akan belajar dari pengalaman. Tak perlu baca pun. Tapi saya kira tak salah. Sebab banyak jugak tips yang boleh dikutip dari pembacaan.

Antara panduan yang saya baca untuk menggalakkan anak tidur lena waktu malam:-

1) Tidur/Rehat (nap) waktu siang.

Waktu rehat atau nap pertengahan hari waktu siang dikatakan penting untuk menggalakkan anak tidur siang. Ini memang lain sungguh dengan yang diceritakan oleh orang yang terdahulu jadi ibu. Katanya biar anak main puas-puas waktu siang, nanti malam dia tidur lena. Paling tak tahan suruh menangis bagi letih, kemudian tidurkan. Mungkin kadang-kadang berhasil, tapi tak sanggup kah nak biar anak menangis sampai letih.

Tips dari pembacaan yang saya pun dah lupa dari mana. Jadual tidur penting termasuk rehat siang. Ia secara automatik memberi isyarat berkala waktu tidur untuk bayi. Saya sudah cuba, memang berkesan untuk bayi saya. Ini cerita dulu lah. Anak saya sekarang sudah besar.

Bila anak saya tidur berjadual, memang tidur malam lena. Bangun pun sekali dua untuk menyusu dan tidak meragam. Berbanding waktu tidur yang tidak menentu dan tidur siang yang tak cukup.

2) Jadual makan.

Ini saya baru saja jumpa. Menurut bekas jururawat ini, katanya waktu peralihan dari susu ke makanan pejal, merupakan waktu yang sukar untuk sistem penghadaman serta tidur anak. Jadi, semua perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa.

Memperkenalkan makanan pejal terlalu banyak dan cepat pada waktu yang salah menyebabkan pengurangan pengambilan makanan pada waktu seterusnya. Ini menjadikan anak menjadi lapar pada waktu yang salah iaitu tengah malam!.

Contohnya, bayi telah diberi makan petang dengan banyaknya. Makan puree keledek manis lah katanya. Kemudian, pengambilan susu waktu sebelum tidur berkurang. kemudian bayi tidur jam 8 malam. Hasilnya, waktu tengah malam bayi meragam kerana rasa perut tidak sedap dan sangat lapar.

Rasanya kita sendiri alami benda yang sama. Cuba makan lewat malam, kemudian tidur. Pagi esok pasti rasa sangat lapar.

Itulah saja perkara yang saya kutip. Jadi saya tulis supaya ia jadi panduan untuk saya bila dapat bayi seterusnya nanti. Persediaan awal kononnya. he,he.he. Jika bermanfaat untuk anda juga, silakan praktis.



Salam nutrisi rohani dan jasmani,




Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Saturday, May 24, 2014

Panduan untuk anda yang teringin mula bisnes dari rumah.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Nak buat bisnes untuk tambah duit belanja?


Mahu bisnes yang boleh dijalankan dari rumah, tapi tak ada idea.

Dengan keadaan ekonomi sekarang, buat bisnes sambilan sudah jadi trend. Tengok kawan bisnes, bertambah duit belanja, anda pun teringin juga. 

Tapi nak mula tak tahu dari mana, nak bisnes apa, tak tahu macam mana orang lain buat?. Terutamanya golongan suri bekerja. Macam mana nak urus masa, nak urus anak, nak urus rumah tangga lagi.


Pakej E-Book ini sesuai untuk anda!.



E-Book 101 Idea Home Based Bisnes.


✔Ada 101 idea bisnes dari rumah
✔Pilihan idea bisnes online atau offline
✔Idea untuk anda bermula dengan modal di tangan
✔Memberi motivasi dan aspirasi. Boleh dibaca lagi dan lagi



E-Book SuperWahm SuperMom

✔Bantu suri urus masa dan tenaga
✔Ada contoh suri yang berjaya bekerja dan berniaga
✔Tak jemu baca berulang kali


Apa kata pembaca




Selepas membaca ebook 101 idea home based bisnes, saya baru mengetahui sebenarnya banyak jenis bisnes yang boleh dijalankan. Ebook ini sangat sesuai kepada mereka terutamanya para wanita surirumah atau pun yang berkerjaya tetapi ada keinginan untuk membuka bisnes sendiri. ~Puan Nadra Amat (Keningau)

Saya sudah membacanya dan sudah mula bisnes dari rumah. Ayuh, kalian juga boleh mula bisnes seperti yang kalian impikan selama ini. Bijak merancang, bertindak dan konsisten melaksanakannya.~ Puan Haryattidulbahri


Tulisan Masayu adalah santai dan sangat mudah difahami. Kandungannya tidak bersifat teknikal atau analitikal jadi para pembaca tidak akan merasa keliru dengan apa yang dibaca. Di penghujung buku, penulisnya turut berkongsi satu kisah teladan antara Rasulullah s.a.w dengan puteri baginda iaitu Fatimah r.a. yang menyentuh tentang kepentingan dan betapa besarnya nilai seorang wanita menguruskan rumahtangga di sisi Allah s.w.t.~ Puan Durra

====
Promosi
====

Dalam jangka waktu promosi ini, 
Pakej e-book ini dijual pada harga RM50 sahaja. Harga sebenar dua 2 e-book ini RM75.

====
Tempahan
=====
Harga e-book 101 IDEA HOME BASED BISNES (RM50)
Harga e-book SUPERWAHM SUPERMOM (RM25)
Pakej promosi dua e-book pada harga RM 50 sahaja.

Anda boleh menempah pakej e-book promosi ini sekarang.

Komen ‘home bisnes’ dan saya akan berikan maklumat seterusnya
Atau SMS ‘home bisnes’ ke 0136200432.

Kemudian nantikan kami reply SMS tersebut.

Anda juga boleh membuat tempahan terus ke borang tempahan yang disediakan di bawah.






Hubungi penulis :


 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

Friday, May 23, 2014

Makan dengan seronok sambil jaga kalori

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Salam hari Jumaat. Nampaknya skroll muka buku banyak pula lawak tentang panda. Panda memang comel. Anak saya suka juga pada panda, terutamanya disebabkan mereka sudah pun tonton cerita Kungfu Panda. Harap-harap mereka tidak pula bayangkan panda di zoo boleh berkungfu. Panda di zoo panda manja.

Cerita pasal anak-anak dan zoo, saya memang merancang untuk pergi ke sana masa cuti sekolah nanti. Tak pernah lagi ke Zoo Negara. Paling seronok untuk saya bawa bekal sekali. Berkelah dan berjalan-jalan. Rindu kenangan masa kecil bila berjalan dengan mak ayah.

Antara perkara penting bila bawa bekal dan makan berkelah adalah pinggan. Sudah pasti pinggan yang di bawa adalah pinggan plastik atau melamine. Tahan lasak. 

Oh, sebenarnya saya mahu cerita fasal pinggan kanak-kanak ni. Bukan berkelah.

Saya suka pinggan kanak-kanak macam dalam gambar di bawah. Saya ada beberapa set pinggan gaya begini. Ciri yang disukai adalah kecil dan ada segmen.



Kenapa saya suka?
1. Anak saya suka bila saya makan sama, pinggan semuaa sama. Kira kita pun geng sama gu dengan mereka. Walau pun pinggan tidak sebiji sama corak dan warna, janji pinggan kanak-kanak dan berwarna-warni. 

2. Pinggan ini sudah ada segmen. Untuk anak-anak, mereka tidak suka bila kuah bercampur dengan nasi. Jadi mereka makan ikut kadar yang mereka suka ambil kuah saja.

3. Segmen yang paling besar, saya gunakan untuk letakkan sayuran. Kemudian protein dan akhirnya yang paling kecil saya isikan nasi. Mudahkan?. Jadi, bila pakai pinggan ini, saya rasa lebih terkawal.

4. Pinggan ini kecil. Tak boleh isi banyak-banyak. Isi banyak memang nampak banyak. Kalau lebih, memang melimpah ruah. Automatiknya saya tipu minda sendiri. Ho,ho,ho.

Ok, banyak lagi kebaikan pinggan kanak-kanak. Saya cuma senaraikan yang penting. 

Jadi apa kata anda? Tukar kepada pinggan kanak-kanak dalam proses anda kawal kalori dan makan dengan riang bersama si kecil anda.

Salam nutrisi rohani dan jasmani.








Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Thursday, May 22, 2014

Bengkel Asas Akaun-berbaloi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah,

Bengkel bulan Mei telah selamat selesai pada 10 Mei 2014. Yang pergi nampaknya berpuas hati. Saya petik satu daripada ulasan peserta bengkel Asas Akaun.


Ulasan Bengkel Asas Akaun - Zunairah Abdul Ghani

Pada 10 Mei baru-baru ini, saya memandu seorang diri ke Shah Alam dari Sabak Bernam untuk menghadiri kelas asas akaun anjuran akademi bekerja dari rumah.
Pada tanggapan saya ia hanya kelas asas simpan kira yang biasa.  Saya daftarkan diri untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan juga keperluan perniagaan saya. Saya tiba di Shah Alam setengah jam sebelum kelas bermula. Permulaan kelas, saya sudah merasakan kelas kali INI berbeza.

Ada aktiviti regangan yang menarik.  Penceramahnya juga bijak mengendalikan audien. Penceramah merupakan akauntan yang berpengalaman menguruskan akaun - akaun syarikat. Jadi mudahlah dia memberikan contoh - contoh dan masalah yang sering dihadapi peniaga.Pn.Khadijah merupakan penceramah yang berpengalaman mengendalikan kelas - kelas akaun seperti yang saya hadiri ini. Rupanya, nak tetapkan harga pun ada caranya.

Saya juga aktif mengambil bahagian di dalam kelas. Rupanya, mudah je urus akaun ini.  Terima kasih kepada penceramah yang memberikan kefahaman kepada saya betapa mudahnya mengurus dan mengendalikan asas simpan kira. Baru saya tau apa gunanya buku 555. Kalau nak tahu, jemput daftar kursus ini.  Berbaloi saya memandu jauh - jauh.  Insya allah dah boleh ajar pelajar buat Rancangan Kewangan dalam subjek Perusahaan Makanan, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.


Berminat ingin mengikuti Bengkel Asas Akaun Bulan Jun?.
Maklumat Bengkel seperti berikut:

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 14.06.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9pg -5.30ptg
Yuran: RM220

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.



Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang


Mahu maklumat lanjut Kelas Akaun anjuran ABDR?
klik sini-->http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/search/label/Kelas%20akaun

Sekiranya anda berminat untuk mempelajari dan mempertingkatkan cara urus akaun anda boleh klik logo pendaftaran di bawah atau hubungi saya melalui maklumat yang diberikan.




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 Sms@Whatsapp : 0136200432




Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

Wednesday, May 21, 2014

Personal Coaching Kelas Asas Urus Akaun Bisnes

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Mencari ilmu zaman sekarang ada macam-macam cara. Akademi Bekerja Di Rumah cuba memberi keselesaan kepada golongan sasaran iaitu suri yang bekerja dan mahu pulang berada di rumah bersama anak-anak atau suri yang mahu bekerja secara sambilan, atau suri yang sememangnya sudah bekerja dari rumah.

Terkini, ABDR menyediakan kelas persendirian dalam kumpulan kecil lingkungan 4-6 orang maksimum sekali kelas. Kelas ini khusus untuk Pengurusan Akaun Bisnes bersama seorang trainer yang bertauliah.

Berikut maklumat lanjut kelas ini:-

Kelas asas Akaun Offline

Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Masa: 9.30pg - 2.00tgh (Hari bekerja atau hujung minggu)
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Damansara Damai, Sungai Buloh (Easy access dari MRR2 dan NKVE)
Yuran: RM250


Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline
Ebook Jejak Aliran Kewangan

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

Saya kira ini peluang baik untuk anda yang berniaga secara berkumpulan. Anda boleh datang bersama rakan niaga anda dalam kumpulan kecil dan menimba ilmu bersama.

Jika anda berminat, mohon anda isikan borang tempahan dengan klik butang pendaftaran di bawah, atau hubungi saya melalui maklumat yang disediakan ini.

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432







Salam nutrisi rohani dan jasmani,





Maklumat lanjut kelas online:




Monday, May 19, 2014

'Sugar Crave ' dan kalori

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Assalamualaikum.

Mulakan minggu ini dengan semangat waja. 

Dalam meniti hari, ada masa-masa yang kita rasa teringin sangat nak makan manis-manis. Kadang memang hentam saja dengan niat, "ok, lepas ni aku kawal kalori ya". Tapi, hakikatnya yang selalu terjadi, kalori ke laut.

Manakan tidak, sepotong kuih bingka sudah 220 kkal (lebih kurang), kuih lapis 170kkal, kek tanpa krim 87 kkal. Masalahnya kita makan sekeping ke?. Selalunya saya memang terlanjur paling kawal pun satu setengah. He,he,he. Kek pula, kalau nak yang sedap betul, mesti mahu yang ada topping. Alahai.

Selepas baca beberapa artikel, datang pula idea, harusnya kumpul resepi manisan beserta nilai kalorinya. Yang pasti cari yang rendah kalori lah. Jika ada yang rasa ingin menyumbang resepi manisan rendah kalori, boleh lah kita bersama mengumpulkannya. Boleh e-melkan ke e-mel saya nurzahwanimohdnor@gmail.com.

Terima kasih!.
Salam nutrisi rohani dan jasmani.






Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

Saturday, May 17, 2014

Mengajar Peribahasa Kepada Anak

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah.
Rencana untuk ke Janda Baik sedang berjalan lancar. Catatan di tulis dalam kereta, menuju ke Janda Baik. 

Dalam kereta, saya menegur anak lelaki saya berumur 3 tahun yang buat sesuatu. 
Katanya,
"Mama ni dengar je Amir buat"
"Mama bukan dengar, Mama nampak. Mata Mama ni tajam tau, macam helang".
" Ye ke Mama. Amir nak rasa" sambil meraba mata, bulu kening dan bulu mata. 

" Tak tajam pun, Mama?"

Aduhai anak. Tergelak saya dan suami. 

Mungkin terlalu awal untuk kenalkan peribahasa dan simpulan bahasa untuk anak 3 tahun?.
Tapi, lagi cepat ajar lagi cepat dia mencerap kan?. 

Ibu bapa, guru no.1 anak-anak. 

Selamat hari guru semua!

Thursday, May 15, 2014

Tentang Teh

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Teh. Rasanya ini minuman paling asas yang ada di rumah masing-masing. Tapi teh biasa yang dikategorikan sebenarnya sebagai teh hitam (black tea). Teh Oolong, Green Tea, jarang-jarang ada.

Saya pun baru saja menjadi penggemar teh hijau selepas mempunyai anak. Kerana apa? Kerana orang kata boleh turunkan berat badan.

Eh, teh hijau saja? Teh hitam tak boleh ke?

Sebenarnya teh berbeza ikut tahap antioksidannya. Dan perbezaan teh itu sebenarnya mengikut cara proses. Bukan dari pokok yang lain pun. Dulu saya ingat teh hijau, pokok lain, teh hitam pokok lain, teh oolong dari pokok lain, mengikut negara yang mempopularkannya.. Rupanya, hanya cara proses yang berbeza.


  • Teh hitam- dianginkan, atau difermentasi yang menyebabkannya menjadi hitam dan memberikannya rasa.
  • Teh hijau- proses pemanasan atau steam yang pendek dan cepat
  • Teh Oolong - proses fermentasi separa.
Itulah perbezaan proses antara tiga teh utama dunia.

Sejarah pengenalan teh sangat unik. Tapi tak mahu saya cerita di sini. Saya mahu cerita pasal teh hijau tadi. Sebenarnya antara faedah teh hijau adalah mengurangkan risiko sakit berkaitan kardiovaskular termasuklah BMI berlebihan, tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol yang tinggi. Walau bagaimanapun, masih ada yang tidak setuju kerana tiada bukti kukuh berkaitannya.

Yang penting, saya tahu saya sukakan teh hijau. Selain fungsi yang orang kata boleh turunkan berat badan, rasanya yang kelat-kelat pahit rasa membersihkan mulut dan saluran pemakanan saya. Betul ke? Entah. Itu yang saya rasa. Kalau nak tahu, anda pun kena rasainya juga. Cuba try?.


p/s: suami saya tak suka teh hijau. Tapi pernah tolong saya buatkan teh hijau campur gula?. Terkejut makcik minum.


Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

Wednesday, May 7, 2014

Ramuan batuk dari dapur

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Ilmu Allah sangat luas. Nak terokai ada pelbagai cara. Termasuk bidang perubatan. Perubatan = ubat. Ubat = hospital?. Eh tidak juga. Ubat boleh datang dari dapur juga, dari pokok, dari tanaman.

Ini ilmu yang saya jumpa di muka buku. Saya kongsikan di sini. Siapa sangka nenas yang disangka tajam ini sangat efektif untuk merawat batuk. Menarik bukan?.

Antara rajin dengan tidak saja untuk buat jus nenas. Kalau tak rajin, sila makan terus nenas dengan fiber nya sekali. 

Semoga bermanfaat. :)






Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Tuesday, May 6, 2014

Persediaan Ibu Bersalin dan Berpantang

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Persediaan Ibu Bersalin dan Berpantang

Beli pada harga PROMOSI.

1) e-book-panduan-44-hari-pantang
2) bersalin-alami

3 E-Book ini pada harga RM 30+ RM 25
Nilai sebenar 3 Ebook ini adalah RM 30+50 (RM80)

Penjimatan Berganda!!.

Tindakan segera dari pihak anda jika anda berminat.
Tempah segera.


Pm saya untuk syarat mendapatkan e-book PADA HARGA PROMOSI !!!


Klik--> https://www.facebook.com/zahwanimn

Maklumat lanjut berkenaan e-book, sila layari pautan di bawah.




Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

Monday, May 5, 2014

Promosi E-Book Bersalin Alami

Teks: Nurzahwani Mohd Nor




Diskaun jimat RM25 (50%) untuk 100 pembeli e-book pertama
kami berikan tawaran diskaun istimewa ini.

Selepas itu, harga ebook ini akan naik SERTA MERTA.

Beli E-Book ini dengan harga RM25.

Kandungan E-Book.

1          APA ITU BERSALIN ALAMI     
1.1  Cinta Melahirkan Cinta
1.2  Bertuah Menjadi Wanita
1.3  Cerita Seram Ibu Mengandung
1.4  Kenapa Bersalin akan Rasa Sakit?
1.5  Sistem Superb dalam Badan
1.6  Budaya Bersalin
1.7  Rahsia Buang Rasa Takut
1.8  Selamat Tak Bersalin?
1.9  Sejarah Bersalin Di Sisi Islam
1.10    Trend Beralin Generasi Y
1.11    Jihad Bersalin
1.12    Proses Bersalin

2          PERSEDIAAN ASAS
2.1  Rancangan Bersalin (Birth Plan)
2.2  Teman Bersalin
2.3  Sokongan Suami
2.4  Kumpulan Sokongan
2.5  Persediaan Mental
2.6  Kelas Persediaan
2.7  Senaman Semasa Mengandung
2.8  Tawakal
2.9  Pemakanan Semasa Mengandung
2.10 Berbual dengan Janin

3          TEKNIK BERSALIN ALAMI
3.1  Teknik Urutan
3.2  Teknik Pernafasan
3.3  Bebas Bergerak
3.4  Teknik Imaginasi
3.5  Teknik Bertenang
3.6  Induksi Semulajadi
3.7  Teknik Psikologi
3.8  Ayat Afirmasi
3.9  Kaedah Bersalin Alami
3.10   Teknik Akupuntur

4          PENGALAMAN BERSALINKU YANG INDAH
4.1  Berkuasa Pada Proses Kelahiran – Nuraliyah
4.2  Bersalin Sangat Indah dan Seronok - Ashila
4.3  Bersalin Normal Selepas Pembedahan – Nor Sakinah
4.4  Bersalin di Rumah – Tini Wirdas
4.5  Bersalin di Hospital Kerajaan – Iryani Ahmad
4.6  Bersalin Alami Seorang Diri - Noradlie
4.7  Bersalin Alami Selepas Trauma Kelahiran Lalu – Meidy Katrin
4.8  Bersalin Alami Mencipta Aura Positif dalam Diri – Cia E. Hendry
4.9  Bersalin Alami Spontan dan Cepat – Nadine Ghows
4.10   Cerita Bersalin Alami dari Bidan ‘Maya’ – Nailah

5          RUJUKAN


Dapatkan e-book ini sekarang dengan harga RM25. Tempahan melalui borang ini. http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/p/borang-tempahan.html.


Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts