Wednesday, October 16, 2013

Pelik Tapi Benar Tentang Sistem Pencernaan Manusia.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Daily Mail.

Harap tidak terlambat untuk saya mengucapkan Salam Aidiladha kepada anda. Bagaimana pengisian di hari raya?. Masih meriah atau hanya duduk di rumah usai solat sunat hari raya di masjid, masing-masing ada cara tersendiri. Sedikit sebanyak ada juga sambutannya termasuklah diraikan dengan ketupat, lemang dan rendang. 

Semalam sempat saya membaca suratkhabar lama. Tidaklah terlalu lama. Membaca suratkhabar hari Isnin pada hari Selasa, masih dikira sebagai suratkhabar lama juga. Sudah jatuh harga dari RM1.50 senaskhah kepada RM0.20 per kilo (di tempat sayalah). 

Artikel yang menarik perhatian saya berkenaan seorang pemuda dari Yorkshire, England yang menghadapi masalah dengan sistem pencernaannya. Ia bukan sesuatu yang diubahsuai, tetapi beliau telah diciptakan dengan sistem pencernaan yang menghasilkan alkohol. Subhanallah. Semoga kita mempelajari sesuatu dengan kejadiaan Allah ini. Kerana saya yakin, Allah tidak menciptakan setiap sesuatu dengan sia-sia.

Pemuda ini bernama Matthew Hogg ini, akan mabuk apabila beliau makan makanan bersumberkan karbohidrat seperti kentang, kerepek, roti dan sebagainya.  Makan sepinggan nasi, kesannya umpama minum tiga botol wain merah. Sindrom yang dikenali auto brewery  ini menyebabkan beliau rasa mabuk setiap hari termasuklah apabila bangun pagi. Kesan alkohol yang berlebihan ini juga menyebabkan beliau menghadapi penyakit hati.
Pemuda ini didiagnosis mempunyai kadar pertumbuhan ragi atau yis yang berlebihan di dalam ususnya. Oleh itu, beliau terpaksa menjalani diet yang ketat untuk mengawal pertumbuhan ragi dalam tubuh. Semoga pemuda ini tabah dengan ujian ini dan berjuang untuk kehidupannya.


Jadi, sesuatu itu tidak mustahil dengan izin Allah. Sistem pencernaan manusia yang unik mempunyai fungsi khusus untuk menyerap nutrisi yang dimakan oleh kita. Kejadian seperti ini jarang ditemui, tetapi ia terjadi. Pencernaan karbohidrat telah bermula daripada saat makanan dikunyah di dalam mulut. Setibanya di usus, karbohidrat tadi sudah pun dalam bentuk ringkas.Baca lagi tentang pencernaan di sini. Jadi tidak mustahil dengan kehadiran ragi di usus, terutamanya dalam jumlah yang banyak, disertai dengan kondisi suhu badan yang sesuai, alkohol mudah saja terhasil. Daripada diserap sebagai molekul ringkas iaitu monogliserida glukosa, ia berubah bentuk kepada alkohol etanol.

Jika anda mengambil tahu, salah satu penyebab penyakit sirosis hati adalah kerana pengambilan alkohol yang berlebihan. Pesakit yang menghadapi sirosis hati mempunyai kesukaran untuk menjalankan proses hati termasuklah pencernaan dan juga proses detoksifikasi. Kesan daripada auto brewery  dalam sistem tubuh akan memberi kesan keseluruhan fungsi tubuh, bukan saja rasa mabuk itu.

Jadi, benarlah arak (alkohol) itu memberi lebih banyak keburukan berbanding manfaat.

" Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar dan judi. Katakanlah, " Pada keduanya terdapat dosa besar dan manfaat kepada manusia. Tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya". Dan mereka menanyakan kepadamu (tentang) apa yang (harus) mereka infakkan. Katakanlah. Kelebihan (dari apa yang diperlukan)." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada mu agar kamu memikirkan."
-Surah Al-Baqarah, ayat 219-

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com


Tuesday, October 15, 2013

E-book Asas Blog Edisi Kedua

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Koleksi Akademi Bekerja di Rumah

Tahniah untuk pengarang E-Book Asas Blog, Puan Masayu Ahmad. E-Book ini telah pun dikemaskini untuk edisi kedua. Daripada versi blog kepada versi PDF untuk pembaca budiman. E-book ini, pada saya, sangat berbaloi dengan harganya. Anda yang tidak tahu langsung tentang blog boleh baca hasilkan sebuah blog melalui buku ini. Ia lebih mudah daripada bertanya Encik Google dan menyelongkar blog tutorial milik blogger tegar. Mungkin untuk 'make-up' blog, anda bolehlah lakukan singgah ke blog-blog tutorial, namun bagi yang 'buta blog', buku ini memang sesuai untuk anda. Antara yang terkandung di dalam e-book ini adalah seperti berikut:-


Bab 1: Analisa Penentuan Tajuk Blog
(Berdasarkan pengalaman dan kepakaran)
Bab 2: Pendapatan Pasif/ Aktif Melalui Blog & Ebook
Bab 3: Langkah Demi Langkah Blog
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Menyusun Bab
Bab 6: Tips Penulisan
Bab 7: Tulisan Berpengaruh
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Panduan Temuramah 
Bab 10: Asas Suntingan
Bab 11: Mengurus Ebook/ Manuskrip Pertama


Jangan terkejut, selepas anda menghasilkan blog pertama, anda mungkin akan menghasilkan lebih banyak blog lagi. Membuat blog merupakan satu hobi yang mendatangkan faedah. Jadi, jangan lepaskan peluang dan ruang yang ada. Sediakan satu blog dan tulislah sekolah kehidupan anda di situ. Apa sahaja yang membawa manfaat dan digunakan oleh sesiapa untuk mendatangkan faedah, anda juga akan merasa tempiasnya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan E-Book ini, hubungi saya Wani dengan cara SMS/WhatsApp 0136200432 atau e-mel nurzahwanimohdnor@gmail.com. 

Oh!. Sekiranya anda mahu dapatkan bantuan saya dalam menghasilkan blog, anda boleh sertai Kelas Asas Blog secara online. Baca lanjut di sini.

Jangan lupa, dapatkan E-Book Belajar Asas Blog Edisi kedua ini ya.

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com




Monday, October 14, 2013

Berita semalam: Isu minyak sawit

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Sudah lama tidak menonton berita jam lapan di televisyen. Selalunya waktu begini sibuk mengemas di dapur samada untuk makan malam atau sesudah makan malam. Tapi, malam tadi kami makan malam awal. Jadi, sempat untuk menonton berita.

Berita utama yang menjadikan saya melekat untuk teruskan menonton adalah berkenaan kempen anti-minyak sawit di Perancis. Untuk makluman rakan-rakan, negara Eropah masih lagi terus menerus memainkan sentimen minyak sawit dalam produk makanan kepada penduduk di sana. Kini, mereka mula meletakkan label "pas d'huile de palme" iaitu “tidak ada minyak sawit” pada bungkusan makanan sepert roti, biskut, dan wafer di Paris pula.

Sempena persidangan berkaitan minyak sawit, pihak TV3 menemuramah beberapa pihak berkepentingan dalam industri minyak sawit. Berdasarkan temuramah berkenaan, di simpulkan bahawa, mereka berusaha untuk membawa kes pelabelan berkaitan isu anti-minyak sawit ini ke mahkamah kerana ia bersalahan dengan akta pelabelan makanan. Kandungan yang tidak terdapat di dalam makanan tidak patut dilabelkan di pembungkus makanan.

Apa perasaan anda bila mendapati ada satu label di pembungkus biskut anda, “Tidak mengandungi minyak soya”. Mesti anda mula berfikir, kenapa dengan minyak soya?. Tambah lagi bila di pembungkus bihun juga mengatakan perkara yang sama, di pembungkus roti juga ada label yang sama. Sudahnya, timbul rasa curiga dengan minyak soya. Adakah minyak soya pembawa masalah kesihatan?.Sentimen inilah yang dimainkan oleh pihak Eropah untuk menjatuhkan industri minyak sawit dan mengurangkan daya jual minyak sawit. Khuatir juga kan?. Sebagai antara negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, perkara ini perlu diatasi dengan segera. Ia komoditi negara bukan?. Sumber duit negara. Sumber pendapatan beribu-ribu pengusaha dan pekebun kecil.


Memang, minyak sawit bukanlah minyak paling ideal di dunia ini. Profil kimianya tidak sehebat minyak zaitun. Tapi apa lebihnya minyak soya?. Contoh saja di sini, saya bandingkan dengan minyak soya. Banyak lagi minyak di dunia ini, minyak canola, minyak jagung, minyak rapeseed, minyak kacang tanah. Jadi kenapa minyak sawit yang dijadikan isu?. Takut sangatkah mereka dengan minyak sawit dan kehebatan pemasaran minyak sawit ke seantero dunia?. Jika dicanangkan minyak sawit ini mempunyai masalah kesihatan dan menggalakkan penyakit kardiovaskular, sudah ada kajian dan pengeluaran minyak ‘Smart Balance’ yang menggunakan minyak sawit sebagai komposisinya dan ia telah dikaji bagus untuk kesihatan (ya, tips hari ini). Baguskah minyak ‘lembut’ yang perlu ditambah hidrogen untuk menghasilkan marjerin?. Sekurang-kurangnya minyak sawit mempunyai profil kimia yang lebih elok, lengkap untuk penghasilan marjerin tanpa perlu proses penambahan hidrogen. 

Penambahan hidrogen = hidrogenasi = risiko kewujudan trans-fat = risiko penyakit kardiovaskular.

Jika dikatakan minyak sawit menarah hutan sehingga tiada tempat untuk orang utan tinggal. Apa bagusnya minyak kekacang yang lain, meratakan bumi dengan kadar yang sama untuk menghasilkan jumlah tan minyak yang jauh lebih sedikit kuantitinya berbanding jumlah tan penghasilan minyak sawit?. Sekurang-kurangnya kelapa sawit membentuk kanopi, tidak pula dengan pokok kekacang yang melata di tanah.

Isu ini tidak akan berhenti di sini saja. Permainan ini telah berlarutan selama beberapa dekad. Sebagai rakyat Malaysia, kita lakukanlah peranan kita. Saya tidak menyuruh anda tukar minyak yang anda guna kepada minyak sawit dan pulun minyak sawit hari-hari. Cukuplah dengan bersederhana penggunaannya. Tetapi, janganlah anda bantu sebarkan perkara buruk berkenaan minyak sawit. Saya sudah kerap berjumpa dengan e-mel dan perkongsian di muka buku berkenaan marjerin= plastik. Hentikanlah mengedarkan perkara yang anda sendiri tidak pasti kebenarannya. Nanti jatuh fitnah, susah juga bukan?.

Jika bukan anda yang mengusahakan perkara berkaitan minyak sawit, mungkin ada rakan, jiran, saudara mara yang mengusahakannya. Ia mungkin mata pencarian tunggal mereka. Jika harga minyak sawit turun dan terus turun, sudah tentu peritnya terasa. Jika tidak dapat membantu, jangan tambah usaha untuk burukkan lagi keadaan.

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com



Sunday, October 13, 2013

Perbelanjaan RM25,000 untuk ke klinik?.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Bismillah.
Dengan tajuk yang mengejutkan itu, saya mulakan dengan nama Allah.
Alkisah, saya menghadiri kenduri kahwin anak kepada kenalan rapat suami saya di pejabatnya. Beliau telah pun pencen. Beliau adalah bos suami saya. Ya, bos pun kenalan rapat. Jemputan kenduri wajib dipenuhi walau terpaksa merempuh kesesakan jalan raya musim perayaan. Dari Salak Tinggi ke Ipoh, perjalanan lambat saya penuhi dengan perkara positif mengisi masa lapang. Oh, bukan tidur kerana saya yang bantu suami memandu 3/4 perjalanan.

Dijadikan cerita, anak kenalan tadi ramai yang bergelar doktor. Menantunya juga doktor. Sempat duduk bersama semeja dan makan bersama kerana jam sudah lewat, majlis hampir tamat, kami baru sampai. Jadi merai diri sendiri makan bersama menantu tuan rumah. Menantu tuan rumah merupakan doktor yang mempunyai klinik sendiri. Isterinya pula doktor di hospital kerajaan. Beliau tertarik kerana saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Saya katakan padanya " saya kerja di rumah", dan seperti biasa kiraan campur, tolak, darab, bahagi, masuk ke minda adalah surirumah sepenuh masa tidak bekerja goyang kaki tiada pendapatan. Normal. Saya tidak pun berkecil hati.

Beliau mula buka cerita. Isterinya juga berhajat untuk berhenti menjadi doktor di hospital. Namun beliau takut dengan situasi tidak cukup pendapatan menampung isi belanja rumahnya yang beribu-ribu itu. Pendapatannya sebulan untuk klinik beliau adalah RM 25,000. Angka itu terus menjerit di minda saya. RM25,000 sebulan rakyat dipersekitaran klinik beliau menghabiskan duit untuk mendapatkan rawatan klinik pesakit luar. Maksudnya sakit demam, selsema, cirit-birit biasa. Wah!. Angka itu terus menjerit dalam minda saya sepanjang perjalanan hingga ke pagi ini. Ia sangat menakjubkan. Nampak sungguh rakyat Malaysia mudah sakit atau mudah rasa sakit atau suka ke klinik?.




Cuba bayangkan, dengan RM25,000 itu, puratanya katakanlah seorang pesakit membelanjakan RM50 sekali lawatan ke klinik. Ya, mungkin ada yang hingga seratus lebih ada yang hanya RM20. Jadi katakan puratanya RM50. Jikan RM25,000 dibahagikan dengan RM50, ia adalah 500 orang pesakit sebulan!. 500 pesakit mendapatkan rawatan untuk satu klinik. Cuba kira klinik di kawasan kediaman anda. Patutlah sebelah klinik ada kedai makan, selang dua tiga ada lagi satu klinik. Ia tidak mustahil kerana klinik memang boleh buat duit.

Anda adalah apa yang anda makan. Bersederhanalah. Utamakan kesihatan. Saya akui ia memang payah, tetapi cubalah. Kerana saya juga begitu. Sentiasa mencuba. Kerana itu saya suka menulis topik kesihatan, untuk mengingatkan diri saya sendiri. Supaya saya tidak terlupa dan supaya saya sering menambah ilmu.

Cuba ya. Untuk saya dan rakan-rakan. Jangan kayakan klinik lagi. :)

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com
 

Friday, October 11, 2013

Penyakit Bawaan Makanan-Pengalaman Penulis

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Koleksi penulis

Perut meragam dan tersekat dalam kesesakan jalan raya. Oh, Tidak!.

Situasi ini memang tidak digemari. Bukan saja pada diri kita, lebih menyayat hati jika anak kecil kita yang mengalaminya. Galau rasa hati bila melihat badan anak mula lembik tidak bermaya dan seterusnya perlu dimasukkan ke hospital.

Ini semua simtom penyakit bawaan makanan. Saya sendiri pernah mengalaminya. Pulang dari bercuti, anak kecil saya berumur setahun lebih masa itu, mengalami cirit-birit berpanjangan lebih dari tiga hari. Mujur saya yang jaganya sendiri. Pada mulanya, saya hanya berharap ia tidak berpanjangan. Masuk hari kedua, cirit-birit tidak juga berhenti, tambah lagi sudah nampak campuran darah di najis. Mungkin kerana ada luka di anus. Segera telefon suami dan bawa ke hospital. Rakan-rakan, jika ini terjadi pada anak-anak, jangan tunggu lama. Lebih awal ke hospital lebih elok. Anak saya terus dimasukkan ke wad kerana nampak tanda-tanda dehidrasi dan keadaan yang tidak aktif. Kami berdua ditempatkan satu wad khas yang tidak bercampur dengan pesakit kanak-kanak lain. Pesakit sedia ada juga dipindahkan ke wad lain agar penyakit ini tidak berjangkit. Wah!. Saya tidak menyangka sehingga ke tahap itu. Ya, betulkan?. Ia adalah penyakit bawaan makanan dan boleh berjangkit melalui najis juga. Kita cerita lanjut nanti.



Tidak lama selepas saya dan anak berada di wad, pesakit kanak-kanak berkaitan cirit-birit mula bertambah. Hati bertambah risau. ADAKAH IA SATU GEJALA seperti sakit kaki, tangan dan mulut?. Saya mula bertanya-tanya Doktor yang merawat anak saya. Selepas soal jawab berlangsung, saya maklumkan saya baru pulang bercuti dan ada membeli cendol dari tepi jalan pada hari terakhir dalam perjalanan pulang. Kerana cendol. Sungguh sesal rasa hati sebab teringin makan cendol tepi jalan hari itu. Kawan-kawan satu wad pula, cerita yang berlainan. Tidak menunjukkan satu kaitan yang jelas antara satu sama lain. Jadi, doktor menyimpulkan ia bukanlah satu gejala yang disebabkan dari sumber makanan yang sama. Baik. Lega.  Mungkin rotavirus, mungkin juga bukan. Namun rawatan antibiotik masih lagi diteruskan. Anak saya masih lagi disuntik dan meraung setiap kali disuntik. Hampir seminggu saya berada di sana begitu. Akhirnya saya buat keputusan untuk berhentikan suntikan antibiotik dan memberikan antiobiotik secara oral sahaja kepada anak saya. Saya meyakinkan doktor anak saya mudah makan ubat. Alhamdulillah sememangnya anak saya mudah makan ubat. Akhirnya kami dapat pulang ke rumah bila kadar pembuangan najis anak saya semakin berkurang. Tidak sekerap sebelumnya. Dia juga mula aktif. Syukur.

Sakit bawaan makanan. Apakah ia sebenarnya?.

Sakit bawaan makanan lebih dikenali sebagai keracunan makanan. Ia terjadi kepada manusia melalui makanan atau air. Tapi saya rasa, haiwan pun boleh terkena keracunan makanan. Hanya yang berurusan dengan haiwan yang lebih tahu.

Sakit bawaan makanan hanya boleh disahkan secara tepat dengan kajian makmal. Kita tidak boleh mengatakan perut kita meragam dan cirit-birit, terus kita katakan makanan kantin itu tercemar. Mungkin juga kita alah kepada sesuatu bahan masakan saja. Orang lain tidak pula mengalami simtom yang sama. Jadi, kajian makmal akan mengesahkan samada terdapat tanda-tanda pencemaran melalui ujian darah atau terhadap makanan itu sendiri.

Sakit bawaan makanan boleh menjadi satu gejala yang merebak kepada ramai orang. Ini perkara yang paling ditakuti. Contohnya seperti daripada kenduri, susu sekolah, kantin asrama dan banyak lagi kes.

Jadi, sangat penting untuk memastikan penyediaan makanan itu selamat dan bersih. Terutama sekali pengendali makanan. Bukan saja tukang masak. Tetapi ia meliputi pengendalian makanan dari ladang, jika ia dari ladang seperti ayam, buah, sayuran. Kemudian pemprosesan, penjualan, penyimpanan dan seterusnya. Pendek kata, dari ladang hingga ke pinggan. Semua sekali bertanggungjawab ke atas makanan tersebut, hatta tukang suap makanan sekalipun. Ha... ibu-ibu yang suap anak sekali ya. Pastikan tangan bersih. Itu pesanan untuk diri saya juga sebenarnya.


Salam bernutrisi rohani dan jasmani untuk anda.

Nurzahwani Mohd Nor.


Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com


Thursday, October 10, 2013

Program HEARTS untuk surirumah

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Suri yang sudah lama tidak berlasak menempuh kesesakan jalan raya di pagi hari, sekali terkena, sakit badan masih bersisa. Sayalah orangnya yang dimaksudkan.  Sebenarnya saya telah memohon untuk menyertai program HEARTS yang dianjurkan oleh HRDF, projek di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia. Saya mendapat tahu program ini daripada rakan di Akademi Bekerja Di Rumah. Terima kasih kepada Kak Yong Azlin kerana mencadangkan saya untuk memohon program ini. Program di jalankan di Kelana Jaya. Jadi saya terpaksa menempuh jalan raya yang sesak di pagi hari. Letih. Tapi ia berbaloi. Program HEARTS yang menyentuh hati saya. 

Ringkasan mengenai program HEARTS; ia merupakan satu program yang mana objektif asalnya adalah untuk membuat panggilan semula surirumah profesional untuk kembali semula menyumbang produktiviti kepada tenaga kerja negara. Kata mudahnya adalah kembali bekerja. Sama ada secara sepenuh masa atau fleksibel di rumah. Sebagai permulaan, terdapat 13 program yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, program ini mungkin bertambah atau berkurang pada masa akan datang. Untuk kitaran pertama ini, hanya 400 orang yang akan dipilih untuk menyertai program pilot ini. Sekiranya kitaran pertama berjaya, program ini akan dilanjutkan untuk kitaran seterusnya. Suri rumah yang berjaya menempatkan diri dalam kursus yang dipilih perlu menghadiri 3 modul yang puratanya mengambil masa selama seminggu. Modul 1 dan 2 mengambil masa dua hari dan modul 3, hari selebihnya.

Kesimpulan dari saya berkenaan program HEARTS.
Bagi saya, idea mewujudkan program ini sangat menarik. Ia memberi peluang untuk suri rumah yang memang berhajat untuk kembali bekerja. Walau bagaimanapun, peserta sering diingatkan belum tentu peserta akan mendapat jawatan yang diingini kerana belum ada syarikat yang memberikan komitmen penuh untuk mengambil surirumah kembali bekerja, lebih-lebih lagi secara fleksibel dari rumah. Tetapi, setiap ilmu yang dicurahkan pasti ada manfaat. Daripada program ini, boleh saja suri rumah mencetus idea untuk memulakan bisnes dan memberikan nilai tambah kepada diri sendiri. Pelajar yang lulus akan mendapat sijil, jadi boleh saja jual sijil itu untuk mencari jawatan sendiri. Tidak perlu tunggu HRDF memberikan surat tawaran kepada kita. 

Bagi Modul 1 dan Modul 2, saya telahpun menghadirinya pada Isnin dan Selasa lepas. Alhamdulillah, penceramah kami iaitu Puan Malar mempunyai pengalaman luas mengenai surirumah yang bekerja dari rumah kerana beliau juga begitu. Bezanya, Puan Malar merupakan pencermah yang memerlukan beliau bergerak ke sana sini keluar dari rumah menyampaikan ceramah. Selain dari itu, beliau akan berada di rumah menyiapkan modul atau membangunkan modul latihan. Saya kagum dengan semangat beliau. Saya kira beliau seorang yang sangat berjaya setelah melalui berbagai cabaran bekerja daripada bekerja sebagai cikgu gantian, pensyarah, pengurus syarikat dan akhirnya berhenti. Beliau berjaya kerana mengetahui keinginan hidup beliau atau passion.


Oleh kerana pengalaman Puan Malar yang meluas, pendekatan beliau melalui Modul 1 dan 2 tidak sama seperti yang dirancangkan oleh HRDF. Nasib baik. Jika tidak, saya rasa rugi. Oleh kerana saya sukakan pendekatan beliau, saya gagahkan juga merempuh kesesakan jalan raya, bertolak dari rumah sebaik saja solat subuh, belum nampak matahari dan anak masih tidur. Perkara yang saya tidak sangka akan lakukan selepas berhenti kerja. Jadi, kepada surirumah yang sudah memohon dan akan memohon, apa yang saya ceritakan ini, mungkin tidak sama dengan apa yang anda akan terima kerana lain penceramah, lain pendekatannya. Kesimpulan saya, setakat ini, elok untuk hadir program ini kerana ianya percuma. Kemudian anda berpeluang untuk membuka minda, menambah ilmu dan kenalan. Ilmu Allah luas, carilah peluang dan rebutlah peluang yang ada.

Jika anda berminat untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan program ini, boleh layari di sini

Salam kesihatan dari bijak nutrisi.

--------------------------------------------------------------------
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Monday, October 7, 2013

Isu Kematian Akibat Keracunan Selepas Makan Kenduri.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Negara digemparkan dengan kejadian yang berlaku di Kedah hujung minggu lepas. Takziah buat keluarga mangsa dan yang terlibat dengan kejadian sedih itu. Empat maut dan ratusan lagi menderita akibat keracunan makanan. Masakan ayam yang dihidangkan di kenduri berkenaan tercemar dengan bakteria Salmonella.

Sakit perut selepas makan kenduri merupakan perkara sinomim. Termasuklah saya. Akibat keracunan makanan, air dalam badan akan berkurang dengan mendadak. Fungsi tubuh akan terganggu. Mengikut laporan berita, mangsa yang maut, gagal fungsi buah pinggang dan otak. Nauzubillah.

Mengikut siasatan yang dijalankan, tuan rumah telah menggoreng ayam yang hendak dihidangkan pada tetamu, sehari sebelum majlis dan telah menyimpannya pada suhu bilik untuk tempoh yang lama. Ayam ini pula dimasak semula dan dicampur dengan sambal dan dihidangkan kepada tetamu.


Ayam yang terbiar lama ini menyebabkan ia tercemar oleh bakteria. Proses memasak juga tidak dapat menghapuskan bakteria ini. Sesetengah bakteria merembeskan toksin yang tahan haba. Semasa proses memasak, bakteria ini mungkin mati tetapi toksinnya tidak terjejas. Ini mungkin salah satu sebab mengapa keracunan tetap berlaku walaupun dengan proses memasak. Ia bukan sahaja kepada makanan dipanas semula, tetapi juga makanan belum dimasak yang terbiar. Proses mencuci dengan cuka dan sebagainya juga belum tentu dapat membantu.

Ini antara panduan yang boleh digunakan untuk mengelakkan keracunan makanan:-
1. Elakkan membiarkan makanan yang siap dimasak terbiar pada suhu bilik melebihi dua jam
2. Makan makanan panas semasa panas, makanan sejuk semasa sejuk.
3. Untuk menyahbeku ayam, ikan, daging dan sebagainya, anda boleh gunakan teknik menyahbeku susu perahan. Keluarkan dari tempat beku waktu malam dan letak di bahagian pendingin sejuk, jika ingin masak keesokkan harinya. Atau gunakan microwave fungsi 'thaw'.

Sekiranya anda mengalami simtom keracunan makanan yang berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor. Cegah sebelum parah. Walau pun sukar untuk mengurus makanan dalam jumlah yang besar semasa kenduri, diharap kita ambil iktibar dari apa yang berlaku.

Wallahu'alam.

====================================
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn

3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Friday, October 4, 2013

Apa terjadi dengan makanan selepas kita makan?. (Episod dua)

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Sumber: http://biologi.blogsome.com, http://www.biologi-sel.com, www.sususejat.com

Topik di sini masih lagi berkisar pada proses pencernaan makanan. Mengapa kita bincangkan perkara ini?. Kerana anak saya bertanya. ☺. Mungkin anak anda juga akan bertanya perkara yang sama bukan. Kerja seorang suri dan ibu, boleh jadi macam-macam sehingga kepada proffesion guru biologi. Bersedia saja.

Baik, umumnya proses pencernaan objektifnya adalah untuk membolehkan badan kita mendapat nutrisi yang kita makan. Proses pemecahan dan penyerapan makanan sehingga nutrisinya dapat diserap oleh sel dan digunakan untuk menjalankan fungsi masing-masing.

Organ yang terlibat?
Organ pencernaan dibahagikan kepada dua iaitu organ pencernaan bahagian atas dan organ pencernaan bahagian bawah.

Organ pencernaan bahagian atas adalah mulut, gigi, lidah, farinx, kerongkong/esofagus dan perut. Manakala organ pencernaan bawah pula adalah usus kecil, usus besar dan anus. Fungsi sistem pencernaan bahagian atas atau awalan adalah untuk menjalankan proses pemecahan makanan kepada butiran kecil dan dibawa ke bahagian bawah di mana ia diproses untuk penyerapan nutrisi. Akhir sekali dikeluarkan sebagai hampas.

Prosesnya seperti berikut:-
1. Kemasukan makanan ke dalam tubuh melalui mulut.
2. Proses mengunyah makanan oleh gigi.
3. Proses menelan makanan di kerongkong/esofagus.
4. Proses penukaran makanan menjadi molekul yang lebih kecil dengan bantuan enzim dan jus gaster di perut.
5. Proses penyerapan, terjadi di usus kecil
6. Penyahinjaan. Pengeluaran hampas yang tidak berguna untuk tubuh melalui anus.

Saya hendak fokus pada proses-proses akhir pencernaan iaitu di usus kecil. Usus kecil merupakan organ pencernaan yang paling panjang, menjangkau sehingga 9 meter. 

Bermula daripada perut, makanan yang telah separa proses, akan bertukar rupa daripada pejal kepada separa pejal. Ia dipanggil 'chyme'. Ada juga makanan yang masih belum cair sepenuhnya. . Minta maaf ya. Sila jangan geli. Kalau sedang makan, baik anda berhenti. Anda pernah lihat muntah bukan?. Begitulah lebih kurang keadaan 'chyme'. 

'Chyme' dari perut akan masuk ke usus kecil secara pancutan kecil melalui injap 'pyloric'. Isipadu setiap pancutan hanyalah lebih kurang sebanyak 3ml sahaja. Proses ini memakan masa yang panjang antara 2-3 jam. 

Apabila chyme telah berada di usus kecil, pencernaan lemak baru sahaja bermula dibantu oleh enzim lipase.
Kemudian seterusnya diserap, juga di usus kecil. Saya hanya ingin berkongsi informasi, tahukah anda enzim lipase manusia ada dijual dipasaran untuk digunakan dalam kajian saintifik?. Harganya pula tersangatlah mahal. Seingat saya RM600 untuk beberapa gram. Bagaimana mereka dapatkan enzim ini ya?. Hmm...

Baik, sambung semula. Ketika di usus kecil, kebanyakan protein dan karbohidrat telah tercerna daripada proses di mulut hingga ke perut. Jadi ia akan dipecahkan lagi kepada molekul yang lebih kecil untuk penyerapan di usus kecil. Lemak akan memecah kepada asid lemak, monoglyserida dan digliserida, protein kepada asid amino dan peptida, karbohidrat kepada molekul ringkas sakarida. 

Selepas lima jam, sebahagian besar chyme telah diserap oleh usus kecil. Yang tinggal hanyalah unsur lemak tadi, monosakarida dan digliserida dan lemak bebas. Ya, lagi banyak bahan berlemak anda makan, lagi banyaklah ia akan terapung di sini. 

Di akhir proses, nutrien telah diserap oleh usus kecil. Yang tinggal adalah hampas yang tidak dapat diserap oleh usus kecil. Contohnya fiber. Manusia tiada enzim yang dapat mencerna serat dan selalunya enzim itu diperlukan oleh haiwan herbivor sahaja. Hampas ini akan masuk ke usus besar dan dicernakan oleh mikroflora. Kebanyakan air dan sodium akan diserap di sini menjadikan hasil akhirnya pejal. Ya, anda tahu apa seterusnya. Tidak perlu diulas lagi.

Subhanallah. terperinci sekali ciptaan Allah. Sama-sama kita renungkan ya.
Lain kali kita cerita lagi tentang apa yang terjadi dengan nutrisi yang kita makan.

Nutrisi berkesan untuk kesihatan anda.
-------------------------------------------------------------------------
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com


Thursday, October 3, 2013

Amalan 10S

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Sumber: Faccebook/Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman

Saya terbaca tajuk ini waktu skroll mukabuku. Ditulis oleh Dr Azizan Osman. Pakar pembangunan usahawan dan pemasaran yang sedang hangat sekarang ini. Tajuknya 10S. Sekali baca, saya sangkakan ia berkenaan dengan amalan kualiti di pejabat. Mula-mula dulu, 5S, kemudian 8S, tambah lagi jadi 10S.

Saya ingatkan itulah yang dibincangkan oleh Dr Azizan. Rupanya, jauh sekali. Perkongsian ini sangat menarik. Ia sangat asas, namun sering diambil enteng kerana tidak nampak pengakhirannya, atau bila perasaan berkecamuk dan sedih, mudah saja kita terlupakan perkara ini.

Jadi, saya kongsikan di sini agar saya tidak terlupa. Agar rakan-rakan juga mengingatkan saya. INI PENTING. Ini bukan perkara main-main. Ini adalah asas kelangsungan motivasi. Sila teruskan pembacaan.

[Prinsip 10 "S"] Untuk Sentiasa Hidup Luar Biasa Dengan Rezeki & Kewangan Penuh Keberkatan?
by AZIZAN OSMAN

Berapa ramai daripada anda yang ingin membina kehidupan yang sentiasa luar biasa dn diberkati Tuhan? 

Dibawah ini saya kongsikan formula 10S yang anda boleh sentiasa gunakan di dalam membina kehidupan yang penuh keberkatan. Nikmat rezeki sebenarnya bukanlah hanya bergantung kepada banyak atau sedikit tahap kewangan kita tetapi ia juga perlu dicari keberkatan di dalamnya. Saya percaya rahsia keberkatan adalah terletak pada berapa banyak manfaat dapat diberikan kepada orang lain.

Jika anda ingin melihat kehidupan anda, kerjaya anda, perniagaan anda mudah-mudahan penuh dengan keberkatan atau jika apa yang kita inginkan belum tercapai, apa yang anda patut buat?

Ada 10S yang anda boleh buat! :-

1- Syukur-

Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur adalah setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak dari Tuhan. Orang yang sentiasa bersyukur juga adalah orang yang kurang merungut dan orang yang banyak merungut adalah mereka yang mungkin kurang bersyukur. Orang yang setiap hari bersyukur, jiwa mereka akan lebih tenang dan bahagia. Selain daripada bersyukur kepada Tuhan yang Maha Kuasa, kita juga dapati bersyukur dengan berterima kasih kepada manusia lain yang membantu kita juga adalah salah satu perkara yang membawa kepada keberkatan dan kebahagiaan.

2- Sedekah-

Ya! Bersedekah! Sedekah adalah hikmah Tuhan untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran. Selama ini kita banyak menerima "sedekah" dari Tuhan dalam ertikata banyak nikmat yang tidak terhitung yang diberikan kepada kita, sebenarnya bukan setiap apa yang Tuhan berikan kepada kita itu adalah hak kita, sebahagian daripadanya adalah hak orang lain yang diberikan melalui kita. Contohnya seorang anak bekerja mendapat gaji, tetapi rezeki itu mungkin untuk di salurkan sedikit kepada ibu bapa kita yang telah tua. Sedekah sedikit atau banyak ikut apa yang kita rasa suka dan seikhkas hati kita. Jangan lupa juga untuk berdoa agar dengan keberkatan sedekah tersebut, maka Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, diri kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan dan memudahkan setiap urusan kita.

3- Salam atau Selamat -

Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak atau mengucapkan selamat kepada orang lain yang bukan Islam. Ucapan salam atau selamat sebenarnya membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoaka kesejahteraan orang lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut mudah-mudahan berkali-ganda.

4- Senyum-

Ya! Senyum adalah sedekah dan barangsiapa yang bersedekah, Allah swt akan memberikan dia lebih banyak lagi. Senyuman juga membuka peluang dan pintu rezeki. Selain daripada itu, senyuman membantu kita fokus melihat kepada perkara yang baik di sekeliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya?

5- Sujud-

Ya! Sekiranya kita mahukan keberkatan di dalam hidup kita, kita perlu banyak sujud kepadanya. Lebih banyak ujian yang hadir dan lebih banyak anda mahu capai tingkatan atau tahap seterusnya di dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda perlukan.

Untuk kaum muslimin, sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud akan membawa banyak keberkatan dalam hidup kita.

6- Selawat-

Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan didoakan semula 10 kali ganda!

7- Sumbang-
Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakaran anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita. Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran dan ramai orang lain.

8- Serah-
Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia tahulah nak aturkan terbaik untuk kita.

9- Silaturrahim-
Ya! Merapatkan silaturahim merupakan salah satu cara untuk mendapatkan lebih banyak kebahagiaan dan keberkatan di dalam hidup, Hari ini ada banyak cara atau teknologi yang kita boleh gunakan untuk merapatkan hubungan antara kita dan saudara mara kita. Besarnya kebaikan merapatkan silaturrahim hingga salah satu pintu syurga disediakan untuk dimasuki oleh mereka yang hidup mereka sentiasa merapatkan silaturrahim.

10- Sabar- Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar dalam doa, usaha, sabar dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak sabar, kita akan tercabar!

Sebenarnya apa yang saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya ini bukan hanya sekadar untuk mendapatkan keberkatan di dalam hidup tetapi ia juga adalah formula penting di dalam membina kerjaya atau perniagaan yang berjaya. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda. 

- AzizanOsman -


Ya. Ia amalan 10S. Mari kita ingat dan amalkan. InsyaAllah. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn

3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Wednesday, October 2, 2013

Apa jadi dengan makanan lepas dimakan?.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Anak saya selalu bertanya, "lepas kita makan nasi, nasi pergi mana mama?".
Kakak pula tolong jawab. "Adik, nasi yang kita makan nanti turun sampai kaki".
Senyum sajalah. Kadang-kadang saya betulkan juga, “bila makan, nasi masuk dalam perut, lepas tu jadi ini”, sambil picit-picit otot tangan dan kaki. Entah faham, entah tidak.



Ya, apa proses yang terjadi bila kita makan?. Organ apa yang terlibat?.

Organ yang mula-mula terlibat adalah mata. Ramai kata mata tidak termasuk dalam sistem pencernaan. Memang betul. Tapi mata terlibat secara tidak langsung. Dari mata yang melihat, kemudian ditambah dengan aroma yang harum, kecur air liur kita. Rangsangan dari minda menggalakkan proses pencernaan seterusnya.

Organ yang terlibat dalam proses pencernaan seterusnya adalah mulut, gigi, lidah, farinx, kerongkong dan perut. Kemudian diteruskan pula dengan usus kecil, usus besar dan anus.

Berapa lama proses pencernaan berlaku sehingga kita dapat serap nutrisi yang diperlukan?
Ia bergantung kepada metabolisma dan keadaan organ individu. Puratanya antara 5-96 jam sehingga ia dikeluarkan sebagai ‘hampas’ atau najis atau tidak perlu disebut lebih lagi. Hehehe... Panjang keseluruhan sistem pencernaan pula menjangkau sehingga 9 meter panjang dan usus kecil merupakan organ pencernaan yang paling panjang dengan purata 4-7 meter.

Wow, lamanya proses sehingga 96 jam?. Ya, yang lamanya di usus besar. Kadangkala proses peristalsis individu sangat lambat, tidak lancar kemungkinan dari kurangnya air sebagai pelincir atau ususnya panjang. Pada pandangan saya ia juga diwarisi. Saya individu yang sensitif dengan kekurangan air dan serat. Salah seorang anak saya juga begitu. Pada awalnya doktor membuat hipotesis anak saya kurang saraf di anus untuk merengsa perasaan meneran. Tetapi akhirnya doktor membuat konklusi, anak saya hanya sukar buang air besar. Situasi itu dikenali sebagai ‘functional constipation’.

Sepanjang masa anak saya menghadapi masalah sembelit dari lahir sehingga umur 2 tahun, berbagai hipotesis doktor saya terima. Termasuklah katanya semua nutrisi yang anak saya dapat diserap dengan baik dan tiada hampas yang ingin dikeluarkan. Logik juga dek akal saya pada awal kelahiran kerana anak saya belum makan lagi. Bila sudah menginjak 6 bulan, masalah semakin kronik. Akhirnya, penyelesaian mudah dari doktor tersayang, minum yakult. Ya, ia berhasil. Untuk ibu-ibu yang hadapi masalah yang sama, bolehlah mencubanya. Tapi khusus untuk anak-anak setahun ke atas sahaja. Mahu solusi yang lebih murah dan tahan lama, klik di sini.

Salam kesihatan. Ikuti entri seterusnya berkenaan proses pencernaan makanan kita.

=========================================================

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com


Tuesday, October 1, 2013

Azam tahun 2013 pada bulan ini

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Impian seorang suri...
Bulan ini genap dua tahun saya memegang jawatan pengurus rumah. Saya tidak menyangka, melepaskan jawatan yang bagus, gaji yang bagus dan akhirnya 'tersadai' di rumah, bak kata orang, merupakan pilihan terbaik buat saya. Memberikan kepuasan. 

Mengimbas di awal tahun 2013, saya hanya suri biasa yang tinggal di rumah mengurus anak-anak semata. Kawan pun sekadar yang ada di deretan rumah. Azam tahun baru, rasa macam tak sesuai difikiran saya. Cuma mahu lebih baik dari semalam. 

Tiba-tiba, bermula bulan April, saya mula rasa saya perlukan perubahan. Saya mahu ramai kawan, saya mahu baiki ibadah saya, saya perlukan pendapatan, kerja yang boleh dibuat di rumah. Saya mula bermuka buku. Selongkar e mel jana wang dari rumah. Tapi alhamdulillah, niat dipermudahkan. Lorong muka buku saya ke arah positif. Bukan perkara sia-sia. Saya doa ini yang  terbaik. 

Sekarang sudah Oktober. Sudah enam bulan. Lagi 3 bulan saja menghampiri 2014. Laju betul masa berlari. Kejor yop kejor bak kata orang kuala. Ya, saya mahu berkejaran dengan masa. Saya juga baru hendak memasang azam 2013. Salah kah?  Ish, mana pulak salahnya. Azam bulan baru 2013. Saya ingin menjadi suri rumah berpendapatan empat angka. YaAllah moga dipermudahkan urusan ku. 

Kawan-kawan yang baik hati, yang mulia pekertinya, yang disayangi Allah, mohon doakan saya. Jika anda suka, anda juga boleh tinggalkan komen azam anda untuk bulan Oktober ini. Sama-sama kita aminkan, ya. 

Jadi, azam saya untuk tahun 2013 baru bermula. Tiga bulan lagi menghampiri 2014. Mari kita berlari dan mengganas di bulan Oktober 2013. 
*******************

Pendaftaran setiap hari untuk dua kelas berikut:-
1) Kelas asas penulisan dan blog
2) Kelas asas blog dan fan page. 

Sudah ramai yang menyertai termasuklah wartawan, novelis dan pakar kewangan. Mengapa mereka sertai kami walau pun sudah bertaraf otai?. Ilmu Allah luas. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. 

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts