Tuesday, February 18, 2014

Wanita dinaikkan pangkat sebagai isteri

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


"Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini 
dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

Seronokkan berkahwin. Tak kira, hadiri kenduri kahwin, membuat kerja kahwin, dan juga bila kita sendiri menjadi pengantinnya. Gambar disimpan menjadi kenangan abadi dikenang hingga anak cucu cicit piut miut. Sudah pasti ia seronok. Walau pun inti pati selepas berkahwin itu pelbagai rencahnya, pahit, masam, manis payau dan pelbagai lagi rasa. 

Perkahwinan sememangnya sesuatu perkara yang suci. Manakan tidak, kata ustazah kuliah Sirah Nabawiyah di Masjid, "wanita hanyalah wanita biasa-biasa, sehingga ia dinaikkan pangkat sebagai isteri". Ya, kawan-kawan, isteri ini rupanya satu pangkat yang mulia. 

Bila menjadi isteri, ia beserta pakej dan elaun-elaun yang wajarnya, duduk di rumah, lahirkan anak, jaga anak hinggakan menyusukan anak juga tidak perlu dan patut diberi upah!. Hebatnya golongan wanita dimuliakan di sisi Islam. 

Mengapa belajar Sirah Nabawiyah ada cerita pasal wanita ya?. Ini semua berkait dengan penurunan ayat al-quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Untuk mengetahuinya, saya perlu menghadiri kuliah ini selanjutnya.

Hakikatnya di Malaysia, wanita sinonimnya dengan kerja rumah. Bagi suri yang bekerja di luar rumah juga tidak terlepas dengan kerja rumah. Semasa zaman saya bekerja di luar rumah dahulu, memang tidak betah kalau sehari tak lakukan kerja rumah. Balik dari kerja, terbang tudung, tak salin baju, beg tangan campak saja di kerusi, terus pung pang pung pang di dapur. Jika mahu makan luar pun, tak lalu juga jika setiap hari. Ia biasa, ia lazim. Hujung minggu ke pasar pula. Alkisahnya, mereka yang pernah berada di Timur Tengah katanya yang memasak, ke pasar semuanya suami yang uruskan. Jika tidak mampu lakukan, diupah pembantu rumah. Seronoknya rasa. Tapi bila disesuaikan di sini, macam pelik saja dan tidak puas hati bila suami memasak di dapur hari-hari. 

Cuba bayangkan, kita ada anak kecil, suami masak makanan untuk anak kecil kita. Bubur, puree buah dan sayur. Stok buah. Kemudian, bersusah payah pula menyejuk bekukan puree buah dan sayur di peti beku. Oh, tidak. Bak kata orang Melaka. Tak sajak!.

Mahu tak mahu, kita orang perempuan yang lazimnya lakukan semua ini. Yang sibuk-sibuk buka google dan cari fasal resepi bayi dan anak kecil, sudah pasti perempuan. Yang memasak dan mengisar bubur sudah tentu wanita juga. 

Jadi, kepada wanita, perempuan, yang sedang bersiap sedia untuk berkahwin, set minda anda awal-awal. Berkahwin bukan sekadar majlis perkahwinan, gilang-gemilang, tapi banyak lagi pakejnya selepas masuk alam perkahwinan. Bersedia untuk menjadi isteri, seterusnya ibu kemudian menjadi chef dan pegawai dietetik yang berjaya. Semua urusan itu akan diserahkan kepada kita, apabila sudah mula belayar ke bahtera perkahwinan. Siap-siap simpan niat dalam hati, semuanya dilakukan demi keredhaan Allah, untuk bantu suami, walau pun bukannya tanggungjawab kita pun.

Namun, janganlah risau. Kita tidak perlul handal hingga menjadi seperti tukang masak restoran atau hotel.  Rumah tip top berkilat bak lobi hotel. Cukuplah sekadar ikut kemampuan kita. Kadang-kala memang kita tak terbuat semua itu. Tambah pula dengan kehadiran anak-anak syurga. Ia boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Jangan lupa maklumkan pada suami, kita hanya membantu. Kurang sana-sini, tidak perlu komplen sangat. Jika suami sama-sama lakukan tugasnya, ia akan jadi lebih sempurna.

Saya hanya sekadar berkongsi ilmu yang diterima. Apa yang baik, harap bermanfaat, yang dirasakan tidak sesuai jadikanlah sempadan.

Wallahualam.

--------------------------------------------------

Blog merupakan salah satu medan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Tidak kurang juga menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Jika anda berminat untuk mempunyai blog anda sendiri sama ada untuk tujuan bisnes atau perkongsian pengalaman, jom sertai saya dalam KELAS ASAS BLOG. Anda boleh hubungi saya di talian 0316200432 atau emel nurzahwanimohdnor@gmail.com.


Monday, February 17, 2014

Pesanan penting kepada yang bergelar Anak

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Bersediakan kita?.
Saya menonton video ini hasil dari perkongsian kakak saya. Tiga kali saya tonton video ini, saya menangis. Saya kira ini merupakan pesanan yang perlu saya sampaikan juga pada rakan-rakan lain.

Persoalannya bersediakah saya untuk ini?. Jawapannya jika tidak bersedia, saya perlu lengkapkan diri. Bukan sahaja diri sendiri untuk menerima ilmu, tetapi juga bersedia untuk memberikan ilmu kepada anak saya pula.

Wallahualam, semoga anda juga menerima manfaatnya. Amin.


Video dari www.pesan4all.com


Friday, February 14, 2014

Uji Pengetahuan Anda tentang Vitamin

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Sejauh mana anda rasa anda tahu tentang vitamin?.

Ini ada satu laman web yang memberikan kuiz kepada pengunjungnya tentang pengetahuan kita tentang vitamin. Anda mungkin rasa ia mudah, tapi, cubalah.
Anda beberapa perkara yang menarik yang anda akan temui. 

Ini linknya.
http://www.webmd.com/diet/rm-quiz-vitamins-benefits?ecd=wnl_lbt_020514&ctr=wnl-lbt-020514_ld-stry&mb=

Cuba, jangan tak cuba kerana ia menarik.
Ini antara isi kandungan ilmu yang diberikan.

"Supplements can be a good way to ensure you’re getting all the nutrients you need, however, many vitamins and minerals can be toxic if you take too much. Excess vitamin A can cause nausea, vomiting, and liver damage, for example. Too much vitamin D can cause weakness, heart rhythm problems, and confusion. Because the body stores fat-soluble vitamins [A, D, E, and K] and iron, consuming too much can cause levels to build up in organs and tissues, causing liver or kidney damage. "

Jadi sekarang sudah tahu. Makan supplemen pun perlu berhemah dan berwasatiyah ya. Ada kesannya, seperti yang diterangkan di atas.

Sambil uji minda sambil timba ilmu. Salah satu cara menjadikan pembelajaran lebih menarik.




Thursday, February 13, 2014

Pegawai Diet Boleh Bantu Pemakanan Harian

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bila ada peluang bertemu dan bercakap-cakap dengan pegawai diet, seronok juga. Teruja. Walau pun masih muda dan masih dalam tempoh belajar, banyak juga yang dapat dikongsikan. Antara perkara yang menarik dikatakan berdasarkan pengalamannya, antara orang kurus dan orang gemuk, lebih ramai orang kurus yang mempunyai kolesterol tinggi. Eh?. Ya, katanya kerana banyak lemak yang orang kurus tiada tu, tersimpan sebagai kolesterol tak perlu dalam badan. Berlebih-lebih.

Antara nasihatnya, amalkan makan banyak fiber. Bagus memasak sendiri, daripada makan luar. Tapi dikongsikan juga, jika makan luar, tiada pilihan lain melainkan makanan masak lemak, ambil yang protein saja dan tinggalkan kuahnya. Menarikkan?. Saya rasa tip tu berguna.

Antar perkara yang dapat memberi latihan minda kepada saya ialah persoalan saya yang ditinggalkan oleh pegawai diet tadi. Soalan berkenaan mengapa perlu makan buah, sayur dan sumber fiber yang banyak, serta persoalan mengenai penggunaan minyak yang betul untuk 'deep fry'. Setelah lama berfikir, saya teringat iklan di televisyen tentang oat yang menyerap lemak seperti span. Minyak mazola pula minyak jagung. Kandungan lemak tidak tepu yang tinggi, apabila dipanaskan pada suhu yang tinggi untuk 'deep fry' salah satunya menyebabkan minyak cepat tengik,berubah warna dan berbagai perubahan kimia yang menggannggu kesihatan. Jika dapat tunggu jawapan pegawai diet itu, pasti jawapannya lebih menarik.

Jika ada rezeki berjumpa lagi. Jika anda ada peluang untuk duduk di sebelah atau terjumpa atau dikehendaki berjumpa pegawai diet, jangan lepaskan peluang anda. Tanyalah banyak-banyak soalan terutama sekali kongsi makanan harian anda kepada mereka. Mana tahu ia membantu kan?.




Buat pembelian ebook ini dengan menguhubungi penulis blog
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432


Tuesday, February 11, 2014

Mudahnya dengan teknologi-post entri menggunakan emel

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Saya sedang cuba mana yang mudah. Post entri blog menggunakan emel atau menggunakan application dari smartphone.

Bila celik teknologi dan berani mencuba, semua makin mudah. Bungkus perasaan takut dengan teknologi dan letak jauh-jauh. Jangan buang kerana sedikit waspada memang perlu.

Pokok pangkalnya ilmu.


Sent from my iPhone5

--------------------------------------------------------
Ini pula rumusan selepas menggunakan e-mel dan menghantar post entri terus ke blog.

Ia mudah dan cepat. Ada rakan yang berkata, mudah terutamanya jika internet terlalu lembab. Bila ada idea datang menerjah, boleh cepat-cepat tulis dan terus emelkan masuk terus ke blog. Oh, caranya mudah bangat.

Buka paparan setting>set mobile and emel>tuliskan secret word emel blogger anda>ingat emel address ini>save>buka emel anda>tulis emel addres blogger tadi>tulis subject sebagai tajuk entri>kemudian entri anda>send>taraaa... ia akan terus jadi entri blog anda.

Mudah dan cepat.

Kelemahannya pula, saya tak tahu lagi bagaimana caranya untuk masukkan label blog. Jadi, entri blog ini, asalnya tadi tiada label. Saya perlu buka di pc dan masukkan label.

Salah satu cara lain yang saya guna adalah menggunakan aplikasi bloglovin. Aplikasi ini boleh tahan bagusnya. Boleh post entri, masukkan tajuk, gambar dan label. Cuma tak boleh schedule post. Kemudian, jika capaian internet sangat lembab, memang kirim salamlah sajalah jawabnya. Senarai blog juga bercelaru dengan entri.

Kesimpulannya, pilihlah yang sesuai dengan keadaan semasa.

Sekian, perkongsian pengalaman dari Bijak Nutrisi.

Mahu dapatkan E-Book ini?


Boleh hubungi penulis melalui emel, nurzahwanimohdnor@gmail.com

Asingkan Makanan.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Pernahkah anda dengar tentang pencemaran bersilang atau kata antarabangsanya 'cross contamination'. Pencemaran bersilang antara makanan sering kali terjadi terutamanya bila dikaitkan dengan penggunaan papan pemotong di dapur. Pencemaran makanan bersilang kata mudahnya, makanan yang elok, tidak tercemar dan sedia untuk dimakan, tercemar pula dek kesalahan aktiviti kita disekeliling makanan yang elok, dan selamat dimakan.

Daging, ayam dan makanan laut mentah perlu diasingkan daripada bahan makanan siap dimakan seperti roti, butter, marjerin dan buah-buahan. Bahan mentah boleh menyebarkan bakteria ke bahan makanan siap dimakan kerana logiknya, makanan seperti marjerin dan buah-buahan tidak dimasak untuk membunuh bakteria yang tersebar tadi.

Lazimnya, kita menhyahbekukan ikan atau ayam waktu malam hari engan menegeluarkannya dari bahagian beku ke bahagian sejuk. Bagi praktis sebegini, pastikan ikan atau ayam mentah tadi dibungkus elok dan diletakkan berasingan dari bahan makana sedia dimakan. Letakkan dibahagian bawah supaya jika ada kejadian tidak diingini seperti kebocoran bekas, ia tidak meleleh dan menitik ke makanan lain.

Perkara lain yang menjadi penyebab berlaku pencemaran bersilang adalah tangan kita sendiri. Saya terngiang-ngiang video dari you tube mengisahkan pembuat roti canai yang pengotor. Huh. Dari tangan ke tuala ke ketiak ke kaki ke hidung. MasyaAllah. Macam mana nak cerita saya pun tak tahu. Jika anda belum tengok, sila jangan tengok. Pasti tidak lalu makan roti canai seminggu. Saya kira moral dari cerita itu, BASUHLAH TANGAN SELALU dan elakkan pencemaran bersilang di rumah kita sendiri.


Jika tengok rancangan memasak di televisyen, cuba anda perhatikan, berapa kali chef itu membasuh tangan?. Saya sering lihat, pegang telur, pegang daging, pegang daun herba, yang adanya lap tangan di kain yang satu. Wah!. Sendiri mau ingat. Memang, kita manusia cepat lupa. Jadi entri sebegini saya tujukan untuk diri sendiri dan pembaca supaya mengingatkan diri kita. Bukan untuk menuding jari menyalahkan sesiapa. Saya juga sering silap. :)



Monday, February 10, 2014

Tips kenalpasti anak sihat

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Sekarang ini musim demam saya kira. Rata-rata orang bercerita tentang anak demam di muka buku. Kemudian di klinik juga penuh. Saya juga terkena tempiasnya. Oleh kerana Selangor merupakan kawasan mencatat indeks pesakit denggi tertinggi, anak yang demam berpanjangan akan di periksa darahnya. Langkah berjaga-jaga.

Sebut tentang langkah berjaga-jaga, maksudnya, sama juga dengan cegah sebelum parah. Jadi saya kira pasti ada tips untuk tahu, sama ada badan kita mempunyai perisai yang cukup atau tidak untuk halang penyakit. Kita sememangnya mesti menjaga kesihatan yang telah diamanahkan tuhan kepada kita. Tapi apa indikatornya kita sudah menjaga kesihatan kita? Takkan tunggu sakit baru tahu kan?.

Pembacaan saya membawa kepada artikel dari Zuraini Mat Isaa dalam bukunya Anakku Mahu Makan.
Katanya, sebagai ibu bapa kita mempunyai beberapa cara untuk kenal pasti sama ada anak kita mempunyai cukup nutrisi yang dapat melengkapi keperluan fungsi tubuh serta menjadi perisai menghalang penyakit.
Caranya sangat mudah, umumnya melalui pemerhatian. Saya kongsikan sebahagian daripadanya.

Rambut.
Sihat apabila berkilau dan kuat.
Kurang nutrisi bila tidak bermaya, rapuh kering dan mudah gugur.

Mata
Sihat bila berwarna cerah, membran merah jambu dan cepat ubahsuai dengan pencahayaan.
Kurang nutrisi bila berwarna merah, membran tidak bermaya, lambat sesuai dengan kegelapan.

Kulit
Sihat bila lembut, pejal, warna menarik
Kurang nutrisi bila kering, kasar, berbintik, tidak mempunyai lemak dibawah kulit.

Sikap
sihat bila berwaspada, penuh perhatian, ceria
Kurang nutrisi bila lekas marah, lesu, kurang perhatian, hiperaktif.

Lidah
Sihat bila merah, lekak lekuk dan kasar.
Kurang nutrisi bila bengkak, lembut, keunguan, bengkak.

Itu adalah sedikit yang saya rasa mudah untuk ibu bapa pantau. Bila duduk-duduk bersama anak, mudah saja untuk kita periksa. Untuk saya, memang nampak tanda-tanda anak saya kurang nutrisi untuk kulit dan rambutnya. Selepas ini tindakan saya adalah mencari langkah untuk cukupkan nutrisi yang sesuai.




Sunday, February 9, 2014

Ulasan Pejar Kelas Urus Akaun- Azlina Abdul Aziz

Kelas Urus Akaun yang di buka oleh Akademi Bekerja di Rumah yang merupakan hasil kajian di muka buku. Rata-rata WAHM yang mulakan bisnes mempunyai masalah tidak tahu urus akaun bisnes. 

Ternyata, usaha pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, membuahkan hasil. Ini adalah salah satu testimoni pelajar yang telah selesai kelas akaun secara online.
 
Sumber: http://aishah-hussein.blogspot.com/2014/01/ulasan-kelas-asas-akaun.html

Ulasan salah seorang peserta kelas akaun, Azlina Abd Aziz

         Sesungguhnya kelas akaun secara online ini sangat memudahkan pelajar suri rumah seperti kami di mana tidak perlu untuk keluar rumah dan itulah objektifnya.  Di samping itu juga, dapat menjaga anak di rumah, seperti peribahasa sambil menyelam sambil minum air. Walaupun dalam masa yang singkat, banyak ilmu akaun asas dapat dipelajari dan diketahui. Walaupun saya mempunyai sedikit pengalaman semasa bekerja dalam mengurus akaun syarikat lama, saya dapat menggilap lagi asas yang saya ada. Setelah mempelajari ilmu akaun asas ini, saya dapat memahami bahawa ia sangat penting bagi setiap individu untuk belajar mengenai akaun dalam menjalankan perniagaan secara online ataupun offline. Faktor paling penting yang saya anggap berat adalah duit persendirian tidak boleh dicampur-adukkan dengan duit perniagaan kerana terdapat pelbagai kelemahan dan masalah akan timbul sekiranya akaun di uruskan seperti ini.
         

Sesungguhnya pembelajaran asas kelas akaun ini amat bagus dan bermanfaat serta menjimatkan masa. Akan tetapi jika kita hendak mendapatkan ilmu akaun ini secara terperinci, hendaklah kita menghadiri kelas secara offline seperti dicadangkan oleh trainer, Puan Khadijah.

Anda berminat untuk sertai kami?
Hubungi saya,
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432
( https://www.facebook.com/messages/zahwanimn )

Saturday, February 8, 2014

Ulasan Pelajar Kelas Urus Akaun

Ulasan Kelas Akaun dari peserta Nazirah Bugal
Bertemu kembali di laman nazirahbugal.blogspot.com. Hari ini saya hendak berkongsi pengalaman yang saya rasa amat-amat berharga.


    Sebenarnya setiap perkara baru yang berlaku kepada kita, itulah di panggil pengalaman. Lima hari lepas saya telah menjalani kelas asas akaun secara online selama 3jam. Ini kali pertama saya belajar online. Mula-mula tu memang ada sedikit rasa gementar. Mungkin tidak pada yang telah biasa melaluinya.  Malkumlah kelas itu dijalankan secara berkumpulan seramai 3 orang termasuk saya.  Hai, macam manalah  orangnya yang menjadi rakan sekelas saya nanti. Maklumlah di dalam urusan akaun, saya agak tidak berminat.


     Tetapi Alhamdulillah. 2 lagi rakan sekelas saya ini memang sporting dan bersemangat . Serta merta hilang rasa gementar, bertukar menjadi bersemangat seperti mereka. Di tambah dengan guru online kami Puan Khadijah Abdullah adalah orang yang sangat memahami situasi kami dalam menguruskan akaun. Setiap soalan kami di jawap dengan penuh penerangan, sehingga kami benar- benar faham. Dan yang paling menyeronokkan, kelas ini di jalankan secara online. Mengikut masa yang bersesuaian dengan diri kita. Fleksibel. Kan mudah.


     Kepada usahawan-usahawan online atau offline sebenarnya kita memang perlu ada akaun untuk perniagaan kita . Tidak kira sama ada bisnes kecil atau besar . Bila ada akaun, baru kita nampak ke mana perginya duit kita. Setiap sen perlu di catat. Dan satu lagi, yang penting jangan sesekali mencampur adukkan akaun bisnes dan akaun peribadi. Barulah perniagaan kita boleh berkembang.


Sumber: http://nazirahbugal.blogspot.com/2014/01/kelas-akaun-online.html


Anda berminat untuk sertai KELAS URUS AKAUN BISNES KECIL/WAHM./SOHO?
 Hubungi saya:
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432
( https://www.facebook.com/messages/zahwanimn )

Thursday, February 6, 2014

Sila makan apa yang saya hidang, bukan apa yang saya makan.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Apa yang bermain dalam fikiran anda apabila membaca tajuk di atas?.

"Sila makan apa yang saya hidang, bukan apa yang saya makan."

Sila jawab dalam hati, atau jika mahu berikan komen di kotak komen, anda dialu-alukan. Apa yang saya bincangkan ini, sama tak dengan jawapan anda?.

Ok. Bagi suri rumah seperti saya, bila saya kata seperti itu, walau pun bukan dalam bahasa baku ayat standard seperti di atas, sebenarnya apa yang saya mahu cakapkan kepada anak-anak saya. Sememangnya sebagai seorang mama, saya perlu beri makanan yang mempunyai khasiat dan nutrisi yang terbaik untuk anak saya. Tapi kan, kadang-kadang, memang saya teringin betul nak makan makanan segera seperti Maggi. Anda pernah tak rasa begitu?

Tapi takkan pula, waktu anak saya makan tengah hari, makan nasi berlaukkan ikan dan sayur, tiba-tiba, saya pula makan mee segera?. Ha, tak ke haru saya nak menjawab. Sudahlah anak sekarang ayatnya mesti mula dengan kenapa?. Kan?.

Semasa borak dengan rakan-rakan suri rumah profesional, pernah juga kami bincangkan perkara ini. Masing-masing gelak nakal. Dan rata-rata jawapannya, bila teringin perkara merapu terutamanya makan mee segera, mesti makan waktu malam bila anak dah tidur, makan waktu anak buat aktiviti luar dan ada juga yang makan sorok-sorok dalam bilik!. Gelak besar semua orang.

Anda ada pengalaman macam ini?. Cubalah kongsikan. Pastikan anak anda tidak ada di belakang masa bagi komen ya.

Realitinya, memang makan mee segera atau makan makanan tidak berkhasiat tidak sesuai. Terutama sekali bila kita sedang mengajar anak. Mana makanan berkhasiat dan mana yang boleh makan sekali sekali dan mana yang tidak elok untuk dimakan. Orang 'jawa' kata, "walk the talk".

Sama juga jika anda sedang berdiet, tapi anda perlu masak dan makan semeja dengan orang yang mempunyai diet normal tidak ketat untuk kurang berat badan. Yang nilai kalori nya 2000 berbanding anda yang nilai kalori 1200. Ha, sakit juga anda rasa mahu kawal makan bukan?

Kesimpulannya, pakar pemakanan kanak-kanak mencadangkan, janganlah jadi tukang masak restoran dan masak makanan yang anak-anak mahukan, atau apa yang anda suka atau apa yang suami anda suka. Perancangan masakan adalah kata kuncinya.

Masak makanan yang tidak membosankan, ceria dan menarik. Jika sedap bangat sehingga menjilat jari, itu bonus. Kadang-kadang kita saja yang rasa sedap, anak kata tidak. Kadang-kadang, kita rasa biasa, anak pula yang kata sedap sangat!. Kan best tu. Semangat kita nak masak lagi kan?.

Wednesday, February 5, 2014

Kekangan Masa Bukan Alasan Untuk Belajar Blog

Sumber Teks: http://nadraamat.blogspot.com/2013/12/ulasan-saya-sudah-tamat-kelas.html 

Ulasan : Saya sudah tamat kelas

Teks : Nadra Amat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah baru hari ini saya berpeluang membuat ulasan tentang belajar asas blog dan penulisan, tidak disangka akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan dalam kelas asas blog dan penulisan. Walaupun agak lambat tetapi saya rasa seronok dapat menghasilkan blog sendiri. Dari segi penulisan, kini saya lebih yakin membuat entri kerana sudah tahu cara penulisan yang baik. Dengan masa kelas yang fleksibel memudahkan saya mengikuti kelas ini. Saya akui agak sukar membahagikan masa antara  kerja rumah, kerja di pejabat dan menulis blog serta membuat iklan untuk perniagaan sampingan saya. Sehingga ke hari ini pun saya masih belum dapat menulis setiap hari. Tetapi pengetahuan dalam kelas ini sangat bermanfaat. Saya tidak lagi tetkial-kial menulis. Sebelum ini setiap kali ingin menulis, saya pasti buntu dan akhirnya saya jadi hilang motivasi. Masih banyak lagi yang perlu saya belajar terutamanya pengurusan masa. Moga saya dapat istiqamah untuk terus menulis.

Walaupun sudah habis belajar, tetapi saya masih boleh berhubung dengan guru dan yang paling penting dapat menyertai rakan-rakan yang sudah lama menyertai kelas ini. Membaca sahaja perkongsian mereka pun sudah memberi semangat untuk terus belajar menulis. Ramai rakan-rakan dalam kelas ini yang sudah mempunyai hasil penulisan yang telah memberi pendapatan kepada mereka. Moga saya pun suatu hari nanti dapat mengikuti jejak langkah mereka.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Bagi anda yang ada minat untuk menulis tetapi tidak tahu caranya, anda sertaikan kelas ini. Insyaallah sangat berbaloi. Kekangan masa dan lokasi bukan lagi alasan untuk kita tidak belajar.


--------------------------------------------------------------

Pendaftaran kelas asas blog dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes

3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho
Hubungi penulis (guru online kelas asas blog),
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432

Tuesday, February 4, 2014

Penterjemah : Satu Cabang Jana Pendapatan Dari Rumah

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Hari ini saya cuma mahu berkongsi berkenaan kerjaya sebagai penterjemah. Alhamdulillah, usaha untuk mendapatkan sijil pertama sebagai penterjemah telah berhasil. Pihak Institut Terjemahan Negara sudah pun memberikan draf keputusan peperiksaan penterjemahan tahun lepas. Ya, peperiksaannya tahun lepas, sekarang baru keluar keputusan. Sesuai dengan tempoh peperiksaannya, 1 hari selama 6 jam terus menerus hingga rasa mahu patah pinggang duduk menulis.

Walau asal terlibat dengan kursus ini secara tidak sengaja dan tidak tahu hala, saya bersyukur juga dapat tambah ilmu baru dan dapat kongsi kepada anda.

Baguskah menjadi penterjemah?.
Ikut pada minat masing-masing. Jika tidak minat, memang tidak jadi.

Susahkah jadi penterjemah hingga perlu ikuti kursus?. Rasanya cukup tahu dua bahasa minima, sudah boleh terjemah.
Ya, benar dan salah. Memang perlu pada keperluan pengetahuan bahasa. Tapi, seni menterjemah teks yang berbeza memang perlukan ilmu dari kelas, bukan sekadar pengalaman sahaja. Cara urus teks juga dipelajari dari kursus.

Boleh buat dari rumah?
Cikgu yang mengajar kelas penterjemahan saya, yang membuat kerja penterjemahan sepenuh masa, sememangnya bekerja dari rumah. Selain mengajar dan menyampaikan ilmu penterjemahan. Dari 5 orang cikgu, 3 daripada mereka memang bekerja dari rumah.

Boleh buat duit ke jadi penterjemah?.
Setakat ini, saya belum lagi pernah buat duit dari sumber penterjemahan. InsyaAllah bila dah berjaya nanti saya kongsikan lagi. Dari pengalaman cikgu-cikgu yang mengajar, proses paling susah adalah untuk mendapatkan kepercayaan klien. Apabila telah masuk kaki dalam dunia penterjemahan, sudah mula dapat klien tetap, katanya, saya pun terpaksa tolak projek sehingga ada pula klien yang merajuk.

Pengalaman seorang cikgu penterjamahan mendapat satu projek pengiklanan. Menterjemah 3 perkataan dengan bayaran sebanyak RM3,000. Senyum sahaja cikgu. Iya, bukan 3 ayat panjang. Hanya 3 perkataan. Tapi ini cerita orang yang telah buat kerja penterjemahan sejak menjejak kaki di dunia pekerjaan 40 tahun lepas.

Bagi cikgu yang muda, katanya, cukuplah kerja 10 hari sebulan untuk 5 projek terjemahan pendek dan ringkas, kemudian goyang kaki sehingga habis bulan. Jadi, boleh fikir sendiri boleh buat duit ke tidak dan bagaimana prosesnya. Ia tidak berjaya dalam sekelip mata. Untuk saya, cuba dapatkan projek dahulu kemudian baru saya boleh tahu.

Bagaimana cara menyertai kursus penterjemahan?.
Anda boleh saja buat carian google web Institut Terjemahan Negara. Dari web itu, adalah boleh lihat senarai kursus yang disediakan di ITBN beserta yuran kursusnya. Saya kurang pasti sama ada pihak HRDF masih lagi menyediakan kursus percuma khusus untuk suri rumah bawah program HEARTS. Jika ada, sila lah daftar .

Sekian perkongsian dari saya untuk hari ini. Jika anda rasa cerita ini bermanfaat, anda bolehlah LIKE entri ini atau SHARE kepada kenalan anda.

Anda mahu punyai sebuah blog, tapi tiada asas dan mahu pelajari bina blog anda sendiri sama ada untuk bisnes mahu pun perkongsian pengalaman?.
Anda boleh daftar kelas asas blog bersama saya, Cikgu Online Wani . :)


Hubungi saya
Emel: nurzahwanimohdnor@gmail.com
SMS/WA: 0136200432
FB: Wani Mn.



Monday, February 3, 2014

Pemakanan awal untuk anak 4 bulan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.
Alhamdulillah.

Kembali bersiaran selepas bercuti panjang di kampung yang kurang liputan internet. Kebaikkannya, tiada siapa dapat berinternet dan gunakan masa sebaiknya berbual dan beramah mesra dengan sanak saudara berbanding tunduk muka lihat smart phone dan tablet masing-masing.

Sebelum pulang bercuti, dalam perjalanan pulang ke kampung, sempat saya skroll Fb dan terjumpa satu status rakan yang bertanya pendapat tentang anaknya berumur 4 bulan yang cirit birit selepas diberi makan nestum beras.

Ramai yang berikan pendapat, termasuklah rakan yang beri anaknya makan seawal usia 2 bulan. Saya juga tidak ketinggalan beri nasihat. Iya, memang ada bayi yang boleh diberi makan sebelum usia  6 bulan mengikut keupayaan bayi tersebut, kira kira pada umur 4 bulan setengah, iaitu bila bayi sudah dapat mengawal pergerakan kepala dan beberapa syarat lain. Tapi, bila diberi makan seawal usia 2 bulan kerana takut lapar, saya kira itu sudah silap sepenuhnya. Memang iya, anak tidak menunjukkan reaksi serta-merta dan nampak selamat ketika itu. Fungsi tubuh di dalam badan. Kita tidak dapat terka. Wallahualam. Setakat pembacaan dan perkongsian dengan ibu moden yang banyak membaca, seeloknya pemberian makanan adalah pada 6 bulan ke atas. Pemberian awal makanan juga adalah untuk mencukupkan zat makanan, bukanlah untuk anak lena tidur berpanjangan dan nampak gemuk. Susu masih lagi sumber utama zat. Yang penting harus ingat sistem penghadaman bayi belum cukup matang untuk proses makanan. Kita sayang anak kita kan?. Kesian mereka kelelahan nak proses makanan.

Bagi saya, yang penting adalah tuntut ilmu, membaca membaca bertanya orang yang betul. Ya memang ada doktor yang tak dapat beri jawapan yang sesuai dengan pembacaan. Jumpalah lebih dari seorang doktor. Saya pernah diajar oleh seorang doktor lelaki di bahagian kecemasan hospital untuk buat susu formula, dengan mengujinya susu di tangan. Katanya susu harus rasa lebih panas di tangan. Masa itu, hati saya rasa nak meletup untuk buktikan apa yang dikatakannya salah. Namun akal membataskan hasrat saya. Anak saya demam panas, dan saya perlukan ubat segera untuk redakan panas. Tak perlu layan doktor yang merapu di tengah malam. Wajarnya salah, kerana suhu susu formula perlu sama dengan suhu badan, Suhu yang sesuai untuk bayi minum. Bukan panas seperti suhu air teh untuk minum petang.

Begitu juga dengan nasihat untuk beri bayi makan awal. Tanyalah mereka yang pakar. Jangan rasa rugi untuk bayar kepada pakar kanak-kanak untuk tanya soalan penting yang anda sememang-memangnya tidak dapat menjawab. Ia lebih puas hati berbanding tanya soalan di fb saja. Nasihat dari rakan mungkin sebagai pendapat awal untuk kita halakan pembacaan lanjut kita ke mana.

Wallahualam. Hanya secebis pendapat saya.

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts