Friday, March 7, 2014

Keluar gas atau kentut- apa yang kadang-kadang kita tak tahu.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Di pagi Jumaat ini, jom kita ceria-ceriakan diri sebelum mula berhujung minggu esok. Oh, ada yang sudah mula bercuti hari ini. Tak mengapa, sudah bercuti lagi seronok membaca. Cerita pula pada anak-anak dan suami. Tajuk nampak lucu, tapi masih berkisar tentang kesihatan.

Masa saya kecil dulu, selalu dengar lawak macam ini. Jangan kentut dalam kereta tertutup dan merokok sekali gus dalam kereta. Gas kentut + api = kebabom!. Betul ke ya?. Cuba lah kalau mahu tahu.


Komposisi kentut
Kentut mengandungi pelbagai komposisi gas antaranya karbon dioksida, nitrogen, oksigen, metana dan hidrogen. Di sini yang boleh jadi lawak kebabom tadi. Sebab ada kandungan gas-gas. Tambah pula ada bauan kurang menyenangkan iaitu kehadiran sulfur dioksida.

Kentut dan makanan
Apa sahaja makanan atau minuman yang menyebabkan kita menelan banyak udara, boleh membuatkan kita bertambah bergas. Contohnya adalah chewing gum, minum dengan terlalu laju, merokok dan sebagainya. Seharunsya yang masuk perlu dikeluarkan. Berdasarkan kajian, makanan yang menggalakkan penghasilan kentut adalah makanan dari sumber karbohidrat dan kekacang. Makanan penyumbang bau kentut yang busuk pula antaranya adalah telur dan daging.

Kentut yang busuk bukanlah indikator seseorang itu berpenyakit. Selalunya ia akan hilang. Tapi jika ada masalah rengsa perut yang kerap, kemungkinan ada masalah berkaitan usus dan seeloknya bertanya kepada yang pakar.

Berapa kerap kita kentut sehari?
Secara purata kita kentut antara 13 hingga 21 kali sehari. Jika kita terlalu banyak kentut sehari, mungkin ada kesilapan teknikal pengambilan makanan. Jika tidak diikuti dengan rasa sakit perut berpanjangan, eloklah berjumpa doktor.

Semakin usia beransur senja, kadar kekerapan dan isipadu kentut atau gas yang dikeluarkan semakin bertambah. Ini merupakan kesan daripada ketidaklancaran sistem pencernaan dan ditambah pula dengan makanan yang membantu meredakan sembelit seperti bran.

Moralnya, jangan pula senyum sumbing pada Atok-atok dan Nenek-nenek yang melepas angin di sana-sini. Ada sebabnya tau.

Cukuplah cerita pasal angin di sini. Yang penting, mesej yang ingin disampaikan, usah tahan angin anda yang hendak keluar. Jika ada orang sewaktu hendak melepaskan angin, berdirilah menghadap tingkap yang terbuka luas dengan lagak comel. Jangan risau baunya akan terbang perlahan-lahan. Tahan kentut tidak baik untuk kesihatan!.

Oh, jika anda inginkan penapis bau, mungkin boleh cuba pakaian dalam yang mempunyai lining daripada karbon. Betul, saya tidak tipu. Ia logik bukan?.

Sumber: WebMD

Salam bijak nutrisi.

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Thursday, March 6, 2014

Bina blog tersangkut-sangkut?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Adakah anda dalam kategori di atas? Mahu ada blog, ingin sangat bina blog, rasa nak masuk kelas blog ABDR, tapi masalahnya dalam hati ada rasa tak yakin nak belajar online. 
Inilah masanya untuk anda. Satu bengkel di bawa oleh wakil ABDR Khairunnisa Hamzahara yang bukan saja akan mengajar TEKNIK ASAS BLOG, malah lebih lagi.

Seminar yang bertajuk "Branding Yourself Strategies" akan di buat di Melaka, Kuala Lumpur dan Kelantan. Anda pilih lokasi yang sesuai untuk anda.

Sertai bengkel dan seminar "Branding Yourself Strategies". Bukan saja anda akan pulang dengan sebuah blog yang berfungsi, malah anda akan perolehi lebih dari itu. Dengan yuran sebanyak RM350 ini, ia lebih dari berbaloi!.

Untuk menyertai bengkel dan seminar ini, anda boleh hubungi saya dengan cara di bawah:
Emel: nurzahwanimohdnor@gmail.com
SMS/WhatsApp :013620432
FB messages: https://www.facebook.com/messages/zahwanimn




Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.


3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Wednesday, March 5, 2014

Promosi E-Book bermula Mac

PROMOSI!!

Dua E-book ini akan dijual pada harga runtuh, dengan potongan 50%. 
Maksudnya, beli satu, percuma satu lagi. Tawaran ini terhad.
Segera buat tempahan sebelum ia dinaikan harga semula.
Tempah di sini (klik)

Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Ringkasan Bab Asas Blog:
Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

Tempah di sini (klik)

Friday, February 28, 2014

Apa kata pelajar Kelas Asas Urus Akaun ABDR

Alhamdulillah, dapat maklum balas positif dari peniaga online/offline yang telah mengikuti Kelas Urus Akaun Bisnes. 
  • Memang sangat sesuai untuk peniaga yang baru bermula, atau mahu tahu di mana silap selama ini.
  • Memang sangat bagus untuk mencari punca ketirisan wang bisnes.
  • Sedar betapa pentingnya untuk merekod setiap urusniaga walau satu sen pun untuk mengira keuntungan kita nanti
APA YANG BAKAL DIPELAJARI?
Modul 1 & 2:
i. Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
ii. Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
iii. Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
iv. Invois, cash, bil, resit, purchase order

SIAPA YANG MENGAJAR?
Trainer berpangalaman luas & memang dalam bidang akaun.

JADUAL TERKINI & TERDEKAT?
Tarikh: 17 Mac 14, 24 Mac 14 dan 31 Mac 14

Waktu : 9.30pagi - 12.30 tgh 

Ini salah satu petikan ulasan dari pelajar yang mengikuti Kelas Asas Urus Akaun yang diadakan.

Sumber: http://zailamohamad.blogspot.com/2014/02/kenapa-pentingnya-untuk-urus-akaun.html

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis entri ini, tetapi lantaran kekangan masa saya terpaksa lupakan hasrat tersebut. Alhamdulillah, hari ini terasa ingin berkongsikan pengalaman memasuki kelas urus akaun bagi WAHM SOHO yang mahu baru bermula. Walaupun saya sudah bermula sejak 2009 lagi tetapi hanya serius di dalam menguruskan perniagaan online saya hanya selepas saya berhenti kerja iaitu pada tahun 2012. Jadi, memang sepatutnya saya belajar dengan lebih mendalam lagi tentang pengurusan akaun perniagaan yang saya jalankan ini.

Alhamdulillah, sejak mengetahui adanya kelas urus akaun yang ditawarkan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), hati memang teruja untuk menyertainya. Lantaran kelas yang dijalankan juga secara online sahaja sememangnya memudahkan bagi saya kerana tidak perlu keluar dari rumah untuk menghadiri kelas. Saya hanya perlu memilih hari di mana saya perlu berada di hadapan komputer untuk berinteraksi dengan instruktor yang sungguh baik melayan segala pertanyaan dari saya dan kawan-kawan.

Apa yang menarik di dalam kelas ini, kami (satu sesi kelas dihadkan kepada 5 orang) diberi penerangan tentang kepentingan menjaga aliran tunai supaya tidak berlaku kebocoran di mana kita tidak tahu duit hasil jualan kita hilang di mana. Oleh sebab itu, sangat penting untuk mempunyai rekod harian yang mencatatkan aliran masuk dan keluar duit hatta lima sen pun! Lagi satu, duit perniagaan jangan dicampur adukkan pula dengan duit peribadi. Kalau boleh gunakan akaun bank yang berasingan supaya nanti kita boleh menjejak kembali aliran tunai kita. Barulah tidak berlaku insiden "eh, mana pergi duit niaga aku??" (padahal sudah digunakan secara senyap-senyap untuk beli barangan keperluan peribadi kita:P)

Selain itu, kita juga akan diajar mengenai perkara asas untuk menguruskan akaun seperti mengenali invoice, resit, sebut harga (quotation), penyata bank dan juga baucer tunai. Dalam melakukan urusniaga secara online mahupun offline, 5 perkara di atas sangat penting untuk disimpan dan direkodkan bagi mengira keuntungan yang bakal kita jana hasil daripada setiap jualan yang terhasil. Jangan tak tahu, bekerja sendiri juga perlu disenaraikan beberapa kos seperti penggunaan elektrik, internet dan duit minyak untuk penghantaran barangan ke pejabat pos perlu direkod di dalam perbelanjaan bulanan juga. Apabila kita bijak menguruskan kewangan atau akaun perniagaan, setiap bulan bolehlah memberi ganjaran kepada diri sendiri berdasarkan keuntungan yang didapati. Ini juga dikenali sebagai "gaji" hasil daripada perniagaan yang kita usahakan. Jangan lupa juga untuk menyimpan dan lupakan sebagai hasil yang kita akan gunakan di hari tua nanti.

Saya rasa memang berbaloi-baloi untuk mengikuti kelas ini. Instruktor kami juga sangat baik dan meninggalkan kami no telefon beliau untuk dihubungi sekiranya ada sebarang kemusykilan. Jika berminat untuk mendaftarkan diri di dalam kelas urus akaun ini, boleh daftar melalui saya juga. Harga bagi setiap kelas adalah RM150 untuk 3 jam sesi bersama instruktor. Nota akan diberikan sebelum masuk kelas juga


Anda ingin menyertai kelas ini?
Hubungi saya dengan menghantar emel kepada nurzahwanimohdnor@gmail.com atau terus isi borang untuk mendaftar kelas ini http://bit.ly/borangtempah_booksetc. Anda juga boleh pm fb saya https://www.facebook.com/messages/zahwanimn



Thursday, February 27, 2014

Bagaimana susu formula boleh wujud

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Susu ibu, tidak perlu diperkenalkan lagi. Nampaknya trend menyusu bayi dengan susu ibu di Malaysia sudah meningkat berbanding 5-8 tahun yang lepas.  Sebelum itu, saya belum lagi perasan sebab belum dalam mode berkahwin dan berkeluarga. He,he,he.

Sebelumnya, susu formula memang terkenal. Saya pun, minum susu formula juga. Dengan pelbagai kemudahan dan kempen kesedaran, saya kira populariti susu formula untuk bayi bawah 6 bulan sedikit terjejas.

Pernahkan anda terfikir, bagaimana susu formula ini boleh muncul?. Pernah?, atau tidak pernah?.
Tak mungkin tiba-tiba, tadaaa... . Nah, susu formula. Boleh minum. Sebenarnya ada rentetan sejarah dan peristiwanya.

Saya akan kongsikan lagi dalam entri akan datang.

Mahukan pembacaan untuk mula BERPANTANG dan RESEPINYA?. Hubungi saya untuk menempahnya. Harga promosi sekarang adalah RM30. Mahu? Cepat-cepat, kerana promosi akan tamat bulan hadapan.





Wednesday, February 26, 2014

Tahukah Anda? - Kaki sejuk

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

(klik untuk sumber)


Badan normal. Kaki sejuk. Kadang-kadang mahu tidur gesek kaki bagi panas. Bangun tidur hendak pijak simen lantai pun seriau.

Mengapa?

Punca kaki sejuk
Jangan ambil mudah perkara ini. Ia mungkin petanda sesuatu. Berdasarkan pembacaan yang disimpulkan dari web WebMd, kaki sejuk boleh membawa maksud masalah peredaran darah. Peredaran darah yang tidak lancar berpunca dari merokok, tekanan darah tinggi, atau pun masalah jantung!.

Hati -hati ya. Kerosakan saraf disebabkan diabetes yang tidak dijaga juga merupakan penyebab kaki sejuk. Ini sudah bahaya. Sudah diabetes, rosak saraf pula. Bahaya bukan?. Anda boleh nilai sendiri.
Antara sebab lain kaki sejuk juga adalah hipotiroid dan anemia.

Jadi, bila anda sering rasakan kaki sejuk. Cuba periksa sejarah perubatan dan kesihatan anda. Anda mungkin inginkan satu pemeriksaan menyeluruh untuk badan yang menjadi amanah anda.

Kesihatan kita adalah satu amanah. Jaga sebaiknya.


Hubungi penulis dengan menulis komen di kotak komen
atau emel nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432

Monday, February 24, 2014

Wanita hamil, kurangkan makan bran.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Dedak.
Bila sebut dedak, rasa buruk pula bunyinya. Bila sebut bran, rasa sedap di telinga. Apa pun ia benda yang sama. Ia merupakan salut luar bijirin seperti padi, oat, gandum dan seumpamanya. Selalu kita lihat biskut wheat bran atau roti pun ada yang jenis bran & wholemeal.

Apa khasiat bran?
Dedak atau bran merupakan satu sumber makanan berfiber. Bran juga mempunyai sejumlah besar protein, vitamin dan mineral serta nilai kalori yang rendah. Ini menjadikan bran pilihan menu sarapan yang sihat atau kadang kala ditabur bersama salad untuk menyeimbangkan unsur lembut dan rangup pada salad.

Bran dapat membantu proses untuk mengurangkan berat badan, melawaskan, merendahkan tekanan darah tinggi, dan keradangan. Ia juga membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan merendahkan kolesterol. Di Malaysia, bran selalunya dicari apabila melibatkan masalah berkaitan kardiovaskular dan bukan pula kerana masalah sembelit.

Mengapa wanita hamil kena kurangkan makan bran?
Bran bukanlah makanan yang menjadi taboo untuk wanita hamil. Ia juga bagus dimakan kerana dapat mengelakkan sembelit. Wanita hamil paling mudah mendapat sembelit, jadi sumber makanan berserat adalah cara terbaik untuk mengurangkannya. 

Namun, pemakanan secara berlebihan tidak digalakkan. Disamping sifatnya yang melawaskan, ia juga berpotensi untuk mengurangkan kadar penyerapan sesetengah vitamin dan mineral ke dalam badan. Umum mengetahui, waktu hamil, badan sangat memerlukan kondisi optimum fungsi badan dan ia diperolehi dari semua nutrisi makanan termasuk vitamin dan mineral. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, lebih elok jika pengambilan serat daripada bran dikurangkan. Alternatifnya, wanita hamil boleh memilih gandum penuh atau bijirin penuh.

===
Kelas Asas Urus Akaun Bisnes Kecil/Wahm/Soho
===

Mahukah anda menyertai kelas yang menjadi permintaan WAHM ini?

Setelah ia dijalankan alhamdulillah, dapat maklum balas positif dari peniaga online/offline yang telah mengikuti Kelas Urus Akaun Bisnes. 
• Memang sangat sesuai untuk peniaga yang baru bermula, atau mahu tahu di mana silap selama ini.
• Memang sangat bagus untuk mencari punca ketirisan wang bisnes.
• Sedar betapa pentingnya untuk merekod setiap urusniaga walau satu sen pun untuk mengira keuntungan kita nanti

APA YANG BAKAL DIPELAJARI?
Modul 1 & 2:
i. Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
ii. Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
iii. Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
iv. Invois, cash, bil, resit, purchase order

SIAPA YANG MENGAJAR?
Trainer berpangalaman luas & memang dalam bidang akaun.

Jika anda berminat, anda boleh hubungi saya untuk mengetahui tarikh kelas terhampir dan 
isikan borang di sini http://bit.ly/borang tempah_booksetc






Friday, February 21, 2014

Asbab bunga.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah.
Nikmat sihat selepas sakit. Selepas seharian terlantar menyertai musim selsema dan demam, rasa syukur bila sudah sihat. Mengimbas perbualan bersama anak lelaki saya kelmarin, waktu petang, waktu mereka bermain dengan anak jiran-jiran yang lain. Tiba-tiba anak lelaki saya masuk membawa kudup bunga raya. Salah satu kegemaran anak bujang saya. Hadiahkan bunga untuk mama.

"Mama, mama suka bunga kan?. Nah, Amir ambil untuk mama."
"Ok Amir. Terima kasih."
"Ok, Mama simpan tau. Nanti tunjuk kat Abah."

Senyum sajalah mama Amir. Ambil bunga dan simpan dalam bakul. Pemberian anak, amanah kita. Jangan buang. Jika nak buang pun, jangan depan anak. Begitu juga dengan mainan dan hasil kerja anak yang lain. Dulu saya tak ambil pusing. Tapi ilmu dikutip hari-hari buat bekal. Antara keuntungan orang rajin membaca. Bukan nak puji diri sendiri, tapi ia galakan untuk rajin membaca.

Berbalik kisah awal tadi. Keesokkan harinya saya tidak sihat. Bunga pun lupa nak ditunjukkan pada Abahnya. Dalam lemah longlai, saya terpandang pula kudup bunga Amir. Allahu Akbar. Dalam sakit ada nikmat. Kembang hati saya. Bercambah-cambah bunga kasih sayang. Kudup semalam sudah kembang di dalam bakul!. Subhanallah. Sayangnya, lupa pula nak ambil gambar. Hari ini, bunga sudah kuncup. hampir layu pun. Kesan kepanasan.

Antara keseronokan mempunyai keluarga. Alhamdulillah. Kadang kita terlupa nikmat yang diberi Allah.

{وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ (10) فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ (11) وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ (12) فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ} [الرحمن: 10 - 13]

Dan Allah Telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya). Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
 [Ar-Rahman: 10-13]


Wednesday, February 19, 2014

Santan untuk bayi anda

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Susu lemak manis,
     Santan kelapa muda,
Adik jangan nangis,
     Emak buat kerja.

Apa sinonimnya pantun ini dengan tajuk di atas?. Ia hanya pembuka bicara. Pantun melayu lama ini menunjukkan keakraban kekeluargaan. Walau pun tanggung jawab itu penting, ia sama pentingnya dengan keberadaaan emak di sisi anak.

Berkait pula dengan pembayang pantun berkenaan, rupanya di luar negara, ada juga ibu yang menjadikan santan sebagai alternatif kepada susu badan. Dan, yang paling menyeronokkan bila membaca langkah demi langkah untuk mendapatkan santan kelapa. Lucu jugalah jika ingin perah santan, kena google di internet. Saya kira di Malaysia, tidak pernah lagi saya mendengar isu ini, termasuklah menggunakan santan sebagai alternatif kepada susu badan walau pun pembayang pantun ini sedemikian.

Mengapa santan kelapa dipilih untuk menggantikan susu badan?.
Santan kelapa tinggi kandungan asid lemak laurik yang menyerupai kandungan susu ibu. Santan kelapa juga tinggi kandungan asid lemak rantai sederhana yang mudah diserap oleh badan. Asid laurik juga meningkatkan imunisasi badan terhadap penyakit. Anda pernah dengar tentang virgin coconut oil?. Ia menjadi sangat mahal kerana kandungan asid lemak rantai sederhana ini. Asid lemak rantai sederhana ini merupakan agen penyerap vitamin larut lemak yang sangat diperlukan iaitu A,D,E,dan K.

Jadi, adakah santan kelapa boleh menggantikan susu badan?. TIDAK!. Ini kerana sistem pencernaan bayi yang belum matang, tidak sesuai untuk mencernakan santan kelapa ini secara keseluruhannya. Santan kelapa juga kurang kandungan kalsium dan semestinya tiada antibodi yang diperlukan untuk bayi yang comel itu.

Isu lain berkaitan santan dan bayi
Isu yang selalu ibu tertanya-tanya, bilakah waktu yang sesuai untuk bayi kecil diperkenalkan dengan santan dan adakah santan ini buruk untuk bayi?.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, santan mempunyai kandungan yang baik. Malah, ada pengkaji yang mengatakan asid lemak tepu yang terkandung dalam santan kelapa ini sangat baik untuk kesihatan dan tidak boleh disamakan dengan asid lemak tepu dari sumber haiwan yang boleh meningkatkan penyakit kardiovaskular.

Walau bagaimanapun, makanan bersantan hanya boleh diberikan kepada bayi yang berumur sembilan bulan ke atas sahaja. Bolehlah campurkan sedikit dalam masakan untuk si comel anda seperti dalam sayuran. Namun kuantitinya tidak perlu banyak. Awasi juga keadaan makanan, kerana makanan mengandungi santan, cepat basi. Santan yang digunakan seeloknya yang diperah sendiri dan bukan dari santan serbuk atau kotak, kerana kandungan aditif makanannya.






Tuesday, February 18, 2014

Wanita dinaikkan pangkat sebagai isteri

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


"Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini 
dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

Seronokkan berkahwin. Tak kira, hadiri kenduri kahwin, membuat kerja kahwin, dan juga bila kita sendiri menjadi pengantinnya. Gambar disimpan menjadi kenangan abadi dikenang hingga anak cucu cicit piut miut. Sudah pasti ia seronok. Walau pun inti pati selepas berkahwin itu pelbagai rencahnya, pahit, masam, manis payau dan pelbagai lagi rasa. 

Perkahwinan sememangnya sesuatu perkara yang suci. Manakan tidak, kata ustazah kuliah Sirah Nabawiyah di Masjid, "wanita hanyalah wanita biasa-biasa, sehingga ia dinaikkan pangkat sebagai isteri". Ya, kawan-kawan, isteri ini rupanya satu pangkat yang mulia. 

Bila menjadi isteri, ia beserta pakej dan elaun-elaun yang wajarnya, duduk di rumah, lahirkan anak, jaga anak hinggakan menyusukan anak juga tidak perlu dan patut diberi upah!. Hebatnya golongan wanita dimuliakan di sisi Islam. 

Mengapa belajar Sirah Nabawiyah ada cerita pasal wanita ya?. Ini semua berkait dengan penurunan ayat al-quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Untuk mengetahuinya, saya perlu menghadiri kuliah ini selanjutnya.

Hakikatnya di Malaysia, wanita sinonimnya dengan kerja rumah. Bagi suri yang bekerja di luar rumah juga tidak terlepas dengan kerja rumah. Semasa zaman saya bekerja di luar rumah dahulu, memang tidak betah kalau sehari tak lakukan kerja rumah. Balik dari kerja, terbang tudung, tak salin baju, beg tangan campak saja di kerusi, terus pung pang pung pang di dapur. Jika mahu makan luar pun, tak lalu juga jika setiap hari. Ia biasa, ia lazim. Hujung minggu ke pasar pula. Alkisahnya, mereka yang pernah berada di Timur Tengah katanya yang memasak, ke pasar semuanya suami yang uruskan. Jika tidak mampu lakukan, diupah pembantu rumah. Seronoknya rasa. Tapi bila disesuaikan di sini, macam pelik saja dan tidak puas hati bila suami memasak di dapur hari-hari. 

Cuba bayangkan, kita ada anak kecil, suami masak makanan untuk anak kecil kita. Bubur, puree buah dan sayur. Stok buah. Kemudian, bersusah payah pula menyejuk bekukan puree buah dan sayur di peti beku. Oh, tidak. Bak kata orang Melaka. Tak sajak!.

Mahu tak mahu, kita orang perempuan yang lazimnya lakukan semua ini. Yang sibuk-sibuk buka google dan cari fasal resepi bayi dan anak kecil, sudah pasti perempuan. Yang memasak dan mengisar bubur sudah tentu wanita juga. 

Jadi, kepada wanita, perempuan, yang sedang bersiap sedia untuk berkahwin, set minda anda awal-awal. Berkahwin bukan sekadar majlis perkahwinan, gilang-gemilang, tapi banyak lagi pakejnya selepas masuk alam perkahwinan. Bersedia untuk menjadi isteri, seterusnya ibu kemudian menjadi chef dan pegawai dietetik yang berjaya. Semua urusan itu akan diserahkan kepada kita, apabila sudah mula belayar ke bahtera perkahwinan. Siap-siap simpan niat dalam hati, semuanya dilakukan demi keredhaan Allah, untuk bantu suami, walau pun bukannya tanggungjawab kita pun.

Namun, janganlah risau. Kita tidak perlul handal hingga menjadi seperti tukang masak restoran atau hotel.  Rumah tip top berkilat bak lobi hotel. Cukuplah sekadar ikut kemampuan kita. Kadang-kala memang kita tak terbuat semua itu. Tambah pula dengan kehadiran anak-anak syurga. Ia boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Jangan lupa maklumkan pada suami, kita hanya membantu. Kurang sana-sini, tidak perlu komplen sangat. Jika suami sama-sama lakukan tugasnya, ia akan jadi lebih sempurna.

Saya hanya sekadar berkongsi ilmu yang diterima. Apa yang baik, harap bermanfaat, yang dirasakan tidak sesuai jadikanlah sempadan.

Wallahualam.

--------------------------------------------------

Blog merupakan salah satu medan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Tidak kurang juga menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Jika anda berminat untuk mempunyai blog anda sendiri sama ada untuk tujuan bisnes atau perkongsian pengalaman, jom sertai saya dalam KELAS ASAS BLOG. Anda boleh hubungi saya di talian 0316200432 atau emel nurzahwanimohdnor@gmail.com.


Monday, February 17, 2014

Pesanan penting kepada yang bergelar Anak

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Bersediakan kita?.
Saya menonton video ini hasil dari perkongsian kakak saya. Tiga kali saya tonton video ini, saya menangis. Saya kira ini merupakan pesanan yang perlu saya sampaikan juga pada rakan-rakan lain.

Persoalannya bersediakah saya untuk ini?. Jawapannya jika tidak bersedia, saya perlu lengkapkan diri. Bukan sahaja diri sendiri untuk menerima ilmu, tetapi juga bersedia untuk memberikan ilmu kepada anak saya pula.

Wallahualam, semoga anda juga menerima manfaatnya. Amin.


Video dari www.pesan4all.com


Friday, February 14, 2014

Uji Pengetahuan Anda tentang Vitamin

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Sejauh mana anda rasa anda tahu tentang vitamin?.

Ini ada satu laman web yang memberikan kuiz kepada pengunjungnya tentang pengetahuan kita tentang vitamin. Anda mungkin rasa ia mudah, tapi, cubalah.
Anda beberapa perkara yang menarik yang anda akan temui. 

Ini linknya.
http://www.webmd.com/diet/rm-quiz-vitamins-benefits?ecd=wnl_lbt_020514&ctr=wnl-lbt-020514_ld-stry&mb=

Cuba, jangan tak cuba kerana ia menarik.
Ini antara isi kandungan ilmu yang diberikan.

"Supplements can be a good way to ensure you’re getting all the nutrients you need, however, many vitamins and minerals can be toxic if you take too much. Excess vitamin A can cause nausea, vomiting, and liver damage, for example. Too much vitamin D can cause weakness, heart rhythm problems, and confusion. Because the body stores fat-soluble vitamins [A, D, E, and K] and iron, consuming too much can cause levels to build up in organs and tissues, causing liver or kidney damage. "

Jadi sekarang sudah tahu. Makan supplemen pun perlu berhemah dan berwasatiyah ya. Ada kesannya, seperti yang diterangkan di atas.

Sambil uji minda sambil timba ilmu. Salah satu cara menjadikan pembelajaran lebih menarik.




Thursday, February 13, 2014

Pegawai Diet Boleh Bantu Pemakanan Harian

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bila ada peluang bertemu dan bercakap-cakap dengan pegawai diet, seronok juga. Teruja. Walau pun masih muda dan masih dalam tempoh belajar, banyak juga yang dapat dikongsikan. Antara perkara yang menarik dikatakan berdasarkan pengalamannya, antara orang kurus dan orang gemuk, lebih ramai orang kurus yang mempunyai kolesterol tinggi. Eh?. Ya, katanya kerana banyak lemak yang orang kurus tiada tu, tersimpan sebagai kolesterol tak perlu dalam badan. Berlebih-lebih.

Antara nasihatnya, amalkan makan banyak fiber. Bagus memasak sendiri, daripada makan luar. Tapi dikongsikan juga, jika makan luar, tiada pilihan lain melainkan makanan masak lemak, ambil yang protein saja dan tinggalkan kuahnya. Menarikkan?. Saya rasa tip tu berguna.

Antar perkara yang dapat memberi latihan minda kepada saya ialah persoalan saya yang ditinggalkan oleh pegawai diet tadi. Soalan berkenaan mengapa perlu makan buah, sayur dan sumber fiber yang banyak, serta persoalan mengenai penggunaan minyak yang betul untuk 'deep fry'. Setelah lama berfikir, saya teringat iklan di televisyen tentang oat yang menyerap lemak seperti span. Minyak mazola pula minyak jagung. Kandungan lemak tidak tepu yang tinggi, apabila dipanaskan pada suhu yang tinggi untuk 'deep fry' salah satunya menyebabkan minyak cepat tengik,berubah warna dan berbagai perubahan kimia yang menggannggu kesihatan. Jika dapat tunggu jawapan pegawai diet itu, pasti jawapannya lebih menarik.

Jika ada rezeki berjumpa lagi. Jika anda ada peluang untuk duduk di sebelah atau terjumpa atau dikehendaki berjumpa pegawai diet, jangan lepaskan peluang anda. Tanyalah banyak-banyak soalan terutama sekali kongsi makanan harian anda kepada mereka. Mana tahu ia membantu kan?.




Buat pembelian ebook ini dengan menguhubungi penulis blog
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432


Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts