Tuesday, November 26, 2013

Penyelesaian separa selesai masalah netbookku

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Saya cuba untuk mulakan semua perkara dengan nama Allah. Banyak manfaatnya. Bagi saya, salah satu manfaatnya adalah menjadikan saya fokus kepada perkara yang akan berlaku atau akan dilakukan. Contohnya, saya sepatutnya membaca lafaz bismillah sebelum saya mula menekan 'remove infected files'. Dengan itu, saya lebih fokus fail apa yang saya akan asingkan. Ini tidak, sambil borak-borak, sambil tekan-tekan komputer. Sudahnya, sendiri bermasalah.

Alhamdulillah juga, bangun dinihari 'dikejutkan' Allah. Usai solat, teringat masalah dengan netbook yang masih belum selesai. Macam-macam cara dibuat untuk cuba selesaikan. Saya bukanlah bijak pandai dalam urusan teknikal komputer. Alang-alang sudah ada niat mahu format semula, saya godeh sajalah. Alhamdulillah, sekarang saya berjaya menaip entri blog menggunakan netbook. Tidak seperti semalam, menggunakan telefon mudah alih. Saya gemar menggunakan netbook. Mudah dan banyak perkara boleh dilakukan serentak.  Tambah lagi, saya memang perlukan netbook untuk menghadapi peperiksaan terjemahan dan melakukan tugasan yang diberi.

Ok. Saya mahu kongsikan masalah yang telah terjadi dengan netbook saya dan apa yang saya telah lakukan hingga saya dapat menggunakan semula perisian yang telah hilang semalam. Minta maaf, istilah yang saya gunakan mungkin tidak tepat kerana saya bukanlah cerdik pandai bidang komputer. Tapi saya masih mahu berkongsi masalah dan penyelesaian yang tidak seberapa ini.

Asalnya, setelah saya mengasingkan fail yang 'dijangkiti' virus, banyak perisian penting telah hilang termasuklah Microsoft Office dan juga pelayar internet. Jadi, baru sebentar tadi, cari punya cari, saya telah diilhamkan Allah untuk membukan 'start menu'.  Akan keluar taskbar dan program-program yang telah hilang. Maksud hilang di sini, zahirnya ada icon MICROSOFT WINDOW, GOOGLE CHROME. Jika klik, sepatunya akan keluar 'dropdown list' untuk Microsoft Window, Excel dan sebagainya. Tapi dalam kes saya, bila klik, tiada 'dropdown list'. Akan keluar (empty). Kemudian, saya klik kanan dan terdapat satu pilihan untuk 'restore previous version'. Klik dan laksanakan mengikut arahan. Alhamdulillah. Berjaya. Namun, ada sesetengah program tiada pilihan 'restore previous version'. Jadi, netbook saya masih belum pulih sepenunya dan perlu dihantar untuk format semula. Sekurang-kurangnya ia boleh digunakan.

Itu sahaja perkongsian saya. Mohon maaf jika kurang faham atau istilah kurang tepat. Jika mahukan maklumat tambahan boleh tanya saya. Tapi seperti saya katakan tadi, ilmu saya terhad dan sangat sedikit. Saya berkongsi berdasarkan pengalaman. Jika ada pembaca yang mahu bantu saya selesaikan masalah saya ini, kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Tanya Allah->Doa->Usaha->Istiqamah->Tawakal.

Hubungi penulis
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432


No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts