Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Allahuakbar, Subhanallah.
Saya hanya mahu berkongsi pengalaman. Mungkin picisan bagi otai peniaga. Tapi, mana tahu ada yang masih baru bertatih, ini tips untuk anda.
Minggu lepas merupakan minggu tak keruan untuk saya. Minggu cuti sekolah, tapi minggu untuk saya berkursus. Alhamdulillah, saya dapat panggilan untuk menyambung kursus bersama ITBM. Walau belum nampak kesesuaian saya di situ, dek kerana semuanya ditaja, peluang jangan disia-siakan. Semua yang terjadi bukan kebetulan bukan?.
Dari beratus-ratus calon, nama saya di situ. Jalannya sudah disediakan, dari kursus terjemahan, kemudian terus kepada penyuntingan. Jika lulus dalam ujian yang diberikan, insya-Allah akan terus kepada mentoring program untuk belajar cara menterjemah buku. Walau pun bukan dari latar belakang bahasa, ilmu yang dipelajari dalam bidang kimia memang membantu semasa proses menterjemah buku berkaitan sains. Alhamdulillah,alhamdulillah.
Memandangkan jarak tempat berkursus jauh dari rumah, saya ambil keputusan untuk menumpang di rumah makcik. 15 perjalanan sahaja berbanding dari rumah saya. Mungkin sejam dan lebih. Anak-anak pun saya titipkan pada makcik dan pembantu rumahnya. Subhanallah. Semua teratur elok Allah mudahkan. Memang rasa nak leleh air mata sesaja bila difikirkan. "Nikmat yang mana lagi yang ingin didustakan".
Bila jadual tak keruan, promosi perniagaan juga jadi tak keruan. Kejap tenggelam, kejap timbul. Namun, jualan masih ada. Cuma pada awalnya letih memikirkan macam mana mahu buat urusan pos. Cubaan pertama ke pejabat pos berhampiran rumah makcik saya, gagal. Pejabat pos buka jam 8.30 pagi dan tutup jam 5,30 petang. Nampaknya saya perlu cari alternatif lain. Sampul pra-bayar pos laju memang sedia ada. (Tips 1: sentiasa sediakan sampul pra-bayar bila anda sudah ambil keputusan untuk bisnes online, bukan dropship).
Teknologi hujung jari yang ada manfaatkan sepenuhnya. Sudah ada telefon pintar, jangan biarkan tidak berguna. Google pejabat pos berdekatan kawasan kursus. Rupanya dekat sahaja. 4 min perjalanan dari tempat kursus ke pejabat pos. Sempat sangat untuk saya pergi dan balik waktu rehat tengah hari. (Tips 2: jangan gundah bila outstation. Pejabat pos laju atau kurier lain dalam Malaysia ada merata-rata. Gunakan google. Kalau tiada kemudahan internet, mulutkan ado. Tanya saja penduduk setempat).
Ok. Selesai masalah mengepos barang niaga. Kalau anda bisnes dropship lebih mudah. Tak perlu urusan pos. Dapat tempahan, buat tempahan pada supplier. Siap. Urusan perniagaan masih boleh terus berlaku walau di mana anda berada. Mudah bukan?.
Sikit saja tips cikai dari saya. Semoga bermanfaat kepada anda yang mencari maklumat. Jika anda berminat untuk menjadi agen jualan produk TAMAR COCOA, minuman malt coklat bersama kurma, boleh hubungi saya ok. Maklumat untuk hubungi saya ada di bawah ya.
Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Hubungi penulis :
☎ Sms@Whatsapp : 0136200432
❧❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❧
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Ingin belajar buat blog?
|
tahniah dapat kursus di ITBN
ReplyDeleteTq kak mona. Nak jadikan akak sifu bahasa lah
Delete