Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Bismillah.
Catatan persediaan sebelum kelahiran bayi. Saya sudah pun mulakan aktiviti mengemaskini barangan bayi terutamanya baju-baju. Nampaknya baju-baju kakak dan abang masih elok dan boleh dipakai. Yang penting sangat banyak. 4 kotak baju baru lahir hingga umur 12 bulan. Saya fikir nak beli baru pun masalah penyimpanan. Rumah comel kena hadkan barang-barang simpanan. Jadi saya hanya beli 3 pasang baju baru dan selebihnya guna sahaja baju kakak dan abang yang masih elok.
Baju-baju sudah mula dibasuh berperingkat. Almaklum musim hujan kena bijak atur masa. Kemudian aktiviti kemaskini diteruskan dengan membasuh lampin kain moden. Lampin ini hasil terkumpul dari anak saya yang pertama. Bila dilihat semula saya rasa ia penjimatan berbaloi walau pun masa awal membelinya rasa mahal sangat!. Masa itu harga satu lampin kain masih RM30 dan ke atas. Pertama kali membeli, mak saya sudah bebel. Namun, lepas anak ketiga dilihat saya masih lagi menggunakan lampin yang sama, kali ini beliau pula turut seronok dan menyokong. Siap kata pula sekarang sudah ada saiz dewasa. Saya pun baru tahu.
Lampin yang sudah lama tersimpan, perlu 'stripwash' untuk menambah keputihan, menghilang bau dan menampakkan kegebuan. Oleh kerana ada yang mahu saya berkongsi cara saya 'stripwash' lampin kain saya, saya kongsikan di sini. Sebenarnya, ia pun hasil 'google' juga.
Bahan-bahan yang perlu ada (macam resepi pula)
1. Cuka
2. Soda bikarbonat
Cara-cara
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Barangan mainan sambil belajar
untuk si kecil anda.
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

- Masak air panas. Tuangkan dalam besen anggaran boleh rendam semua insert
- Masukkan secawan cuka.
- Masukkan insert dan pastikan ia terendam. Asingkan 'cover' lampin
- Rendam sehingga air suam
- Apabila sudah suam, masukkan cover. Rendam selama 15-20 minit. Sepatutnya cover tidak boleh dicampur dengan cuka. Memandangkan cuka sudah dicairkan dan saya mempunyai lampin AI0, saya campurkan semua sekali. Tapi awas, PUL tidak boleh kena cuka pekat dan air panas untuk menjaga ketahanan PUL cover.
- Perah dan bilas
- Masuk dalam mesin basuh dan basuh sekali dengan fungsi sekali bilasan pun boleh.
- Basuh kali kedua dan masukkan satu sudu besar soda bikarbonat. Rendam 5-8 jam. Ini untuk mesin yang ada fungsi rendaman. Jika tiada, rendamlah di dalam besen.
- Basuh dengan mesin dengan fungsi bilasan maksima. Jika mahu boleh masukkan sabun yang sesuai untuk lampin kain ini. Saya tidak masukkan sabun kerana memadai cuka dan soda bikarbonat untuk hilangkan bau dan warna.
- Sidai bawah terik matahari untuk keputihan mengagumkan.
- Bila sudah kering lipat dan susun cantik-cantik. Sedia untuk digunakan!.
Ok. Jadi begitulah cara saya 'stripwash' lampin kain saya.
* gambar setiap langkah tiada pula. InsyaAllah jika stripwash seterusnya saya update di sini (jika teringat).
Hubungi penulis :
☎ Sms@Whatsapp : 0136200432
❧❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❧
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Ingin belajar buat blog?
|
Barangan mainan sambil belajar
No comments:
Post a Comment