Thursday, August 4, 2016

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Assalamualaikum

Berkurun juga saya buat cubaan untuk menulis di sini. Banyak kali buka dan draft tapi tak berjaya publish.  Jadi azam kali ini biar menjadi.  Harapnya saya berjaya dapat kembali rentak menulis setiap hari.  Catatan harian, perkembangan anak-anak, aktiviti bisnes yang lama terhenti.  

Diam tak diam blog ini dah berusia 3 tahun lebih.  Bermaksud saya sudah berhenti kerja selama 5 tahun. Wah, dari asalnya hanya mahu berehat setahun sementara menanti Amir, anak bujang saya yang kedua besar sikit, kini dah melangkau 5 tahun.  

Lucu juga.  Namanya rezeki.  Alhamdulillah.  Saya rasa, saya suka berada di rumah.  Ya, bukan semua wanita betah duduk di rumah sahaja.  Minat masing-masing.  

Bukannya tak pernah terdetik rasa nak kembali bekerja.  Memang ada.  Tapi bila fikir panjang lagi, eh, rasanya di rumah pun boleh bekerja sekarang ini.  Boleh dapatkan pendapatan.  Jadi boss sendiri.  Mahu dengan tidak sahaja.

Bezanya, kerja dengan orang, memang sudah ada skop kerjanya, hujung bulan dapat gaji.  Kerja sendiri kena urus masa sendiri. Ini merupakan cabaran saya yang terbesar. Kena pandai bahagi masa.  Tergelincir saja, alamatnya tercicir.  Kalau dibiarkan memang terus hanyut.

Sebenarnya itu bercakap dari pengalaman. :)

Bila dah hanyut payah sikit nak kembali ke darat.  Macam mana nak berada dalam track yang betul?

1. Kawan dengan orang yang boleh sama-sama beri motivasi
2. Kawan dengan orang yang positif dan sangat kuat semangat
3. Ingat selalu misi kita apa sebenarnya.


Saya tak pandai nak nasihat sebab diri sendiri masih belum kategori berjaya.  Apa yang ada saya hanya kongsi sahaja.

Anda ada apa-apa pertanyaan? Boleh tanya saya melalui emel atau facebook ya.




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn






Anda mencari barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda? Lawati laman web

www.pitstopmamadanjunior.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts