Tuesday, August 9, 2016

Katalog Produk Shaklee


*Caj pengeposan adalah RM10 (semenanjung) atau RM20 (Sabah/Sarawak)

Item Code
Description
Size
Designated Area (no GST)*
RM
Non-Designated Area (incl. GST)*

RM



RP
RP
DETOX Set
00P265
Detox Set
0
825.00
874.50
GOLD Ambassador
MPEB22
Gold Ambassador-Pak 1 (Eng/BM)
0
1571.50
1665.79
MPEC22
Gold Ambassador-Pak 1 (Eng/Chi)
0
1571.50
1665.79
Healthy Beauty
00P156
Enfuselle Basic System Normal-Oily
0
303.75
321.98
00P157
Enfuselle Basic System Normal-Dry
0
325.00
344.50
00P161
ProSante Hair Care System
0
356.25
377.63
11020
Herbal Blend Multipurpose Cream
4 oz
27.50
29.15
14580
Gentle Action Make-Up Remover
150 ml
95.00
100.70
14581
Gentle Deep Foaming Cleanser
150 g
119.00
126.14
14582
Soothing Radiance Whitening Softener
150 ml
138.00
146.28
14583
Daily Defense Whitening Essence
30 g
231.00
244.86
14584
Ultimate Protection Whitening Lotion
50 g
200.00
212.00
14585
Overnight Renewal Whitening Cream
48 g
225.00
238.50
14586
Spot Whitening Treatment
10 g
150.00
159.00
31642
Nourishing Scalp Treatment
59 ml
93.75
99.38
31643
Lightweight Conditioner
296 ml
66.25
70.23
31644
Replenishing Conditioner
237 ml
67.50
71.55
31690
Revitalizing Shampoo
296 ml
66.25
70.23
31691
Purifying Shampoo
237 ml
62.50
66.25
31697
Long Lasting Finishing Spray
237 ml
58.75
62.28
32504
Purifying Toner
177 ml
78.75
83.48
32505
Hydrating Toner
177 ml
78.75
83.48
32537
Balancing Moisturizer
59 ml
83.75
88.78
32540
Eye Treatment
14 ml
52.50
55.65
32543
Hydrating Cleansing Lotion
177 ml
96.25
102.03
32544
Hydrating Moisturizer
48 g
97.50
103.35
32554
Purifying Cleansing Gel
177 ml
88.75
94.08
Healthy Home
00P200
Get Clean Water Starter Pack with Water Refill 3 Pack
0
460.00
487.60
00P264
Get-Clean Home Care System
0
194.00
205.64
11016
Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate
16 oz
46.00
48.76
11017
Fresh Laundry Concentrate
5.5 lb
80.00
84.80
11018
Dish Wash Concentrate
16 oz
28.00
29.68
11019
Soft Fabric Concentrate
0
40.00
42.40
52114
GCW Pitcher Only
0
225.00
238.50
52116
GCW Filter (3 Pack) Only
0
161.00
170.66
52117
GCW Housing Kit Only
0
103.00
109.18
Healthy Nutrition
00P265
Detox Set
0
825.00
874.50
10104
Sustained Release Vita-C Plus
180
92.50
98.05
10112
Vita E Complex
120
149.00
157.94
10113
CarotoMax
30
74.00
78.44
10126
Peppermint Ginger Plus
90
45.00
47.70
10127
Garlic Complex
60
47.50
50.35
10128
OsteMatrix
120
61.00
64.66
10131
Vita Lea Iron Formula
120
88.75
94.08
10159
Alfalfa Complex (S)
330
53.75
56.98
10162
Alfalfa Complex (L)
700
97.50
103.35
10163
Lecithin
180
52.50
55.65
10164
B-Complex
120
53.75
56.98
10236
OmegaGuard
90
136.00
144.16
10250
NutriFeron
30 x 1.2g
181.25
192.13
10320
Vivix
150ml
475.00
503.50
10330
DTX Complex
90
155.00
164.30
10620
GLA Complex
60
91.25
96.73
10621
Chewable Vita-C Plus 100mg
90
37.50
39.75
11000
Collagen Powder
15 sachets
298.00
315.88
11001
Meal Shakes - French Vanilla
544g
113.75
120.58
11002
Performance Orange
539g
82.50
87.45
11003
ESP Soy Protein Isolate Powder
850g
150.00
159.00
11005
Vita-Lea for Children
60
111.00
117.66
11006
Phytocol-ST
120
197.00
208.82
11007
Herb Lax
120
52.50
55.65
Healthy Weight
11008
Cinch Tea Mix
28 sticks
131.00
138.86
11010
Vanilla - Cinch Shake Mix Canister
15 sv
173.00
183.38
11011
Chocolate - Cinch Shake Mix Canister
15 sv
173.00
183.38
11012
Cafe Latte - Cinch Shake Mix Canister
15 sv
173.00
183.38
No Freight Charge
00P265
Detox Set
0
825.00
874.50
10320
Vivix
150ml
475.00
503.50
WOMEN"S HEALTH Set
00P278
Gorgeous Set
0
422.50
447.85
00P279
Prenatal Set
0
582.00
616.92
00P280
Postnatal Set
0
582.00
616.92
00P281
Amazing Golden Set
0
1002.00
1062.12
00P282
NutriWhite Skin Care System Set
0
1158.00
1227.48
PW0001
PWP - Gorgeous Set with Jute Bag (Dark Red)
0
436.90
463.11
PW0002
PWP - Prenatal Set with Jute Bag (Dark Red)
0
596.40
632.18
PW0003
PWP - Postnatal Set with Jute Bag (Dark Red)
0
596.40
632.18
PW0004
PWP - Amazing Golden Set with Jute Bag (Dark Red)
0
1016.40
1077.38
PW0005
PWP - NutriWhite Skin Care System Set with Jute Bag (Dark
0
1172.40
1242.74
Red)

Ostematrix, bukan sekadar kalsium

Assalamualaikum.

           





Umum mengetahui sumber kalsium adalah susu. Dan keperluan kalsium adalah untuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Tapi tahukah anda selain kalsium, tulang dan gigi yang sihat juga memerlukan nutrisi lain untuk mengekalkan kekuatan dan kesihatannya?
Antara lain adalah
+Vitamin D
+vitamin K.

Shaklee menyediakan produk yang diberi nama Ostematrix. 


Apa bagusnya Ostematrix?

+ menyediakan sumber kalsium, tetapi ada kelebihan tambahan, yang sesuai untuk mengekalkan tulang dan gigi yang sihat serta menjaga fungsi tubuh anda.


  • Gabungan Kalsium Vitamin D dan K akan mengelakkan berlakunya kecurian kalsium (bone loss) 
  • Membantu mengurangkan masalah kekejangan dan kebas-kebas otot
  • Meringankan stress dan menggalakan tidur yang lebih lena
  • Mengurangkan simptom PMS seperti kembung, sakit pinggang dan kejang
  • Pengalkalian tubuh
  • Dan yang paling saya suka adalah mengurangkan rasa letih, dan melawaskan. Kesan terasa apabila bangun tidur!.

Ostematrix Shaklee membekalkan...



 1,000 mg (100% DV) unsur calcium dari bahan semulajadi dan mudah diserap

 400 mg (100% DV) magnesium untuk meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya

 400 IU (100% DV) of vitamin D untuk menggalakkan penyerapan kalcium


Ada lagi... 
Ostematrix Shaklee diperbuat daripada bahan mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Selain unsur di atas, Ostematrix juga mengandungi Vitamin K, boron, kuprum, dan fosforus.

Kerana itulah Osteomatrix Shaklee bukan sekadar kalsium. Formulasinya bukan sahaja untuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, mengelakkan osteoprosis, tetapi telah

memanfaatkan kehadiran kalsium bergabung dengan nutrisi lain untuk membaiki fungsi tubuh. 


Bagi yang sukar minum susu, terutamanya mereka yang mengandung, sedang menyusu bayi, selalu lesu apabila bangun tidur, sakit belakang, saya sangat mengesyorkan Ostematrix ini. 


Pengalaman saya.

Saya sendiri alami perbezaannya bila tidak mengambil ostematrix.  Makan 4 biji ostematrix sebelum tidur, walla..! Bangun tidur saya lebih segar.  Saya juga mudah bangun tidur sebab tak rasa lesu.

Saya memang sukar buang air besar. Kadang kala seminggu sekali dua sahaja.  Itu biasa bagi saya.  Tahu tak sebenarnya ia tak bagus sebab TOKSIN berkumpul dalam badan. Sob sob.  Yang bagusnya, lepas guna ostematrix, saya berjaya membuang setiap hari. (SMile).


Ada lagi...

Satu hari saya dan mak ayah baru pulang dari Kedah.  Bercuti jalan sakan.  Saya tahu ayah saya mesti sakit belakang.  Nampak gaya dah tahu.  Jadi malam tu saya syorkan ayah saya makan ostematrix 4 biji.  

Nak tahu?

Esok ayah saya terus minta saya belikan sebotol.  Ha, nampak tak?
Biarkan produk itu berkata sendiri.

Tapi kenalah ingat, Ostematrix adalah supplemen. Bukan ubat. Ia diambil untuk mengisi ruang nutrisi yang rompong.

Anda suka dengan ostematrix? Jom Order.

Maklumatlanjut/info 
Hubungisaya;
SMS|WeChat|Whatsapp : 0136200432 (Wani).
E-mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com




Kami galakkan anda memberi maklumbalas dan berinteraksi untuk mendapatkan maklumat dari kami.

Bersama kita menjadi lebih sihat!.

Untuk melihat senarai produk dan harga klik KATALOG

Read disclaimer

Buat tempahan anda. Order  . 
Kami galakkan anda memberi maklumbalas dan berinteraksi untuk mendapatkan maklumat dari kami.

Nukilan
Nurzahwani Mohd Nor
Shaklee Independent Distributor
ID 953514

Sunday, August 7, 2016

Tips ambil gambar studio dengan anak kecil

Assalamualaikum.

Seumur perkahwinan saya yang telah menjangkau 10 tahun (alhamdulillah), baru 2 kali kami ambil gambar di studio.

Kali pertama masa anak pertama baru berumur lebih kurang 4-5 bulan.  Seingat saya waktu bulan Syawal.  Kali kedua, tahun ini.  Sudah beranak tiga.

Kedua-dua kali memang ada adegan yang tak boleh dilupakan. Aduhai.  Dari pengalaman yang sedikit, saya kongsikan dengan anda.  Kami tidak menggunakan perkhidmatan jurugambar yang memang khas untuk ambil gambar anak-anak macam yang selalu saya jumpa di facebook.

Sebenarnya pernah juga bertanya caj untuk ambil gambar baby baru lahir. Dengar cajnya telan liur sajalah.  Bagi yang mampu alhamdulillah...  Tak salah pun kan.

Jadi, pilihan kami, terjah saja mana-mana kedai gambar. Ambil saja gambar di kedai menggunakan background sedia ada. Jangan risau, selalunya ada banyak pilihan.  Bukan macam dulu kala, asyiklah gambar tangga dan rak buku kan?. Lucu.  Kalau zaman dulu kala lagi, gambar latarbelakang tingkap ada pokok kelapa.



Sekarang boleh pilih, jika nak gambar putih saja pun boleh. Mudah nak masuk dalam media dan edit kan?. Pilihan masing-masing.

Asik bebel saja Acik Wani oi. Mana tipsnya?

Ok, jom baca.

1. Jika ada bayi, pastikan bayi anda sudah bersih dari kekotoran. Sama ada di baju, rambut dan paling penting pampersnya baru tukar.  Maksudnya belum buang air besar paling penting.  Sebab proses ambil gambar ni lama.  Kalau nak campur tukar pampers bagai, aduhai. Bikin masalah dengan mood.

Kesnya, masa ambil gambar anak pertama dulu, kami tak sedar pun anak sudah buang air besar.  Sudahlah pakai lampin kain moden tu.  Kesian anakku merah kena ruam.  Sob, sob, sob.

2. Kalau anak sudah boleh faham, kita boleh ceritakan serba sedikit apa sebenarnya yang kita nak buat di kedai gambar.  Ingat, kanak-kanak paling tak suka rutin berubah. Jadi, bila kita cerita sikit banyak, mereka ada idea apa akan berlaku. Tak ada lah episod tanjat boboi.

3. Sebolehnya pastikan mood anak-anak baik. Penting supaya tak ada air mata masuk dalam gambar kan.  Haru lagi siap ada episod meraung nganga mulut besar-besar.

4.  Cuba dapatkan jurugambar yang mesra kanak-kanak.  Kalau rajin sila tanya jiran tetangga, atuk,  nenek sebelah rumah ya.  Google kan hado.

Waktu kami bergambar tu, siap ada seorang jadi pom pom girl, seorang lagi jurugambar.  Dari gula-gula, mainan, macam-macam keluar.  Wah!. Susah rupanya.

5. Ok yang ini paling penting.  Pastikan kedai atau jurugambar tu, boleh superb dalam bab edit gambar.  Setiap snap gambar sangat berharga.  Jika jurugambar hebat dan rajin mengedit, anda pasti terkejut tengok kepala masing-masing berubah, mulut herot jadi manis.  Memang ohsem lah orang kata.

6.  Akhir sekali bab bayaran.  Ini bergantung pada poket.  Survey juga kiri kanan kedai gambar yang anda jumpa.  Baru puas hati.


Itu sajalah yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman yang sikit ini.  Kalau rasa bermakna, alhamdulillah.  Sedekahkan fatihah untuk saya. :)



Saturday, August 6, 2016

DIY


Assalamualaikum.

Sejak terserempak dengan slot DIY dalam rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah, saya sangat suka menontonnya. Banyak sungguh idea aktiviti yang boleh kita buat dengan anak-anak.

Yang terkini saya melihat bagaimana bunga kanzaki dihasilkan.  Pembuat bunga kanzaki itu katanya baru saja sebulan berjinak-jinak menghasilkan bunga kanzaki. Wah, hebat. Fikir saya.  Baru sebulan sudah boleh masuk TV Al-Hijrah..

Dalam kepala, kalau mudah, mungkin satu hari saya boleh masuk TV juga dengan ketengahkan idea DIY saya. Ha, ha, ha.

MIMPI itu percuma.

Teks oleh Nurzahwani Mohd Nor.

#pitstopmamadanjunior.
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior/

+pengedar produk edukasi main sambil belajar
Whatsapp 01362000432 untuk pertanyaan dan tempahan produk.

Aktiviti hari Sabtu

Assalamualaikum




Menjelang hari Jumaat, anak-anak dah mula lelah.
Kita yang bekerja pun terasa lelah.  Saya yang mengurus rumah pun terasa juga tau. Jadi, menjelang Sabtu, aura dah lain.

Sabtu
-----
+ boleh buat sarapan lambat sikit
+tak payah tergesa-gesa sangat
+rasa lebih relax walau pun kerja hujung minggu lagi banyak sebenarnya (extra laundry- cadar/selimut/alas kaki/towel dapur/tuala/ eh mana-mana yang kadang kala saja buatlah. Walau pun boleh buat hari biasa, aktiviti ni macam meraikan hari minggu agaknya.

Nampak tak penggunaan tanda + tu. Ha. Itu tandanya mood lebih POSITIF di hari SABTU.

Walau pun air tak ada juga macam hari-hari biasa, tapi Acik Wani ni kekal senyum dan relax sebab Acik tak payah kejar masa jam 11 nak jemput anak dan bagi makan gesa-gesa sebelum jam 1.00 nak hantar ke sekolah pula.

Jadi. COOL.

Sempena hari SABTU kali ini, pagi-pagi lagi Amir dah minta nak buka kolam. Ye lah nak buat kolam sebiji kat tepi rumah, takut pula diranduk lotong.  Jadi Acik Wani selesa pakai kolam plastik saja. Dah sudah pakai, air jangan bazir, siramkan pokok keliling rumah, keringkan, lipat dan simpan. Mudah kan?.

Kalau anda nak beli kolam macam ni, macam biasa contact Acik Wani ya. Acik Wani memang penjual barang-barang yang menyeronokkan anak-anak ni. Macam-macam ado.  Lawati page Acik wani  Https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior/?ref=bookmarks.



Berpagi-pagi lah Acik dengan buka kolam, pam, dan isi air. Siap semua Acik masak pula sarapan. Fuh!. Memang seronoklah anak-anak.  Siap panggil sepupu depan rumah. Ha, best kan. Rumah sedara dokek saja.

Siap masak, kami pun berpiknik tepi rumah.  Dengan bunyi burung, ada semak samun hijau-hijau atas bukit rumah. Feeling memang macam berkelah tepi bukit ada sungai lah.

Memang SERONOK!.

Ok. Anda buat apa lagi weekend ni? Ada aktivti menarik lagi?. Jom kongsi.

Oleh: Nurzahwani Mohd Nor.
#pitstopmamadanjunior
#aktivitianak
+pembekal produk main sambil belajar
+Whatsapp 0136200432

Friday, August 5, 2016

Ulasan Ebook Super Wahm Super Mom

Petikan Teks daripada : Puan Durra Jamri 
Guru Online: Masayu Ahmad
Sumber: http://www.studiokenaria.com/2013/10/inspirasi-super-wahm-super-mom.html 

========
Dapatkan buku ini   KLIK 
========




Inspirasi Super Wahm, Super Mom 

Masih tertanya-tanya samada pilihan untuk bekerja dari rumah adalah langkah yang betul? Mungkin ada yang masih berbelah bagi, samada kerana tiada sokongan dari keluarga & rakan-rakan. Atau mungkin juga tiada kenalan yang boleh dijadikan panduan atau contoh. Saya juga mengalami masalah yang lebih kurang sama pada awalnya. Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun ke-5 saya bergelar Work At Home Mom. 

Pada ketika itu, kebanyakan bahan bacaan yang menjadi rujukan saya adalah terbitan dalam bahasa inggeris. Dan satu-satunya buku yang saya menceritakan 101 kisah-kisah inspirasi ibu-ibu yang bekerja dari rumah ialah, Chicken Soup for the Soul: Power Moms. 

 Tapi kini, atas usaha Puan Masayu Ahmad, buku Super Wahm, Super Mom telah diterbitkan pada Mac tahun 2013. Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM.

 Kenapa saya dan rakan-rakan WAHM yang lain cukup positif serta suka untuk mengajak kaum ibu yang bekerjaya, mempertimbangkan pilihan bekerja dari rumah? Saya petik salah satu perenggan kesukaan saya. "Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. 

Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. 

Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat" Masayu Ahmad 24.2.2013 

 Berikut ada bab-bab kandungan dalam buku tersebut. Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. 
Antaranya ialah : "Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian." 

 Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah. "Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana." 

 Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya, Norazizah Ruslan (Business & health advisor) Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network) Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique) Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community) 

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi 
Bab 5: Tips sukses urus masa 
Bab 6: Tips urus tenaga super mama 
Bab 7: Tips urus rumah tangga 
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat 
 Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah.

 Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri. 

Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga & stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian. Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga & perniagaan di rumah. Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis. InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita. 

 Tulisan Masayu adalah santai dan sangat mudah difahami. Kandungannya tidak bersifat teknikal atau analitikal jadi para pembaca tidak akan merasa keliru dengan apa yang dibaca. 

Di penghujung buku, penulisnya turut berkongsi satu kisah teladan antara Rasulullah s.a.w dengan puteri baginda iaitu Fatimah r.a. yang menyentuh tentang kepentingan dan betapa besarnya nilai seorang wanita menguruskan rumahtangga di sisi Allah s.w.t. 

 A mother is a person who seeing there are only four pieces of pie for five people, promptly announces she never did care for pie. ~Tenneva Jordan

Featured label














Thursday, August 4, 2016

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Assalamualaikum

Berkurun juga saya buat cubaan untuk menulis di sini. Banyak kali buka dan draft tapi tak berjaya publish.  Jadi azam kali ini biar menjadi.  Harapnya saya berjaya dapat kembali rentak menulis setiap hari.  Catatan harian, perkembangan anak-anak, aktiviti bisnes yang lama terhenti.  

Diam tak diam blog ini dah berusia 3 tahun lebih.  Bermaksud saya sudah berhenti kerja selama 5 tahun. Wah, dari asalnya hanya mahu berehat setahun sementara menanti Amir, anak bujang saya yang kedua besar sikit, kini dah melangkau 5 tahun.  

Lucu juga.  Namanya rezeki.  Alhamdulillah.  Saya rasa, saya suka berada di rumah.  Ya, bukan semua wanita betah duduk di rumah sahaja.  Minat masing-masing.  

Bukannya tak pernah terdetik rasa nak kembali bekerja.  Memang ada.  Tapi bila fikir panjang lagi, eh, rasanya di rumah pun boleh bekerja sekarang ini.  Boleh dapatkan pendapatan.  Jadi boss sendiri.  Mahu dengan tidak sahaja.

Bezanya, kerja dengan orang, memang sudah ada skop kerjanya, hujung bulan dapat gaji.  Kerja sendiri kena urus masa sendiri. Ini merupakan cabaran saya yang terbesar. Kena pandai bahagi masa.  Tergelincir saja, alamatnya tercicir.  Kalau dibiarkan memang terus hanyut.

Sebenarnya itu bercakap dari pengalaman. :)

Bila dah hanyut payah sikit nak kembali ke darat.  Macam mana nak berada dalam track yang betul?

1. Kawan dengan orang yang boleh sama-sama beri motivasi
2. Kawan dengan orang yang positif dan sangat kuat semangat
3. Ingat selalu misi kita apa sebenarnya.


Saya tak pandai nak nasihat sebab diri sendiri masih belum kategori berjaya.  Apa yang ada saya hanya kongsi sahaja.

Anda ada apa-apa pertanyaan? Boleh tanya saya melalui emel atau facebook ya.




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn






Anda mencari barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda? Lawati laman web

www.pitstopmamadanjunior.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts