Friday, October 23, 2015

Bijirin penuh untuk bayi elok atau tidak? Point nombor dua penting untuk ibu tahu

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Dalam kepala saya waktu ini asyik tertanya-tanya, sebenarnya oat untuk bayi ni elok atau tidak? Rasa macam bosan pula kalau hari-hari berikan bubur nasi pada Aishah.

Bila saya google, banyak juga resepi yang berkisarkan oat.  Yang menariknya siap dengan tips.  Oh, jadi mungkin sebenarnya ok juga oat untuk bayi.

Ya, setelah beberapa bahan bacaan, oat memang boleh diberikan untuk bayi. Ada beberapa perkara penting yang ibu perlu tahu tau untuk makanan yang ala-ala oat ni.

1. JENIS-JENIS OAT

Oat ada banyak pilihan di pasaran.  Ada oat segera, oat kena masak, oat organik, rolled oat, fined oats.  Jadi kata kunci di sini BACA LABEL. Ok. Mana satu yang saya pilih untuk Aishah? Saya pilih "instant rolled oats".  Tapi, sebaiknya pilih oat yang di masak, bukan instant.  Saya pilih instant kerana saya akan gunakan oat semasa saya berlipur. Ewah.

2.  KHASIAT OAT 

Oat mengandungi
*Karbohidrat (70%), 
*kandungan lemak baik yang cukup tinggi
*vitamin lainnya ( B1, B6, E)
*Zat besi
*dan Kalsium

Zat besi amat penting untuk bayi sebab, simpanan zat besi bayi yang wujud sejak lahir sudah berkurang.  Jadi sebab itu bayi perlu mula makan bila capai usia 6 bulan.

3. 'DO'S AND DONT'S' DENGAN OAT

Walau pun oat memang terkenal bagus untuk dewasa, iyalah kan, hingga resepi 'overnight oat' viral di FB. Ok balik semula pointnya.  Oat memang bagus, namun, untuk bayi, terlalu banyak fibre boleh menyebabkan perut bayi terlalu penuh.  

Ingat, Oat itu mengembang.  

Bila dah penuh, bayi kurang nak makan makanan lain menyebabkan mereka akan kurang khasiat dari makanan lain.  

Bayi berumur 8 bulan ke atas sepatutnya sudah makan semua kumpulan makanan dalam seharian.  Protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral. Ok.


Jadi itu sahaja untuk hari ini.  Nanti kita cerita resepi oat pula ya. 

Terima kasih untuk anda. Jumpa lagi.

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Thursday, October 15, 2015

Jus untuk bayi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bayi sangat suci. Termasuk juga deria rasa.  Masa mertua saya mula dapat cucu, dia tak dapat terima bila tengok saya buat bubur tak letak garam.  
"Rasa apa macam tu. Tak sedap lalu".

Sikit-sikit saya tampal bahan bacaan tentang garam dalam makanan bayi.  
Namanya perancangan strategik. He,he, he,  Iya. Bukan mudah orang veteran nak terima.  Tapi janganlah pula awak gaduh dengan mereka. 

Kesian mereka tiada ilmu.  Yang awak ada ilmu jangan eksyen pula.  Biar macam tarik rambut dalam tepung ya.

Ok. Macam biasa, mukadimah lebih-lebih pula kan.

Saya nak cerita tentang jus untuk bayi.  

Ada suatu hari saya tonton rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah (sedih pula sebab TV sudah rosak).  Dalam rancangan itu saya tak dapat pula tangkap siapa yang bercakap dek kerana tengok separuh jalan.  Katanya, paling telok untuk mulakan makanan awal bayi dengan jus.  Semua jus.  Sebelum mula makanan pejal atau biasanya puree kan.

Maksud saya semua jus tu, memang semua jus.  Bukan setakat jus buah oren, epal, lobak, tapi, termasuk juga jus saleri, jus sweet potato, jus bayam, jus brokoli.  Ya.

Katanya ia paling mudah untuk kenalkan bayi dengan rasanya dahulu.  Perlu berikan rasa sayur-sayuran.  Macam biasa dahulukan sayuran dulu kerana tak mahu bayi terkesan dengan rasa manis buah.  Bayi kan suci.

Gadget yang digunakan sangat membantu. Namanya slow juicer.  Aduhai buat hati tertawan.  Mudah sungguh.  Terus terasing hampas dan airnya.  Saya lihat rancangan Dr Muhaya juga menggunakan slow juicer.  Mana nak cari slow juicer?  Boleh contact saya ya.  Cara hubungi saya ada di bawah. :)

Ok.  Intinpatinya, selain pandangan ramai orang untuk mulakan makanan awal bayi dengan makanan pejal bentuk puree, anda boleh juga mulakan dengan jus sayur-sayuran dan buah-buahan.  Mungkin dalam beberapa hari pertama awal usia bayi 6 bulan.  Kemudian harus berpindah ke makanan puree.  

Jus pula boleh diberikan sebagai sumber cecair waktu makan.

Ok. Itu saja. Jumpa lagi.  Semoga bermanfaat.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Wednesday, October 7, 2015

Bayi tercekik mainan kecil

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Cerita fasal makan, bayi yang tengah menaik taraf perkembangan motor skill, memang suka sungguh mengutip benda-benda kecil sewaktu merangkak.  Mengikut kajian, memang bagus bayi merangkak dalam tempoh yang lama kerana waktu ini mereka melatih koordinasi mata tangan dan kaki mereka.

Tak dapat tidak ibu bapa atau penjaga memang perlu biarkan bayi guna semua kebolehan dan panca indera mereka.  Dalam masa yang sama, kita yang dewasa ni pun memang kena cakna.  Kena guna juga semua panca indera untuk awasi bayi ni.  Jangan sampai tertelan mainan atau barang kecil.  Kadang-kadang benda yang kita sendiri pun tak perasan!.

Masa ni risiko bayi tertelan benda bukan makanan sangat tinggi.  Tapi yang bagusnya jangan risau sangat. Betul kah? Saya tetap juga risau. Hahaha...


Berdasarkan pembacaan saya, Dr Sears salah seorang doktor paedatrik berkata, mainan plastik saiz kecil yang ditelan bayi boleh keluar melalui sistem pencernaan mereka. Tempohnya 3-5 hari.  Hanya perlu tengok situasi bayi.  Jika nampak tiada tanda-tanda sistem pencernaan dan pernafasan terganggu seperti susah bernafas, air liuh meleleh berlebihan, menangis tanpa sebab, anda boleh tunggu barang itu keluar.  Jika ada tanda pelik, sila bawa jumpa doktor.

Dr Sears menambah lagi katanya dia pernah melihat safety pin  berjaya keluar melalui kumuhan bayi.  Jadi mahu rasa apa?
Risau ?
Lega?
Apa-apa sajalah...

Oh, tapi, ada tapinya.  Awas jika tertelan benda yang ada bahan kimia bahaya. Contoh bateri bulat yang kecil seperti bateri jam.  Ia bahaya ya.  Bawa jumpa doktor cepat-cepat.

Kenapa cerita tentang ini?
Sebab Aishah tertelan juga. Polisterin. Hmm...

Friday, October 2, 2015

Aishah sudah mula makan. Baca tips apa nak buat bila bayi bosan waktu makan.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Kembali semula setelah hampir 8 bulan!. Seronok sangat mengulit anak. Sesungguhnya menjaga sendiri bayi kecil memang mencabar. Jadi fikir-fikirkan bagaimana pengasuh menjaga bayi anda.  Saya tak sanggup pula nak memikirkannya.  Macam mana jika mereka tak sabar? Apa agaknya mereka lakukan.  Tutup mata dan pegang dada. Takut memikirkannya.  Sebab tu kena doa banyak-banyak.

Aishah Sofiyya sudah pun mula makan makanan pejal.  Perjalanan yang menyeronokkan.  Pertama kali saya urus makanan anak sendiri sepenuh masa. 

 Jika dahulu tak berpeluang untuk lihat sepenuhnya macam mana penerimaan anak terhadap makanan.  Iya, mungkin masanya terhad pada hujung minggu.  Kali ini rezeki Allah diberi peluang lihat sepenuhnya.  Macam mana bayi mula belajar buka mulut, belajar tolak makanan guna lidah, gayakan lidah ke atas, ke belakang, ke bawah, bagaimana bayi mula belajar kunyah.  Yang lucunya bukan kunyah makanan saja, yang bukan makanan pun sama!. Aduhai.  

Dan lagi satu, bagaimana bayi mula belajar gayakan kutip barang gunakan jarinya. Comel sungguh!.  Masa ini memang saya suka membaca tentang perilaku bayi.  Mengapa dan kenapa. Bagaimana atasinya.  Semuanya sangat menarik. Subhanallah!. Rasa hebat sungguh ciptaan Allah.  

Waktu ini, bila bayi sudah mula belajar kutip barang guna jari kecilnya itu, atau dikenali juga sebagai 'pinching' mereka mula bosan nak makan. Ha, memang betul berlaku.  Aishah bagaikan bosan waktu makan.  Jadi nak buat apa?.  

TIPS

Berdasarkan pembacaan saya, bila bayi mula menunjukkan rasa bosan nak makan, atau menolak untuk makan, atau masa makan ambil masa yang sangat lama berbanding sebelumnya. Ini memang normal. Perlu risau atau tak?  Ya perlu  risau.  Apa nak buat?

Penuhi keperluan anak anda.  Masa ini bayi tengah obses dengan skill terbaharunya.  Mereka dah pandai guna jari.  Skill motor mereka dah bertambah maju.  Jadi mereka tak seronok bila waktu main boleh guna jari comel itu untuk kutip-kutip barang, tapi bila makan kena duduk statik buka mulut dan nyam nyam nyam.  

Berikan mereka sesuati untuk mereka kutip dengan jari comel itu dan masukkan dalam mulut.  Pastikan sesuatu itu, lembut, cair di mulut dan boleh dimakan.  Sudah macam iklan coklat pula. Tapi AWAS.  Jangan pula berikan coklat pula.  Contoh yang boleh beri, bubur nasi yang tak berapa hancur atau nasi lenyek atau epal atau lobak yang sudah dimasak. Dan makanan yang sewaktu dengannya.  Cuba lah.  Setakat ini saya berjaya aplikasikan pada Aishah.

Selamat mencuba!




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Thursday, March 12, 2015

Kelahiran ahli baru

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Syukur di fasa awal 2015 ini dengan kelahiran ahli baru dalam keluarga kami tanggal 2 Februari lalu. Saya masih dalam fasa berpantang. Curi-curi masa untuk membiasakan diri dengan jadual baru.  Ya. Walau pun tidak bekerja di pejabat lagi, saya perlu biasakan diri juga mengawal masa untuk membuat kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan. 

Saya kira mengawal masa merupakan cabaran buat saya.  Ini pertama kali saya melahirkan bayi selepas saya berhenti kerja. Jika dahulu, selepas habis pantang, saya serahkan terus pada pengasuh. Pengasuh yang kawal jadual anak saya. Waktu tidur dan makan. Sekarang, saya mendapat peluang untuk mengawal dan menetapkan.  Kerja akan lebih mudah jika jadual dalam kawalan.  Ini yang saya dapat belajar dari Sifu ABDR dan rakan-rakan sekumpulan.  Memang tidak rugi bersama-sama kumpulan ini.  Saya boleh katakan ia kumpulan sokongan sekaligus kumpulan yang membantu memberikan peluang memperoleh pendapatan dari rumah. 

Anda nak join kami?. Boleh hubungi saya di bawah ya. (iklan sekejap)


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

Bercakap tentang ahli baru, anda tertanya-tanya di mana gambarnya? Nantikan ya. Mungkin selepas habis pantang saya akan kongsikan gambar dan ceritanya. Tunggu...

Salam 2015.



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Monday, January 5, 2015

Cerita Hindustan dan resepi susu badam

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Bismillah. Sudah berada di penghujung kehamilan.  Sudah tak sabar nak tunggu melahirkan.  Mohon semua doakan yang baik-baik untuk penulis ya.


Bila mengandung dan selera sudah ok, makanan yang terlintas di depan mata selalu menjadi igauan.  Satu hari saya tertonton cerita hindustan.  Tak ingat tajuknya apa.  Tapi yang menarik minat saya sebab watak ibu dalam cerita itu gemar dan pandai memasak.  Antara yang dipuji tetamunya adalah susu badam.  Lihat watak cerita tu minum susu badam macam tersangat lazat!.

Kebetulan dan hendak dijadikan cerita, saya terpandang resepi susu badam di muka buku. Eh!. Memang rezeki kan?.  Tapi masa hendak membuatnya macam mampu ke tidak.  Apa-apa pun, saya kongsikan dulu resepi di sini.  Mudah saja sebenarnya.  Jika anda terasa juga kelazatan susu badam yang enak berkrim, silalah cuba ya.

Oh, selain sedap ianya berkhasiat juga.  Termasuklah untuk wanita hamil ya.  Ia kaya dengan protein dan vitamin E. 


Bahan-bahan:


  • 1.5 cawan badam, direndam semalaman untuk memudahkan proses blender dan yang penting membebaskan enzim yang membantu penghadaman. 
  • 3.5 cawan air
  • 3 kurma atau 2-3 sudu besar madu
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh vanila jika suka.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan dan blender sehingga hancur.  Tapis ke dalam cawan atau mangkuk. Sejukkan dan sedia diminum. Yummy!.

Selamat mencuba!.




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Monday, December 15, 2014

Sakit kaki pinggul dan pinggang semasa mengandung

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

"Aduh!. Sakitnya pinggul”. Adu Hana yang sedang hamil apabila bangkit dari baringan.

Hana tergolong dalam 20 peratus wanita hamil yang mengalami sakit pinggul dan belakang ketika hamil. Jika anda membaca artikel ini, besar kemungkinan anda juga berada dalam golongan yang sama.

Hamil dan mengalami ketidak selesaan sememangnya sinonim. Kerana itu, terlalu banyak kelebihan dan ganjaran yang diberikan kepada wanita hamil iaitu bakal ibu. Salah satu masalah kehamilan yang disebut-sebut adalah sakit belakang dan pinggul. Adakah ia perkara normal atau sesuatu yang perlu diberi perhatian serius. Sakit pinggul dan belakang mempunyai dua kemungkinan. Ia mungkin juga sakit girdel pelvis (pelvic girdle pain) atau pun saiatika (sciatica).



Sebenarnya ini keratan penulisan saya di web Oh Ibu.  Saya jemput pembaca membaca artikel saya di sana ya.  Dan sudah tentu artikel-artikel lain di sana.  Banyak info dari ibu kepada ibu.

Klik sini--> http://ohibu.com/sakit-pinggul-dan-belakang-semasa-hamil/

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

Saturday, December 13, 2014

Mula bisnes dengan DROPSHIP

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah. Masih bernafas di bumi Allah dan dikurniakan kudrat untuk berkongsi yang baik-baik.  Jika ada kekhilafan mohon dimaafkan.

Hari ini mahu bercerita tentang dropship.  Sudah banyak maklum balas saya terima, kebanyakannya daripada hasil carian google mereka dan sampai di sini (anda pun begitu?, Terima kasih daun keladi). Yang bertanya tentang kelas blog dan mula bisnes selalu risau.

" Saya tak pandai langsung buat blog"
Sebab itu kelas asas blog ini wujud. Khusus untuk anda. Yang sudah mahir berjualan melalui blog dan kaedah online lain, kelas ini tidak sesuai. Melainkan anda memang mencari ilmu.

"Saya tiada produk".
Ini bukan masalah lagi pada zaman sekarang.  Zaman dulu memang selalu dimomokkan, kau nak jual apa?. Apa pun tiada. Kurang-kurang pandai buat kuih, janit baju, buat itu buat ini baru boleh meniaga. Eh, sekarang tak lagi Cik Kak, Cik Abang.  Asas nak mula bisnes, jangan buat barang, niagakan barang. Barang orang lain apa salahnya?. Janji halal dan perniagaan tetap perniagaan.  Nabi Muhammad (selawat ke atas beliau), pun menjalankan trading. Ambil barang orang lain dan niagakan. Betul kan?

"Saya tiada modal banyak".
Ini lagi satu.  Berapa banyak adalah banyak?.  Kalau boleh beli data untuk guna internet, itu sudah kira modal.  Mahu mula berniaga, gunakan modal paling minima. Belum tentu perniagaan pertama ini akan kekal sehingga anak cucu.  Buat apa mahu labur beribu-riban untuk perniagaan cuba-cubaan. Guna modal di tangan.

Sekarang saya mahu cerita tawaran.

Kami di ABDR sedang tawarkan permulaan bisnes untuk anda. Secara dropship.  Mulakan berjual pakej produk kami iaitu E-Iqra dengan harga RM250.  Syaratnya jual sebanyak 4 unit E-Iqra selama sebulan dan komisyen akan diberikan.  Dengan komisyen terkumpul anda layak menyertai jemaah kami di ABDR. Anda berpeluang belajar asas blog dan membina blog kedai anda sendiri.  Syaratnya berjual, simpan komisyen dan serahkan untuk belajar blog kedai.

Mudah bukan?.

Apa modalnya?
Internet. Eh, jika tiada internet, promosi mulut ke mulut pun boleh saja.

Ok. Cukup penerangan di situ. Jika tak cukup hubungi saya seperti di bawah. Rebut peluang keemasan ini untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. InsyaAllah. Allahumma Amin.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Thursday, December 11, 2014

Kenapa anak tak mahu makan?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Sebelum ini saya ada bicarakan berkenaan makanan anak nutrisi kosong (disini). Ruginya anak-anak yang sedang proses membesar makan jajan yang kalori kosong.  Saya faham perasaan ibu bila lihat anak tak mahu makan.  Alternatif berikan jajan asal anak kenyang sebenarnya menyenangkan hati, betul tak?.  Namun akibat jangka masa panjang perlu difikirkan juga.  


Macam mana nak selesaikan masalah anak tak mahu makan?.

Saya catat hasil pembacaan saya di sini sebagai panduan saya dan ibu-ibu di luar yang juga memerlukan perkara yang sama.

Berdasarkan pembacaan, kebanyakannya mengatakan masalah anak tak mahu makan adalah berpunca daripada tabiat pemakanan seawal anak diperkenalkan dengan makanan lagi.  Apabila anak berumur 6 bulan, ibu mula sediakan makanan.  Biasanya mula dengan bubur kosong.  Kemudian cuba jaya dengan penambahan sayur, biasanya lobak (sayalah tu), kemudian diikuti dengan protein contohnya ikan bilis.  

Masa saya sediakan makanan anak ini, saya tiada pengetahuan tentang hasilkan puree buah-buahan dan sayur-sayuran.  Di sinilah rasanya kesilapan saya seawal pengenalan makanan untuk anak.  Namun rasanya mujur juga bila anak sudah mula boleh mengunyah, saya berikan pelbagai sayur, brokoli, bayam, sawi dan lain-lain sebab saya memang pemakan sayur.  Jadi, kurang sikit masalah tak mahu makan sayur untuk anak. 

Jadi, pengenalan pelbagai jenis makanan yang bukan jajan memang penting.  Sogokkan anak dengan pelbagai jenis makanan dan masakan dari awal. Pelbagaikan warnanya. Bagi menarik orang kata. Makanan manis dan masin terlampau kita sembunyikan dahulu.  Sekurang-kurangnya kita di rumah buat.  Kadangkala diluar susah nak dikawal bukan?

Ok, masalah kedua anak tak mahu makan berpunca dari masalah penghadaman dan berkaitan dengan masalah usus.  Masalah penghadaman ini adakalanya memang masalah genetik atau pun jangkitan usus. Adakalanya juga masalah berpunca daripada ibu semasa hamil.  Menurut Dr Suriyakhatun, pengamal perubatan homeopati, ibu yang kurang selera dan usus terjejas waktu mengandung menyebabkan mikrobiologi usus tak sempurna diturukan kepada bayi.  Ini menyebabkan bayi mengalamai masalah seperti tidak tahan laktosa, allergi dan lain-lain.  Susu formula yang tidak serasi dengan bayi juga mempengaruhi sistem penghadaman bayi yang menyebabkan selera makan anak terbantut.

Jadi, perkara ini perlu diberi perhatian oleh ibu-ibu.  Mencegah dari awal lebih elok.  Cuba jaya selesaikan masalah anak tak mahu makan makanan berkhasiat berbanding terus mengalah pada jajan kalori kosong.

Nanti saya kongsikan pula cara-cara pikat anak makan.  Perkongsian pengalaman dan juga dari pembacaan saya ya.


Hubungi penulis :


 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Tuesday, December 9, 2014

UPDATE: Coaching Kelas Akaun WAHM

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Grup Coaching Kelas Asas Akaun Bisnes WAHM seterusnya adalah seperti berikut:-

Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)


Lokasi: Putrajaya - 18 Dis 2014, Khamis.
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts