Thursday, September 12, 2013

Didik diri, didik keluarga cintai kesihatan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Ingat lima sebelum lima perkara. Antaranya adalah sihat sebelum sakit. Semasa sihat, amalan pemakanan salah satu aspek yang mesti dititikberatkan untuk memastikan kesihatan berpanjangan. Tabiat pemakanan yang ideal, sudah tentu bersumberkan sunnah. Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami).

Perut Tempat Segala Penyakit.
Perut merupakan anggota pencernaan yang memproses makanan sebelum diserap dan digunapakai oleh sel-sel badan. Salah masukkan sumber, rosak juga sistem itu. Bak kata pensyarah saya dahulu "waste in, waste out". Bukan hasil kumuhan saja tau. Maksudnya penyakit.Makan secara berlebihan akan memberatkan perut dan menyukarkannya untuk memproses makanan. Analoginya seperti mesin basuh muatan 500kg dimasukkan toto seberat 1200kg. Waduh. Rosak mesin basuhku!. Bunyinya saja sudah menggerunkan. Nasib baik Allah tak buat bunyi perut kita proses makanan sekuat itu kan. Bayangkanlah...
“… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Jadi, seeloknya jagalah sumber makanan kita, bukan saja mesti bersih, sihat dan bernutrisi. Tapi pentingnya, halalan, toiyyban. Besederhana semasa makan. Berhenti sebelum kenyang. Rasulullah S.A.W juga mencadangkan sistem isipadu (ingat kes mesin basuh tadi). Muatan perut kita adalah 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 lagi adalah angin. Boleh bayangkan tak?.

Pencegahan pokok segala pengubatan.
Itulah yang dikata diawal tadi, sihat sebelum sakit. Hakikatnya ramai yang kawal makanan selepas jatuh sakit. Walhal amalan ini jelas salah. Amalan pemakanan sihat, perlu diberikan pendedahan sejak dari kecil lagi. Tanggungjawab siapakah itu? Kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya.  

Berdasarkan kajian bernamaSeanuts Nutrien di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam, ramai kanak-kanak seusia bawah 12 tahun mengalami situasi dikenali sebagai 'lapar tersembunyi'. Kanak-kanak ini nampaknya seperti sihat dan cergas, hakihatnya mereka kekurangan nutrsisi seperti Vitamin D, Kalsium dan beberapa nutrisi lain yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Antara kesan 'kelaparan tersembunyi' ini adalah perkembangan fizikal dan intelektual kanak-kanak akan terbantut.  Ketua Program Sains Nutrisi Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Poh Bee Koon menyatakan ibu bapa perlu tahu berkenaan nutrien dan kepentingannya kerana memainkan peranan yang sangat penting dan harus 
menentukan menu apa yang patut dalam hidangan mereka.

Kreatif Menyediakan Hidangan Dan Mendidik Tentang Nutrisi.

“Ajak anak anda untuk sama-sama menyediakan menu sihat untuk mereka. Bentuk makanan terbaik untuk anak adalah merujuk kepada carta piramid makanan. Walaupun mereka kecil, mereka juga perlu mengambil makanan seimbang seperti mana yang diambil oleh orang dewasa.

“Piramid makanan sangat berguna dan dalam kes ini, ibu bapa harus bijak memainkan peranan untuk menarik minat si kecil menggemari makanan dihidangkan. Sebagai contoh, ajak anak ke dapur bersama anda dan pada masa sama, terangkan khasiat vitamin dalam makanan yang disediakan,” 


Itu adalah petikan kata-kata Pakar Nutrisi Dutch Lady Milk Indutries Berhad, Quah Ye Vian yang menyarankan salah satu cara untuk mendidik anak sedari kecil tentang pemakanan secara sihat. Beliau juga menambah berkenaan penggunaan warna sayur-sayuran juga dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk mengenal nutrisi berasaskan warna. Contohnya sayuran berwarna oren seperti tomato dan lobak kaya dengan beta karotin, unsur vitamin A dan baik untuk mata.

Bagaimana pula dengan ahli keluarga yang telah besar?. Mula saja sekarang. Lagipun anda kan chefnya. Elakkan makan diluar. Elak guna minyak, garam dan gula terlalu banyak. Elakkan perasa tiruan. Mula-mula memang rasa pelik bila makan kurang manis, kurang masin. Memang akan dapat banyak komplen. Senyum sajalah. Alah bisa tegal dek biasa.


Ingat lima, sebelum lima perkara. Sebagai peringatan untuk saya dan pembaca. 

Salam ukhwah, salam kesihatan.
 
Sumber:
1) Pembesaran terbantut , Berita Harial Online, 2013/01/01,Oleh Shaidah Shafie
2) http://anizyn.blogspot.com/2012/12/petua-menjaga-kesihatan-cara-rasulullah.html#ixzz2eR0pWjSj
3) Kreatif pancing selera anak, Berita Harian Online, 2010/11/02, Oleh Shaidah Shafie

---------------------------------------------------------------

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Dari Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.


Kelas yang dijalankan adalah:-
1) Kelas asas blog dan penulisan
    Membina blog yang berpengaruh dan menjenamakan tapak hartanah anda di alam maya.
    Tiada asas?. Guru akan tunjukkan caranya.

2) Kelas asas blog dan fan page (bisnes).

    Memulakan perniagaan secara online. Jika tiada produk, kami cadangkan produk yang sesuai.
Jika sudah ada   produk, ketahui cara promosi yang berkesan

Mulakan langkah pertama anda menjadi muslimah dermawan yang menjana pendapatan dari rumah sekarang!.

Hubungi Wani Mohd Nor 
1) SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2 )https://www.facebook.com/zahwanimn
 
 

Tuesday, September 10, 2013

Alhamdulillah Untuk Bijak Nutrisi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah. Tidak mengimpikan perkara ini. Tapi ia berlaku. Bijak Nutrisi berada di page pertama carian google. Hasil carian berjumlah  2,770,000 results (0.39 seconds) dan bijak nutrisi berada pada nombor tiga!. Seronok pula. Sebab tak pernah terjadi dalam hidup jadi rasa 'peghak' sikit. :)

Ini adalah antara hasil daripada kelas Asas Blog yang dipelajari. Anda juga boleh lakukannya.


Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Dari Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Kelas yang dijalankan adalah:-
1) Kelas asas blog dan penulisan
    Membina blog yang berpengaruh dan menjenamakan tapak hartanah anda di alam maya.
    Tiada asas?. Guru akan tunjukkan caranya.

2) Kelas asas blog dan fan page (bisnes).

    Memulakan perniagaan secara online. Jika tiada produk, kami cadangkan produk yang sesuai.
Jika sudah ada   produk, ketahui cara promosi yang berkesan

Mulakan langkah pertama anda menjadi muslimah dermawan yang menjana pendapatan dari rumah sekarang!.

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn

Sunday, September 8, 2013

Ajaibnya Pengalaman Bersalin

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Nurzahwani Mohd Nor

Allah, Allah, Allah. Pagi yang mendung dan suram ini, saya berada di kampung halaman. Talian internet di sini lebih lancar berbanding di rumah saya. Semangat untuk menjenguk blog rakan-rakan alumni penulis dari rumah. Jika di rumah saya, tersekat-sekat. Di sini alhamdulillah.

Hari ini, membaca entri dari blog Iryani Ahmad. Penulisannya sangat menyentuh hati saya. Bagaimana pengalamannya melahirkan anakanda tersayang dan bertemu orang hebat yang berkongsi amalan beliau. Ia membuatkan saya mengimbas kenangan saya melahirkan anak-anak tersayang. Keduanya melalui proses yang berlainan. Anak dara saya, bersalin secara caesarean kerana kedudukannya extended breach. Sudah didoa, di senamankan, di tolak oleh doktor, masih kembali ke posisi yang sama. Lucu mengenangkannya. 


Anak bujang saya, lahir secara normal pada bulan puasa. Bacaan entri Iryani Ahmad membuatkan saya terfikir. Lain kali akan saya praktiskan amalan yang disaran beliau. Entri beliau sangat bagus untuk panduan kita sebagai wanita. Bukan sahaja yang baru berkahwin dan melahirkan anak pertama, tapi untuk semua.

Petikan dari entri Iryani Ahmad bertajuk 'Seronok tak bersalin?"

"Kesakitan yang Tenang

Kisah semangat ini bermula apabila rakan sebilik saya yang juga seorang ustazah mahu melahirkan anaknya yang ketiga. Pada malam kedua saya di sana, beliau memberitahu saya akan gerak hatinya mahu melahirkan anaknya pada malam ini. Hati ibunya gelisah kerana sudah 2 hari meninggalkan rumah. Apa cerita pada 2 anaknya yang lain itu.

Saya melihatnya hanya terbaring mengiring sahaja. Kadang-kadang duduk mahu minum air. Beliau mengiring ke arah saya. Saya melihat wajahnya dengan jelas. Beliau selalu menutup matanya. Tapi bukan tidur. Beliau sedang bercerita pada saya akan nikmatnya menjadi seorang ibu. Saya sedang mendengar ceramah agama 'live' daripada seorang ibu yang bertarung kesakitan mahu melahirkan anak! "

Saya jemput anda semua lawati blog beliau dan bacalah entri ini. Saya telah bacanya. Perasaan bercampur-baur. Terharu, terkesima, rendah hati dengan ilmu yang ada, dan terasa seperti ingin mengandung lagi. Hehe... Jemput semua ke sana http://iryaniahmad.blogspot.com/.
===================================================
Mula bekerja dari rumah agar dapat mencapai impian menjana pendapatan dari rumah dan berada di samping anak-anak. 
Langkah awal bagi yang tiada ilmu tentang bisnes secara online,ikuti kelas di bawah:-
1) kelas asas penulisan dan blog
2) kelas asas blog dan fanpage

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:-
1) FB Wani Mn
2) WhatsApp/SMS 0136200432
3) E-mail wanimn_2301@yahoo.com

Saturday, September 7, 2013

Tamat Syawal

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Hari ini sudah pun melepasi Syawal, masuk Zulkaedah. Tapi ada juga yang menjemput menghadiri rumah terbuka. Sebenarnya lebih kepada reunion rakan sekolah suami. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Majlis berlangsung dengan baik. Seronok berjumpa rakan lama. Majlis ini diadakan setiap tahun. Keluarga kami saja yang ketinggalan keretapi. 

Makanan disediakan secara potluck. Hebat betul mereka menyusun acara. InsyaAllah tahun depan giliran rumah kami. Alhamdulillah. Seronok pula rasanya. Tak mengapa, ada setahun lagi.

Ya, setahun lagi akan berjumpa Ramadhan, Syawal, dan Merdeka. 
InsyaAllah. 

Rombongan ke Mekah untuk menunaikan haji telah pun mula bertolak. Semoga mereka mendapat haji mabrur. 
Seronok melihat masing-masing berwajah gembira menjadi tetamu Allah. Semoga rezeki saya dan anda juga akan tiba satu hari nanti. Amin. 

Thursday, September 5, 2013

Selamat Hari Lahir Anak Bujangku Seorang

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Nurzahwani Mohd Nor

"Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Amir Safwan,
Allah selamatkan kamu..."

Alhamdulillah, anak bujang nan seorang telah pun berumur tiga tahun. Anak comel yang menceriakan hidup mama. Mama sentiasa mendoakan agar Amir Safwan menjadi insan bertakwa, mendirikan solat dan berjaya dunia akhirat. Sesungguhnya usaha Mama pada ketika ini adalah untuk anak-anak Mama nikmati kelak. Semoga usaha ini akan berjaya. 

Mengimbas tiga tahun dahulu, 2 September 2010 adalah bulan Ramadhan. Tujuh hari menghampiri Syawal. Amir Safwan sebenarnya dijangka lahir pada 30 Ogos. Sehari sebelum Merdeka. Pada 30 Ogos, Mama telah pun rasa contraction. Buat lawatan ke hospital Putrajaya, tetapi dinasihatkan balik kerana bukaan masih lagi 1 cm. Mama gembira kerana tidak perlu meraikan kemerdekaan di hospital. 

Tanggal 2 September jam 12 tengah hari, contraction makin kuat. Awalnya Mama was-was hendak ke hospital. Atas nasihat kakak, Mama menelefon Abah dan kami ke hospital. Pada saat itu, Mama masih berpuasa. Kononnya pasti sempat hingga berbuka. 

Jam 6 petang, Mama telah berada di wad. Contraction makin kuat. Akhirnya, lagi beberapa minit hendak berbuka, Mama terpaksa batalkan puasa kerana khuatir tiada tenaga kelak. Namun Mama hanya dapat menjamah segigit roti. Saspen sungguh sehingga tiada selera makan sambil melayan contraction yang menguat. 

Waktu orang sibuk hendak berbuka, Mama berjalan masuk ke bilik bersalin. Bilik penuh!. Ujian sungguh. Akhirnya berjaya juga mendapat tempat dan bersedia untuk bersalin ( dengan tenaga yang tidak seberapa). Usaha untuk melahirkan seorang anak memang tiada jalan patah balik. Walau apa dugaannya kita harus teruskan. 

Lahirlah Amir Safwan yang disayangi Mama, Abah dan Kakak Dhiya. Tahun ini,  Amir menyambut hari lahir dalam keadaan demam. Namun terus semangat memotong kek dan bermain. 
Pada ketika ini, Amir masih demam. Mujur Mama bekerja dari rumah sahaja dan sentiasa bersedia disampingmu.
Bersabarlah di atas dugaan ini anakku. 

Selamat hari lahir sayangku Amir Safwan. Semoga coretan ini masih dapat dibaca 10 tahun lagi. 


***************************
Mula bekerja dari rumah agar dapat mencapai impian menjana pendapatan dari rumah dan berada di samping anak-anak. 
Langkah awal bagi yang tiada ilmu tentang bisnes secara online,ikuti kelas di bawah:-
1) kelas asas penulisan dan blog
2) kelas asas blog dan fanpage

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:-
1) FB Wani Mn
2) WhatsApp/SMS 0136200432
3) E-mail wanimn_2301@yahoo.com

Wednesday, September 4, 2013

Salam perkenalan dari blog protege Nadra Amat


Teks: Nurzahwani Mohd Nor.

Sukacitanya saya perkenalkan protege sulung saya Puan Nadra Amat, berasal dari negeri di bawah bayu. Ikuti perkongsian minat beliau menerusi blognya http://nadraamat.blogspot.com/.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum..
Untuk entri yang pertama ini saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya Nadra Binti Amat. Saya dilahirkan pada 15 Ogos 1983 dan berasal dari Sabah. Saya merupakan anak sulung daripada 7 adik-beradik. Saya telah membesar dalam sebuah keluarga yang agak ramai.Alhamdulillah,saya bersyukur mempunyai hubungan yang sangat akrab bersama ibu dan ayah serta adik-beradik.

Selepas tamat sekolah tingkatan 5,saya telah melanjutkan pelajaran ke UiTM Cawangan sarawak dalam bidang Diploma Sains Komputer. Dan saya telah menghabiskan pengajian pada 24 ogos 2004 dalam bidang tersebut. Dengan keazaman ingin terus bekerja selepas belajar,saya telah mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.Mungkin juga kerana pada masa itu saya ingin membantu kedua orang tua saya untuk meringankan bebanan mereka. Adik-adik saya juga masih ramai yang sedang belajar di sekolah rendah dan menengah.

Saya mula berkerja sebagai kerani di sektor kerajaan pada tahun 2007.Sebelum itu, saya pernah bekerja di beberapa buah kilang sekitar Selangor.Merantau dan bekerja di negeri lain sangat memberi pengalaman yang berharga kepada saya. Pengalaman ini mengajar saya untuk lebih berdikari dan yakin kepada diri sendiri. Saya juga berkesempatan berjalan-jalan ke Genting Highland,Melaka, dan sudah semestinya pada setiap hujung bulan,Masjid Jamek Kuala Lumpur adalah tempat yang sering di kunjungi untuk membeli-belah.

Pada 20 Disember 2009,saya telah berkahwin dengan suami tersayang,Maidi Ely Braga. Tak disangka perkenalan yang bermula di Lapangan Terbang Kota Kinabalu,rupanya telah membawa kami ke jinjang pelamin. Alhamdulillah, kini kami telah dikurniakan 2 orang puteri. Nur Sumayyah,puteri sulung saya yang sangat petah berkata-kata dilahirkan pada 16 Mac 2010 dan Aisyah Humaira,puteri bongsu yang manja lahir pada 9 Disember 2011. Masa akan datang saya mengharapkan agar dikurniakan anak lelaki pula.

Sejak dibangku sekolah lagi,saya memang suka membaca buku.Buku yang sering saya baca seperti buku berkisar sejarah,penyiasatan,buku-buku agama,sejarah islam,majalah-majalah kesihatan dan kecantikan dan banyak lagi. Saya juga pernah menjadi pustakawati sekolah. Setiap hari sabtu,pasti saya ke perpustakaan untuk menghabiskan masa dengan membaca buku. Sekarang ini lagi mudah mencari bahan bacaan,cari saja menggunakan google,pasti banyak buku-buku yang menarik untuk dibaca. Lagi satu,saya suka membeli barang secara online "online shopping", terutamanya tudung dan pakaian. Mungkin disebabkan kekangan masa,jadi membeli secara online adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk membeli barang yang diingini. Tapi kena sentiasa berhati-hati,kadang-kadang ada penjual yang menipu. Saya juga sudah mula meminati bidang perniagaan,dan saya pernah menjadi dropship barangan bayi secara online.

Pada awalnya,saya bermula dengan menyertai MLM Shaklee. Sejak melahirkan anak kedua,kesihatan saya agak kurang baik dan saya pun mulalah mencari-cari di internet ubat yang boleh mengatasi masalah kesihatan saya. Saya telah terjumpa blog (Puan Hanis) yang menjual supplemen Shaklee. Bila dah jadi pengguna produk shaklee dan merasai sendiri keberkesanannya,mulalah timbul keinginan untuk menceburi bidang perniagaan secara online.Keinginan untuk berkongsi pengalaman dengan para ibu di luar sana yang mungkin menghadapi masalah yang sama membuka hati saya untuk mencuba bidang ini. Sejujurnya,saya memang tiada asas dalam perniagaan.Tetapi dengan keazaman untuk belajar berniaga insyaAllah saya boleh lakukannya.

Cukup setakat ini dulu coretan saya pada kali ini. Kita akan bertemu di entri seterusnya.

Pembelian Bijak- Beli Nutrisinya Bukan Bungkusannya

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Pencarian google

Membeli-belah. Ia sangat rapat dan sinonim dengan kaum wanita. Kali ini, kita bukanlah hendak berbincang tentang kuasa membeli yang semakin berkurang (dek kenaikan harga minyak itu). Tetapi perkongsian kali ini adalah berkaitan membeli-belah barang keperluan dapur, terutamanya yang berkait dengan makanan kering. Pemilihan sayur-sayuran telah saya kongsikan di entri ini.

Dalam satu situasi, seorang suami telah disahkan oleh doktor menghidapi penyakit gout. Doktor telah menyerahkan senarai makanan yang perlu dihindari oleh pesakit ini. Sang suami melaporkan kepada isteri berkenaan perkara itu. Ya, sudah tentu perlu dilaporkan kepada isteri sementelah suri inilah chef dan doktor di rumahnya.

Apa yang perlu dilakukan sekarang?. Sebagai individu yang bertanggungjawab berkenaan keperluan makanan dan nutrisi keluarga, pembelian secara berhemah dan bijak sangat penting. Berkait dengan contoh di atas, pesakit gout perlu mengurangkan makanan yang berunsurkan purin, seperti makanan laut, daging, kekacang dan lentil. Bagi makanan mentah iaitu udang, sotong dan daging yang ada di pasar, mudah untuk kita elakkan. Bagaimana pula dengan makanan diproses yang dibungkus dan ditinkan?.

Jadi, inilah fokus kita pada kali ini. Pemilihan bijak menerusi pembungkusan makanan. Pengguna yang bijak memilih makanan mengikut keperluan nutrisinya, bukan melihat pada pembungkus makanan yang menarik. Berdasarkan kajian ke atas pelajar kolej dan universiti di luar negara (Minneapolis/St Paul MN), pelajar yang kerap membaca label pemakanan menpunyai tabiat pemakanan yang sihat dan cenderung untuk memilih dan menyediakan makanan yang rendah lemah, rendah kandungan gula, lebih pengambilan buah, sayur-sayuran dan sumber serat serta kurang mengambil makanan segera ( J. Acad. Nutr Diet 2012 March. 112(3): 414-418).

Malaysia telah menguatkuasakan dan meletakkan garis panduan untuk meletakkan label makanan pada pembungkus makanan pada Mac 2004. Label makanan inilah media komunikasi antara pengeluar makanan dan juga pengguna. Biasanya yang memainkan peranan yang besar adalah pembungkusan yang menarik. Tetapi, disebalik itu, apa yang lebih penting antara lainnya adalah maklumat yang ditulis di seluruh pembungkus makanan itu. Boleh rujuk berkenaan kandungan yang perlu ada pada label makanan di entri ini.

Apa yang perlu kita tahu apabila membeli makanan berbungkus?

Periksa keseluruhan pembungkus
Pastikan pembungkus makanan itu sempurna. Tiada kebocoran (contoh gula atau tepung). Tin tidak kemek, kerana tin yang kemek atau menggelembung berkemungkinan telah ada aktiviti mikrobiologi yang tidak berkenaan telah berlaku. Tin yang kemek akibat terjatuh juga mempunyai kemungkinan untuk berkarat.

Lihat tarikh luput
Perhatikan tarikh luput makanan supaya pengguna tidak makan makanan yang telah lepas tarikh luput. Jika telah lepas tarikh luput, bolehlah membuat khidmat masyarakat dengan memberitahu pihak kedai.

Lihat senarai ramuan
Senarai ramuan merupakan isi kandungan makanan yang kita perlu dan tidak  perlukan. Contohnya di dalam makanan tadi, mungkin mengandungi MSG. Jika merujuk kes di atas, berkaitan penyakit gout, pengguna boleh menyemak ramuan makanan yang terdiri daripada unsur kekacang, lentil, daging atau sotong. Bagi pengguna yang alergi kepada kekacang atau laktosa contohnya, di sini juga akan diletakkan tanda amaran samada ramuan mengandungi unsur yang tidak boleh kita makan.

Baca fakta nutrisi
Fakta nutrisi biasanya memuatkan jumlah kandungan nutrisi makanan berkenaan mengikut saiz hidangan yang dicadangkan. Kandungan nutrisi yang biasa diletakkan adalah jumlah tenaga, protein, lemak dan karbohidrat. Ia harus disusun mengikut peratus ketinggian kandungan nutrisi. Jika kandungan karbohidrat berada di atas, bermaksud ia mempunyai kandungan yang tertinggi berbanding nutrisi yang lain. Pada label fakta nutrisi ini juga, awasi kandungan gula tambahan yang selalunya dilabelkan sama ada sebagai fruktosa, maltosa, dan dekstrosa.

Lihat Akuan Pemakanan
Akuan pemakanan sangat penting. Di sinilah pengeluar mewar-warkan kebaikan produk mereka. Sebagai pengguna, jadilah pengguna bijak dan fahami maksud akuan pemakanan ini.

  •  "No sugar added" bermaksud tiada gula yang dtambah sepanjang pemprosesan. Tetapi ia tidak bermakna, makanan tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi daripada ramuan makanan dari sumber karbohidrat seperti madu.
  • "Bebas" bukan bermaksud 100% bebas. Ia mungkin mengandungi bahan berkenaan tetapi dalam jumlah yang sangat kecil.
  • "Rendah lemak" bermaksud sama atau kurang dari 3g lemak bagi sumber yang dirujuk
  • "Sumber kepada" haruslah mengandungi unsur berkenaan dalam nilai 5-10%.
  • "Tinggi" bermaksud mempunyai 10-20% lebih daripada nilai rujukan bagi unsur berkenaan.



  • Untuk keterangan terperinci berkenaan jenis akuan pemakanan lihat senarai akuan berdasarkan maklumat daripada http://www.myhealth.gov.my.
    Jenis Akuan
    Kata Kunci
    Penerangan



    Akuan Kandungan Nutrien
    “rendah dalam” (low)
    “bebas” (
    free / zero / no)
    Contoh: “rendah lemak”, “bebas gula”.
    Melibatkan nutrien yang dikatakan tidak baik untuk kesihatan jika diambil berlebihan seperti lemak, kolesterol, gula atau garam.
    “sumber” (source)
    “tinggi dalam” (
    high / rich)
    Contoh: “sumber protein”, “tinggi kalsium”.
    Melibatkan nutrien yang berguna untuk kesihatan seperti protein, vitamin atau mineral.



    Akuan perbandingan nutrien
    “dikurangkan” (reduced)
    “sedikit / ringan” (
    less / light)
    Contoh: “natrium dikurangkan”
    Melibatkan formulasi baru sesuatu produk di mana nutrien tertentu yang dikaitkan sebagai tidak baik untuk kesihatan telah dikurangkan berbanding formula yang asal.
    “tambahan” (more / extra)
    “lebih daripada” (
    increased)
    Contoh: “kalsium tambahan”
    Melibatkan formulasi baru sesuatu produk di mana nutrien tertentu yang dikaitkan sebagai baik untuk kesihatan telah ditingkatkan berbanding formula yang asal.




    Akuan fungsi nutrien
    Hanya senarai akuan yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut syarat-syarat tertentu yang melibatkan:
    ·         fungsi nutrien klasik seperti protein, vitamin dan mineral tertentu
    o    contoh:“kalsium membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat”.
    ·         komponen-komponen lain yang telah dikenal pasti seperti lutein, beta glukan, sterol tumbuhan, asid sialik dan sebagainya
    o    contoh: “beta glukan daripada oat membantu merendahkan kolesterol”.

    ·         Akuan memperihalkan peranan nutrien dalam fungsi badan yang normal berdasarkan perkembangan dan bukti saintifik.

    ·         Akuan tidak menyiratkan nutrien tersebut mampu merawat, menyembuh atau melindungi daripada penyakit tertentu.


    Seterusnya anda bolehlah membelek lagi maklumat-maklumat yang ada seperti tanda halal yang sah, logo, hadiah percuma dan juga pengeluar makanan. Identiti negara pengeluar makanan juga boleh diketahui melalui barkod produk (http://blog.dotmynetwork.my). Tiga digit pertama pada barkod menunjukkan negara pengeluar. Senarainya adalah seperti berikut:-

    890 : MADE IN INDIA 690, 691, 692 : MADE IN CHINA 
    00 - 09 : USA and CANADA 
    30 - 37 : FRANCE 
    40 - 44 : GERMANY 
    471 : TAIWAN 
    49 : JAPAN 
    50 : UK

    Pokok pangkalnya, ia pilihan kita. Pengguna bijak dapat membeli mengikut keperluannya.

    Salam kesihatan.

    ------------------------------------------

    Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Dari Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
    Kelas yang dijalankan adalah:-
    1) Kelas asas blog dan penulisan
        Membina blog yang berpengaruh dan menjenamakan tapak hartanah anda di alam maya.
        Tiada asas?. Guru akan tunjukkan caranya.

    2) Kelas asas blog dan fan page (bisnes).

        Memulakan perniagaan secara online. Jika tiada produk, kami cadangkan produk yang sesuai. Jika sudah ada 
        produk, ketahui cara promosi yang berkesan

    Mulakan langkah pertama anda menjadi muslimah dermawan yang menjana pendapatan dari rumah sekarang!.

    Hubungi Wani Mohd Nor 
    SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
    https://www.facebook.com/zahwanimn


    Monday, September 2, 2013

    Membeli Sayur-sayuran, beli nutrisinya atau dot dot dot

    Teks: Nurzahwani Mohd Nor
    Sumber: 
    1) Jabatan pertanian
    3)http://www.prn.usm.my/berita_kesihatan02_jun.phppageNum_Recordset2=4&totalRows_Recordset1=58&totalRows_Recordset1=58
    4) Sihat Itu Mahal! Karya Imam Ahmad Ibnu Nizar

    Sayur merupakan komponen penting dalam hidangan seharian. Kuantiti yang diperlukan setiap kali hidangan adalah separuh daripada pinggan makan mestilah terdiri daripada sayur-sayuran. 

    Sayur boleh dimakan mentah atau pun setelah dimasak, samada sebagai ulam, salad dan lauk, bukan pula sebagai makanan utama (ruji), mahupun snek. (Sumber:Jabatan Pertanian). Sayur-sayuran selalunya dikelaskan kepada sayur daun,, sayur berubi dan sayur buah. Walau apa jua jenisnya, sayur dimakan kerana kandungan komposisi nutrisinya yang mengandungi banyak mineral dan vitamin. Di samping itu, tambahan yang menarik berkenaan sayur adalah kandungan fitokimianya. Fitokimia adalah bahan kimia yang dikeluarkan oleh tumbuhan yang telah dikenalpasti dapat membantu perawatan penyakit manusia. Contoh yang biasa didengar beta-karotino yang terdapat di dalam lobak dan baik untuk mengelakkan rabun mata. Subhanallah. Hebat kejadian Allah bukan?.

    Firman Allah dalam surah 'Abasa, ayat 24-32

    "(Kalaulah dia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya): Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan; lalu kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, dan buah anggur serta sayur-sayuran, dan zaitun serta pohon-pohon kurma, dan taman-taman yang menghijau subur, dan pelbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput: untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu."

    Sayur juga antara makanan yang disebut di dalam Al-Quran. Makanan yang bermanfaat dan mempunyai nilai terapi. Justeru, jangan dilupa sayur-sayuran yang berharga murah ini, mempunyai kepentingan yang tinggi. Namun, tahukah anda, sterdapat ayur-sayuran yang mempunyai kandungan racun perosak?.

    Sayur dan racun perosak

    Baca keratan penulisan blog dari http://group9pollution.blogspot.com/2007/10/elak-makan-sayur-tercemar.html, pada 31 Oktober 2007.

    "ELAK MAKAN SAYUR TERCEMAR

    PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat berhubung hasil kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
    Kajian itu menunjukkan kebanyakan sayur yang sering dimakan, dibeli dari Pasar Selayang yang membekalkan kepada kira-kira 75 peratus daripada pasar, pasar raya besar (hypermarket), pasar malam dan kedai runcit di Selangor, dicemari racun makhluk perosak penyebab kanser dengan banyaknya.
    Kesemua sampel daun kari dan daun saderi yang diambil dari pasar borong di Selayang ini diuji positif bagi tiga kumpulan racun makhluk perosak penyebab kanser.
    Dua pertiga daripada 93 sampel enam jenis sayur popular dicemari sekurang-kurangnya satu racun makhluk perosak dan hampir separuh daripada sampel itu didapati mempunyai sekurang-kurangnya dua hingga empat racun makhluk perosak.
    Senario yang membimbangkan ini berkemungkinan menjadi alasan utama kenapa kadar kanser di negara kita semakin meningkat."


    CAP bimbang petani campur racun tanpa nasihat pihak berwajib
      - Utusan Malaysia, Khamis – 20 Jun 2002




    Kangar, Perlis (Malaysia) – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang mengenai kesihatan petani-petani di Perlis dan Kedah yang membuat campuran pelbagai jenis racun serangga untuk meningkatkan bahan toksik tanpa nasihat pihak berwajib bagi memusnahkan sejenis ulat yang dikenali sebagai Naphalocyosis Medinalis di kawasan sawah padi mereka.  Petani-petani itu mendakwa racun yang dicampur itu lebih berkesan memusnahkan ulat berkenaan yang juga dipanggil “ulat lipat daun” dan mereka membelanjakan antara RM30 hingga RM200 untuk membeli racun itu. 

    Sehubungan dengan itu, CAP mencadangkan Jabatan Pertanian dan Mada melaksanakan kaedah biologi bagi mengurangkan penggunaan racun dalam usaha memusnahkan serangga perosak tanaman padi termasuk ulat lipat daun.


    Petani dikesan guna racun tak berdaftar
      - Utusan Malaysia, Rabu – 19 Jun 2002




    Melaka (Malaysia) – Jabatan Pertanian mengesan segelintir pengusaha pertanian di negara ini menggunakan racun perosak yang tidak berdaftar dan boleh menjejaskan mutu produk yang dihasilkan oleh mereka.  Penggunaan racun perosak yang tidak berdaftar juga mengakibatkan pengusaha terbabit tidak akan mendapat pengiktirafan di bawah “Skim Akreditasi Ladang Malaysia” yang diwujudkan untuk faedah masa depan petani.  Semua pengeluar tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu mematuhi Jadual 16 Akta kandunganracun perosak dalam tanaman mereka bagi memastikan kandunganracun perosak dalam tanaman mereka tidak melebihi paras yang ditetapkan. 


    Kisah ini mungkin kisah lama. Tapi kita hidup pada masa itu. Adakah tidak dilaporkan bermakna tiada kes?. Susah untuk dibuktikan tanpa alatan canggih di makmal. Petani mengutarakan racun perosak merupakan suatu keperluan berdasarkan permintaan. Rata-rata kita sebagai pengguna mahukan sayur yang cantik, mulus, tanpa cela dan lubang-lubang dek dimakan serangga dan ulat. Ia ibarat kes mana yang dahulu, ayam atau telur?. 

    Di dalam buku Sihat Itu Mahal, karya Imam Ahmad Ibnu Nizar, beliau menyenaraikan tiga kelompok sayur yang boleh dipilih iaitu sayur yang diandaikan bebas racun perosak, sayur yang disembur racun perosak dalam kadar yang boleh diterima dan sayur yang banyak sekali disembur racun perosak. Andaian saya, kategori ini dibuat dengan kajian ke atas sayur dan ulat perosak. Sayur yang paling digemari ulat dan serangga perosak merupakan sayur yang paling banyak disembur racun perosak. Kesimpulan yang saya dapati daripada senarai yang diberikan, sayur yang diandaikan bebas daripada racun perosak adalah sayuran kampung seperti pucuk betik, daun pakis, batang keladi, kulat dan jantung pisang. Sayur yang umumnya disembur racun perosak tetapi pada had yang boleh diterima pula jenis yang mudah membiak dan kurang jagaan seperti bayam, kangkung dan tauge. Terakhir adalah kumpulan sayur-sayuran yang biasanya mendapat semburan racun perosak yang banyak  adalah sayur-sayuran asal-usulnya bukan ditanam di iklim sederhana Malaysia ini dan memerlukan penjagaan rapi iaitu kubis, salad, saderi, dan tomato. 

    Apa yang boleh dilakukan supaya mendapat sayur bernutrisi,selamat, bermanfaat dan berkesan

    Berdasarkan peraturan, racun perosak tidak boleh disembur apabila menghampiri masa tuai kira-kiranya dua minggu hingga sepuluh hari untuk membiarkan racun perosak terurai dan tidak tersimpan di dalam sayur. Malangnya, ada juga petani yang tidak bertanggungjawab yang melanggar peraturan ini. Jadi, mahu tidak mahu, sebagai pengguna, kita perlu berusaha sedaya yang mampu. Antara langkah yang boleh diamalkan adalah:-

    1) Basuh sayur di bawah air yang mengalir
    2) Buka setiap kelopak sayur seperti sawi dan kubis supaya bahagian dalaman sayur dapat dibasuh
    3) Masak sayur sebelum makan, dengan harapan racun perosak akan terurai semasa memasak
    4) Jika boleh, tanam sayur sendiri
    5) Pilih sayur organik kerana peratusan penggunaan racun perosak lebih rendah atau kosong.

    Jadi, saranan saya, pilihlah yang terbaik untuk keluarga anda. Tips ini mungkin membantu ibu-ibu untuk mendapatkan nutrisi yang berkesan dan selamat untuk keluarga anda. 

    *************************************************************
    Setiap pendaftaran penyertaan Kelas Online sepanjang Ogos & September layak mendapat:-

    1. Dua ebook percuma, ebook mula bisnes butik online/offline dan ebook super wahm super mom (pengalaman sebenar bekerja di rumah)
    2. Pakej penjimatan sebanyak RM75
    3. Layak menikmati ruang tapak iklan bernilai RM100

    Kami menawarkan dua kelas berikut:
    1. Kelas asas blog dan penulisan
    2. Kelas Asas blog dan fan page 


    Daftar segera untuk pakej promosi sepanjang Ogos dan September 2013.
    Hubungi saya untuk pendaftaran dan maklumat lanjut:-

    SMS/WhatsApp: 0136200432
    E-mail: wanimn_2301@yahoo.com
    Facebook: https://www.facebook.com/zahwanimn
    Like Page WAHM SAHM SOHO di kanan blog ini untuk ikuti blog penulis dari rumah.

    Pakej Pengiklanan Servis/Produk di Rangkaian Blog Ahli Akademi Bekerja Dari Rumah



    Peluang terbuka kepada semua usahawan online mahupun offline yang ingin mempromosikan produk mereka kepada pelanggan melalui pemasaran internet.

    Kenapa beriklan dengan Soho Directory?.

    Melalui Akademi Bekerja Di Rumah sudah ada lebih 300 blog berdaftar dan makin meningkat dari hari he hari. Setiap blogger berdaftar akan berfungsi sebagai platform pautan pengiklanan produk/servis anda. Iklan anda dapat dicapai dengan mudah dari lebih 300 saluran. Ia seperti channel televisyen. Lihat dan capai.

    Berikut adalah senarai pakej pengiklanan yang disediakan.


    Pakej Iklan 1:

    RM50
    1 gambar,
     link fan page,
     link blog

    Tempoh 6 bulan


    Renew iklan RM50 untuk 6 bulan



    Pakej Iklan 2:



    RM100



    2 gambar,
     link fan page,
     link blog, 
    keterangan produk, keterangan,
     1 testimoni produk, 
    ulasan blog pilihan
    Tempoh 12 bulan

    Renew iklan RM100 untuk setahun

    Pakej Iklan 3:

    RM250

    2 gambar,
    link fan page,
    link blog, 
    keterangan produk atau perkhidmatan, 
    1 testimoni,
    ulasan blog pilihan
    Tempoh 12 bulan

    Servis bonus 1
    -siapkan email dan blog (bagi yang tidak ada blog bisnes)
    -bonus ebook super wahm super mom

    Renew iklan hanya RM100 setahun

    Pakej Iklan 4:

    RM375

    2 gambar,
    link fan page, 
    link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 
    1 testimoni,
    ulasan blog pilihan
    Tempoh 12 bulan
    Servis bonus 1
          Set up email dan blog
    Servis bonus 2
          Siapkan fan page bisnes,
          Borang link produk
          Ebook bonus 1-ebook super wahm super mom (bernilai RM25)
          Ebook bonus 2: ebook asas blog (bernilai RM50)

    Promosi! Promosi! Promosi!.


    Untuk pakej pengiklanan 4, harga sebenar, RM375, bayar hanya RM300 sahaja. 
    Renew iklan hanya RM100 setahun. Ada juga satu lagi bonus yang ditawarkan untuk anda bagi pakej ini. Mahu tahu apa dia?. Hubungi penulis segera. FB Wani Mn, Whatsapp 0136200432.

    Ada lagi!.

    Promosi kepada yang menyertai kelas online Asas Blog dan Fan Page yang diadakan oleh Akademi Bekerja Dari Rumah, anda akan peroleh pakej iklan 2 secara PERCUMA!!.


    Bagaimana bakal pelanggan anda dapat melihat iklan anda?

    Iklan anda akan diiklan di direktori pengiklanan http://sohodirectory.blogspot.com/. Direktori ini dapat dicapai melalui rangkaian penulis blog Akademi Bekerja dari Rumah yang telah mencapai keahlian 300 dan makin bertambah. Ini bermaksud capaian untuk pengiklanan anda meluas!.


    Cepat tempah ruang sekarang sebelum terlambat. Ini peluang baik yang tidak harus dilepaskan.

    Hubungi saya melalui :

    SMS/WhatsApp: 0136200432
    E-mail: wanimn_2301@yahoo.com


    Like Page WAHM SAHM SOHO di kanan blog ini untuk ikuti blog penulis dari rumah.

    Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

    Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

    Popular Posts